Monday, October 30, 2023

PEMBERONTAKAN MACCABEES

Ini merupakan satu episod sejarah dalam sejarah Kaum Yahudi di Tanah Palestin. Mari kita baca dan fahami.

Tulisan asal:Oleh Nornizam Jamal

Semasa Rom menjadi kuasa dunia dan menewaskan Yunani dalam Perang Makaduniah, kuasa Dinasti Seleucid merosot. Setelah tewas dalam Pertempuran Magnesia pada tahun 190 SM, Antiochus III terpaksa menandatangani perjanjian damai yang dipanggil sebagai perjanjian Apamea dan kehilangan seluruh Anatolia. Seleucid hanya menguasai wilayah Syria sahaja. Setelah kemangkatan Antiochus III, Seleucus IV melantik Heliodorus sebagai wakil Seleucid untuk mengumpulkan kekayaan dari Jerusalem dan Heliodorus mengaut semua sekali termasuklah relik-relik suci yang menyebabkan orang-orang yahudi marah, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa tindakan di atas kebiadapan Heliodorus.


Namun, selepas Seleucus IV dibunuh oleh Heliodorus, Heliodorus mengangkat dirinya menjadi Raja Syria (Seleucid). Pemerintahannya tidak lama kerana berjaya dirampas semula oleh Antiochus IV Epiphanes. Antiochus IV ini mahu mengembalikan kegemilangan nenek moyang mereka, tetapi tidak boleh menyerang Anatolia yang dikuasai oleh Kerajaan Pergamum yang membantu mereka mendapatkan semula takhta Greek Syria. Dinasti Ptolemy di Mesir pula mengarahkan Antiochus IV untuk menyerahkan kembali Ceole-Syria kepada mereka. Keadaan ini menyebabkan Antiochus IV memerangi Mesir dan menakluk seluruh Mesir, namun merajakan semula Ptolemy semula sebagai Raja Boneka mereka.


Tidak lama selepas peristiwa itu, Antiochus IV kembali menyerang Mesir. Dalam perjalanan ke Mesir, Antiochus IV singgah di Jerusalem dan melantik Menelaus sebagai Paderi Agung Yahudi yang baharu, dengan pengaruh agama Hellen yang jelas menyimpang dari ajaran Taurat. Orang Yahudi dipaksa untuk mengakui Zeus sebagai Tuhan Maha Agung mereka dan patung Zeus dibina di atas Bukit Al-Aqsa. Usaha baginda memerangi Mesir terhalang kerana Rom tidak membenarkan negara-negara berhampirannya berperang sesama sendiri. Antiochus IV kembali semula ke Syria. Sementara itu, khabar angin mengatakan bahawa Antiochus IV telah terbunuh di Mesir menyebabkan orang Yahudi bangkit menyerang Jerusalem dan menghalau keluar Menelaus dari Jerusalem. Sejurus tiba di Jerusalem, Antiochus IV telah membantu Menelaus di Jerusalem dan menghukum bunuh ramai orang yahudi. Keadaan ini menyebabkan Orang Yahudi bangkit menentang pengaruh Hellenistik dan Pagan dalam agama samawi mereka. Pemberontakan ini dikenali sebagai Pemberontakan Maccabean.

Belum reda hal di Jerusalem, Parthia pula menyerang Timur Syria dan memaksa Antiochus IV bersama bala tenteranya berarak ke perbatasan Seleucid untuk berperang dengan Parthia. Urusan di Palestin pula diserahkan kepada seorang jeneralnya. Antiochus IV terbunuh dalam perang dengan Parthia menyebabkan Empayar Seleucid menjadi tidak stabil serta pemberontakan Maccabean berjaya dimenangi oleh pemberontak Yahudi.

Mereka menubuhkan Kerajaan Hasmonean, kerajaan orang Yahudi kedua selepas kekalahan mereka kepada Kerajaan Babylon. Walaubagaimanapun, Hasmonean lebih kepada penguasaan Semi-Autonomi sahaja terhadap Empayar Seleucid, menunjukkan mereka bukanlah sebuah negara merdeka. Selepas pemberontakan Maccabeen pertama di bawah pimpinan Judah Maccabee, wilayah Palestin kekal di bawah hegemoni Seleucid dengan peperangan demi peperangan yang terpaksa dihadapi oleh orang Yahudi di Jerusalem dengan pertukaran Paderi Agung mereka mengikut kehendak Seleucid.

Perang saudara yang berlaku dan ketidakstabilan Empayar Seleucid menyebabkan Orang Yahudi berjaya membina kerajaan yang merdeka. Selepas kematian Jonathan, Paderi Agung merangkap Ketua Yahudi (Hellenistik) di Jerusalem kerana perang saudara di antara Alexander Balas dengan General Diodotus Tryphon, Simon Maccabee dilantik menjadi Ketua dan Paderi Agung Yahudi serta-merta demi menghadapi kemaraan tentera Diodotus. Simon Maccabee berjaya menjadikan Hasmonean sebagai sebuah Negara Semi-Autonomi dalam Empayar Seleucid bermula dari Tahuun 141 SM sehinggalah dia dibunuh 6 tahun kemudian. Sebagai kesinambungan daripada perjuangan Simon Maccabee, anak ketiganya, John Hycranus pula menjadi Raja Hasmonean. Kerajaan Yahudi tersebut kekal aman selepas baginda menerima budaya Hellenistik dalam pentadbiran Hasmonean dan mengakui diri sebagai Gabenor di Jerusalem serta membayar ufti kepada Seleucid.

Setelah 2 dekad berlalu dengan aman, Kuasa Seleucid merosot teruk dengan kekalahan Seleucid kepada Parthia dan melenyapkan pengaruh Seleucid di Timur Sungai Furat. Emperor Antiochus VII mangkat dalam peperangan tersebut menyebabkan berlakunya perebutan kuasa di antara Antiochus VIII dan Antiochus IX. Keadaan ini memberi peluang kepada Hycranus untuk memberontak terhadap Seleucid, dan menubuhkan Kerajaan Hasmonean yang merdeka pada tahun 110 SM. Selepas mengisytiharkan kerajaannya sebagai sebuah kerajaan yang merdeka, John Hycranus dengan bala tenteranya menakluk seluruh Palestin dan Transjordan.

Selepas kemangkatan Hycranus, isterinya mendapat hak sebagai pemerintah dan anaknya menjadi Paderi Agung. Namun, anaknya, Aristobulus memenjarakan ibunya sendiri dan abang-abangnya, lalu memerintah selama setahun sebelum kematian mengejut pada tahun 106 SM. Abangnya, Alexander Janneus dibebaskan dan mengambil takhta Hasmonean. Pada tahun 93 SM, Tentera Arab Nabatea berjaya mengalahkan Alexander Janneus dan memiliki semua wilayah di Transjordan.

Seleucid yang bimbang dengan kebangkitan Nabatea di Jordan pergi memerangi mereka pada tahun 87 SM di Gadara, namun Antiochus XII dan Alexander Janneus terbunuh dalam peperangan tersebut. Kekalahan Seleucid dan Hasmonean ini mengukuhkan kedudukan Arab Nabatea di Transjordan, Negev dan Gaza. Perang Nabatea ini sebenarnya adalah perang balas terhadap kekejaman Janneus menakluk Gaza dan membunuh semua orang yang ada di dalamnya serta kejadian tersebut telah menggugat jalur perdagangan Nabatea ke utara kerajaan mereka.

Selepas kemangkatan Alexander Janneus dan Antiochus XII, permaisuri Alexander Salome menaiki takhta sebagai Ratu Regnal kepada Hycranus II. Selepas kemangkatannya, berlaku perang saudara antara Hycranus II dengan adiknya Aristobulus II. Aristobulus II menang dan menaiki takhta Hasmonean. Keadaan ini memberi peluang kepada Antipater, Gabenor Hasmonean di Edom (Berbangsa Edom dan isterinya Arab) untuk meyakinkan Hycranus II bagi memohon pertolongan Aretas, Raja Arab Nabatea dalam perang saudara.

Sebagai ganjarannya, Hycranus II menjanjikan wilayah-wilayah Arab kepada Aretas. Berlakulah perang saudara antara Hycranus II dengan Aristobulus II untuk merebut takhta Hasmonean yang ditakluki oleh adiknya itu dengan menggunakan bantuan daripada tentera Arab. Belum pun reda hal ini, Emperor Pompei Yang Agung dari Kerajaan Rom bertindak menakluk Seleucid dan menjadikan Judea sebagai Negara Lindungan Rom dengan melantik Marcus Aemilius Scaurus sebagai penguasa Seleucid Syria. Aristobulus II dan Hycranus II, masing-masing mengantar wakil kepada Scaurus untuk membantu mereka.

Oleh sebab Aristobulus memberikan lebih hadiah, beliau memihak kepada Aristobulus II dan menyuruh Aretas mengundurkan tenteranya. Semasa 50,000 tentera Aretas itu mengundurkan diri, tentera Yahudi menyerang dan mengakibatkan ramai bangsa Arab Nabatea terkorban. Setelah itu, Pompei melawat Syria pada tahun 63 SM. Baginda lebih menggemari Hycranus II sebagai penguasa Kerajaan Judah serta menangkap Aristobulus dan anakandanya Antigonus II.

Walaubagaimanapun, baginda melantik Hycranus II sebagai Paderi Agung bangsa Yahudi (Ethnarch) sahaja dan melantik Antipater, bekas gabenor berbangsa Edom kepada Hycranus II sebagai Gabenor. Antigonus II berjaya melarikan diri pada tahun 57 SM dan kembali ke Judah. Sepuluh tahun kemudian, Antigonus II berjumpa dengan Julius Caesar yang melawat Syria ketika itu untuk menaikkannya sebagai raja Hasmonean kerana Hycranus II hanyalah raja boneka kepada Antipater. Antigonus II tidak berjaya meyakinkan Caesar untuk membantunya, lalu dia menyerang kota suci pada tahun 42 SM, tetapi tewas kepada Herod I.

Pada Tahun 40 SM, empayar Parthia berjaya menawan Wilayah Syria dan Palestin. Parthia melantik Antigonus II sebagai Raja dan Paderi Agung di Judah. Herod berjaya melarikan diri ke Rom, di mana Herod dilantik menjadi Raja Judah oleh Marc Anthony, Senat Rom yang menjadi pemerintah autoratik di Rom. Pada tahun 39 SM, Herod memulakan kempennya menakluki Jerusalem dari tangan Antigonus II namun tidak berjaya menembusi kekebalan tembok kota Jerusalem. Setahun kemudian, Herod menyerang wilayah-wilayah Judah dalam Palestin dan tentera Rom yang diketuai oleh Marc Anthony berjaya menghalau keluar Parthia dari Syria serta berjaya menewaskan Kota Jerusalem. Antigonus II ditangkap dan dibunuh di Antioch. Kematiannya mengakhiri jurai keturunan Hasmonean dan Dinasti Herod pula yang berkuasa di Judah.

Sejarah yang berlaku di Bait Suci ini jelas menunjukkan Hasmonean tidak pernah aman daripada pertumpahan darah. Orang-orang Yahudi sering berperang sesama sendiri dan tidak menghormati Jerusalem sebagai kota suci mereka. Rakyat kerajaan ini menjadi liar dan suka berperang. Jawatan ketua negara dan ketua agama sering menjadi perebutan kerana kekayaan dan status jawatan tersebut kepada bangsa Yahudi. Perang saudara dan campurtangan Rom juga membawa kepada kemusnahan Kerajaan Hasmonean dan kebangkitan Kerajaan Herod yang menjadi Kerajaan Taklukan Rom.

Kebangkitan Hasmonean ini sering menjadi inspirasi kepada kebangkitan Nasionalisme Yahudi atau Zionis kerana mereka berjaya menjadi Kerajaan Yang Merdeka walaupun hanya beberapa puluh tahun sahaja kemerdekaan tersebut. Namun, legasi Hasmonean telah terputus secara menyeluruh selepas kebangkitan kerajaan Herod dan tuntutan Hasmonean terhadap Palestin juga tidak lagi sah dari segi sejarah setelah Herod dijadikan Raja Agung di Judea oleh Mark Antony, Jeneral Rom yang sangat terkenal dan berpengaruh. Kisah Kerajaan Herod juga sangat menyedihkan kerana berlaku beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan beberapa orang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyeru kembali umat Yahudi kembali ke jalan yang benar.

Rujukan: 




Sunday, October 29, 2023

Zaman Bani Israil di Palestin

Selapsa nabi Musa wafat di padang Pasir Sinai, 40 kepimpinan Bani Israil diteruskan pula oleh Nabi Yusya' bin Nun. Dialah yang memimpin generasi baru Bani Israil untuk menyerang negeri yang dijanjikan  Allah buat mereka. Itusetelah negeri tersebut diharamkan buat mereka selama 40 tahun.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah  Ayat (21-26):

يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ (21قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِن يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ (22قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (23)
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ (24) قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ (25) قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ (26)


Lalu, mereka pun  dapat menguasai Kota Araiha' yang terletak ditanah Palestin.

1) Zaman Al-Qudhat (Para Hakim)

Apabila Yusya' bin Nun dapat memimpin Bani Israil mengambil tanah Palestin, dia membahagikan setiap puak Bani Israil kawasan yang diketuai oleh hakim dari kalangan puak masing-masing. 

Fasa ini berlangsung selama 400 tahun, sebagaimana yang disebutkan dalam sumber-sumber Bani Israel. Dalam fasa ini, peperangan sentiasa berlangsung dengan musuh-musuh mereka. Ada masa mereka menang dan ada masa mereka kalah.


2) Zaman Al-Muluk (Para Raja)

Zaman ini bermula dengan kekuasaan Talut, raja pilihan Allah. Kemudian fasa ini berlangsung ke zaman nabi Daud dan sterusnya nabi Allah Sulaiman. Inilah zaman paling cemerlang dalam sejarah bani Israel kerana yang memerintah mereka adalah nabi allah yang dikurniakan mukjizat dalam pemerintahan.


3) Zaman perpecahan

Zaman ini bermula dengan kematian nabi Allah Sulaiman. Apabila wafatnya nabi Allah Sulaiman A.S, maka anaknya Rahba'am bin Sulaiman (atau disebut Ruhub'um-rujuk Al-Kamil Fi At-Tarikh oleh Ibn Al-Athir) membentuk pemerintahan dan disokong Puak Yahuza dan Puak Bunyamin di bahagian selatan Palestin dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya. Kerajaan itu dikenali dengan Kerajaan Judah (Yahuza). Manakala di bahagian utara Palestin dengan Nablus sebagai ibu kotanya, Yarba'am bin Nabath membentuk pemerintahan yang dinamakan Kerajaan Israel.  Kerajaan ini didokong oleh 10 puak Bani Israel yang lain.  

Rujuk : Al-Kamil

Di kalangan orang-orang Yahudi, mereka yang membentuk kerajaan di sebelah utara itu dikenali dengan nama Samiriyyin, merujuk kepada nama sebuah gunung di sana yang bernama Gunung Syamir yang dibeli oleh salah seorang raja mereka yang dinamakan Umuri. maka rakyat Kerajaan Israel dipanggil dengan nama Golongan Samiriyyin. Mereka kemudiannya mengubah kiblat mereka dari Baitul Maqdis ke arah sebuah gunung yang dinamakan Jarzim. Yahudi dalam kerajaan Judah menganggap mereka sebagai kafir dan mulhid kerana mengubah kiblat.

Maka, kerajaan Judah dan Israel sentiasa bermusuh dan berperang satu sama lain. Kekadang mereka bedamai dan tolong menolong ketika berdepan dengan musuh bersama. Para penguasa kerajaan Israel selalu bertukar antara puak-puak di dalamnya. Sementara kerajaan Judah kekal di tangan puak Yahuza yang berada pada garis keturunan zuriat nabi Allah Sulaiman A.S. Kedua-dua kerajaan ini acapkali berperang dengan kerajaan tetangga seperti Kerajaan Aram yang berpusat di Damaskus, Kerajan Palestin, Kerajaan Edom di Selatan Kerajaan Judah dan Kerajaan Moab di sebelah timur Kerajaan Judah.

Agama Tahid sudah mula tercemar bahkan penyembahan berhala mula berlaku dalam kedua-kedua kerajaan Yahudi tersebut, terutama di kalangan  Samiriyyin yang merupakan rakyat negara Israel.

Dalam keadaan lemah, syirik yang berleluasa, ajatan taurat yang jauh ditinggalkan itu, dua kerajaan Bani Israel itu tidak lagi mampu menampung serangan musuh. 

Pada tahun 721SM, raja Sargon dari empayar Assyria menyerang Kerajaan Israel dan menjajahnya.

Pada tahun 608 SM pula, kerajaan Judah ditumbangkan oleh serangan dari Mesir dan seterusnya turut mengambil kawasan kerajaan Israel daripada tangan Asyria.

Dua tahun kemudian,iaitu tahun 608SMRaja  Nebuchadinezzar dari Babylon pula menyerang tanah palestin utara dan mengalahkan Mesir. Tanah yang dulunya merupakan kerajaan Israel dikuasai raja dari Babylon itu.

Pada tahun 586SM, Raja  Nebuchadinezzar menyernag palestin Selatan dan mengambil alih kerajaan Judah dari tangan Mesir. Raja Babylon itu meruntuhranapkan Bandar Juruelam dan Haikal Sulaiman. Bangsa Bani Israil dibunuh dan ditawan sebagai hamba perang , dibawa balik ke Babylon.

Tahun 538SM, kerajaan Babylon dikalahkan oleh Kerajaan Achaemenid dari tanah Parsi yang rajanya dikenali dengan nama Cyrus Yang Agung (Cyrus II). Cyrus II membina semula Haikal Sulaiman  dan membebaskan bangsa bani Israil dari perhambaan di tanah Babylon. Bangsa Bani Israil disuruh balik ke Palestin. Bangsa Bani Israel diberikan  pemerintahan otonomi di Palestin yang bernaung di bawah Empayar Achaemenid dan ia berlangsung selama 400 tahun sehingga Kerajaan Seleucid menguasai tanah Palestin. Satu pemberontakan yang dinamakan Pemberontakan Maccabees meletus. Mereka mengambil alih kerajaan Judah dan membentuk dinasti yang dinamakan Dinasti Hasmonean yang memerintah antara 167SM hingga 37SM.

* Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Hellenistic? : Ia bermula dari masa kematian Alexener The Great pada tahun 323 SM sehinggalah kematian Cleopatra VII ( 7)pada tahun 30 SM.

Tahun 330SM, dari Mecedonia, Yunani, muncul pula seorang raja penakluk yang hebat , disebut namanya Alexander The Great. Dia meluaskan empayarnya , menakluki Mesir, Palestin sehingga mengalahkan kerajaan di Parsi. Yahudi di tanah Palestin telah dirosakan terus oleh ajaran Falsafah Yunani dan Greek.

Tahun 63SM, Kerajaan Rom yang dipimpin oleh Pompei menguasai palestin dan menawan Juruselam. ia berlangsung hinggalah lahirnya nabi Isa. Ketika nabi Isa lahir, kawasan Palestin berada di bawah jajahan Rom.

Tahun 70M, Palestin diserang pula oleh Raja Titus dari Rom dan membaakar Juruselam serta meruntuhkan semula Haikal Sulaiman yang pernah dibina kembali pada zaman Cyruss The Great dulu. Bangsa Yahudi dibunuh secara Holokus. Dikatakan 1 juta jiwa terkorban.

Tahun 135M, sekali lagi palestin diserang oleh Rom yang ketika itu rajanya bernama Adrianus. Kota Juruselam dibakar hangus dan Di atas runtuhan Haikal Sulaiman dibangunkan Kuil Jupiter. Nasib malang Yahudi berulang. Mereka dibunuh dan diburu. Maka betempiaranlah para Yahudi lari menyelamatkan nyawa mereka ke serata cerok rantau. Ada yang ke Mesir, Afrika Utara, Spanyol dan Eropah. Tidak kurang juga yang lari ke Tanah Arab 


Baca: Dorar.net


Tambahan

Kisah Ibn Al-Haiban-Kenapa Yahudi datang ke Madinah

Dicatatkan dalam Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam

قصة ابن الهيبان؛ فقد ذكر ابن إسحاق عن عاصم بن عمرَ بن قتادة عن شيخٍ من بني قريظةَ قال لي: هل تدري عمَّ كان إسلامُ ثعلبةَ بنِ سعية، وأُسيدِ بنِ سعية، وأسدِ بنِ عُبيد ؟ - نفرٌ من بني هدل ، إخوة بني قريظة ، كانوا معهم في جاهليتِهم ، ثم كانوا سادتهم في الإسلام - قال : قلت : لا والله.

قال: فإن رجلاً من يهود من أهلِ الشامِ يقال له : ابن الهيبان قدم علينا قُبَيل الإسلامِ بسنين فحلَّ بين أظهرِنا، لا والله، ما رأينا رجلاً قطُّ لا يصلي الخمسَ أفضلَ منه، فأقامَ عندنا، فكنا إذا قحطَ عنا المطرُ، قلنا له: اخرج يا ابن الهيبان فاستَسْقِ لنا، فيقول: لا والله، حتى تقدِّموا بين يديْ مخرَجِكم صدقةً، فيقولون له : كم ؟ فيقول : صاعاً من تمرٍ أو مُدَّينِ من شعير فنُخرجها، ثم يخرج بنا إلى ظاهرِ حرَّتِنا، فيستسقي اللهَ لنا، فوالله ما يبرَحُ مجلسه حتى يمرَّ السحابُ ونُسْقى قد فعل ذلكَ غيرَ مرَّةٍ ولا مرتينِ ولا ثلاث.

قال: ثم حضَرَتْه الوفاةُ عندنا، فلما عرفَ أنه ميتٌ، قال: يا معشرَ يهودَ، ما تَرَوْنَه أخرجني من أرضِ الخمرِ والخميرِ إلى أرضِ البؤسِ والجوعِ؟ قال : قلنا: إنك أعلمُ، قال: فإني إنما قدِمْتُ هذه البلدةَ، أتَوَكَّفُ خروجَ نبيٍّ قد أظلَّ زمانُه، وهذه البلدةُ مهاجرُه ، فكنت أرجو أن يُبعَثَ، فأتَّبِعُه، وقد أظلَّكم زمانُه، فلا تُسبَقَنَّ إليه يا معشرَ يهود، فإنه يُبعَثُ بسفكِ الدماءِ، وسَبْيِ الذراري والنساءِ ممن خالفَه، فلا يمنَعُكم ذلك منه،

فلما بُعثَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم، وحاصرَ بني قريظة، قال هؤلاءِ الفتيةُ - وكانوا شباباً أحداثاً - : يا بني قُريظَةَ، والله إنه للنبيُّ الذي كان عَهِدَ إليكم فيه ابنُ الهيبان،

قالوا : ليس به،

قالوا : بلى والله إنه لهو بصفَتِه، فنزلوا وأسلَموا، وأحرَزُوا دماءَهم وأموالهَم وأهْليهم .








Saturday, October 28, 2023

Terbunuhnya Saifuddin Qutuz

Saifuddin Qutuz adalah seorang Mamalik yang naik menjadi raja Mesir menggantikan anak  sultan Mamalik pertama ('Izzuddin Aibak) iaitu Nuruddin Ali bin 'Izzuddin Aibak. Nuruddin Ali itu semasa naik tahta , umurnya masik kanak-kanak iaitu sekitar 15 tahun. Saifddin Qutuz berperanan mengawal kerajaannya yang menghadapi banyak pencabar. Dulu masa 'Izzuddin aibak jadi raja Mesir, Saifuddin Qutuz telah menjalankan arahannya membunuh Farisuddin Aqtai. Peristiwa itu menjadi puinca pergeseran antara Mamalik Bahri dengan Mamalik Ma'ziyyah.

Tiga Tahun Mesir berajakan kanak-kanak bernama Nuruddin Ali, maka tentera Mogol sudah berada di gerbang Mesir. Lalu, para pembesar Mesir melihat tidak layak seorang kanak-kanak memerintah kerana cabaran besar sedang menanti. Maka diangkat Saifuddin Qutuz menjadi sultan buat mendepani ancaman Mogol.

Pendek cerita, Sultan Saifuddin Qutuz bersama pasukan Mesir berjaya memukul mundur tentera Mogol yang dipimpin oleh Katabgha Noyan yang merupakan orangg kanan Hulagu Khan yang berjaya mengalahkan Baghdad dan menamatkan khilafah Abbasiyyah di sana. Kekalahan Katabgha Noyan dalam Perang Ain Jalut 25 Ramadhan 658H sangat membuat malu kepada Hulagu Khan. Tentera Mogol berundur dalam keadaan hina meningglkan Damsyiq dan Saifuddin Qutuz masuk ke Damsyiq disambut meriah oleh penduduk damsyiq yang sempat merasa kehinaan di bawah penjajahan Mogol.

Antara 6 Syawal hingga 15 Syawal tahun 658, Sultan Saifuddin Qutuz berada di Damsyiq memulihkan tatakelola yang dirosakkan oleh penjarahan Mogol.

Ia adalah kemenangan yang sangat dibanggakan. 

Dalam perjalan pulang dari Damsyiq ke Kaherah, usai peperangan Ain Jalut (50 hari lepas perang), di satu tempat di perbatasan Mesir bernama As-Solehiyyah, Sultan Saifuddin Qutuz mati dibunuh oleh rakan-rakannya sendiri. Ibn Khaldum dalam Muqaddimahnya menyebutkan bahawa Zohir Ruknuddin Baibers yang menyimpan dendam kepada Saifuddin Qutuz di atas perbuatannya membunuh Farisuddin Aqtai, sentiasa menunggu peluang untuk membunuh Saifuddin Qutuz. Peluang itu datang semasa mereka dalam perjalanan balik ke Kaherah setelah selesai perang Ain Jalut.

Menurut Sejarawan Islam Taqiyyuddin Muqrizi, punca kenapa Zohir Baibers membunuh Qutuz adalah kerana dia merasakan Qutuz mungkir janji untuk menyerahkan kekuasaan Aleppo kepadanya. Hal itu menjadi ketidakpuasan  hati yang disimpan dan menunggu masa meledak. Itu hanya rencahnya sahaja. Hakikatnya, ia adalah dendam lama yang disimpan apabila Qutuz telah melumurkan tangannya dengan darah Farisuddin Aqtai pada masa pemerintahan 'Izzuddin Aibak. Pembunuhan ke atas Farisuddin Aqtai yang merupakan pemimpin Mamalik Bahriyyah Solihiyyah oleh kumpulan Mamalik Ma'ziyyah yang di dalamnya adala Qutuz menyebabkan Baibers sentiasa menunggu hari pembalasan. Di tambah pula Mamalik Ma'ziyyah memegang kendali kekuasaan di istana pemerintahan.

Catatan sejarawan Islam yang pelbagai dalam membahaskan isu ini menunjukkan kepada kesimpulan bahawa pembunuhan Qutuz adalah berawal daripada permusuhan antara dua kelompok Mamalik di Mesir . Penyatuan mereka dalam menghadapi ancaman Mogol hanya bersifat sementara sedangkan dalam hati masing-masing ada kerikil dendam yang tidak lebur.

Namun, konspirasi yang membawa kepada terbunuhnya Qutuz bukan sahaja oleh golongan mamalik bahriyyah, tetapi juga daripada para pemimpin Mamalik Ma'ziyyah yang satu kumpulan dengan Qutuz. keterlibatan mereka sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah, sukar untuk dijelaskan. Apa sebabnya mereka berpaling khianat kepada pemimpin utama mereka?


Baca: Al-Jazeera.net

Baca: Wikipedia

Sunday, October 22, 2023

Kisah Terbunuhnya Sultan Turan Syah



Namanya adalah Turan Syah bin Sultan Al-Malikus Soleh Najmuddin Ayyub bin Sultan Al-Malikul Kamil Nasiruddin Muhammad bin Al-Malikul 'Adil Saifuddin Muhammad Abu Bakar bin Najmuddin Ayyub bin Syazi Al-Ghatfani.

Catatan: Najmuddin Ayyub adalah ayah kepada Salehuddin Ayyub dan juga saudara lelaki kepada Asaduddin Syirkuh.

Pada 8-11 Februari 1250 belaku Peperangan Al-Munsurah antara tentera Perancis dengan Tentera Mesir. Ketika peperangan belum selesai, matilah Sultan Soleh Ayyub. Tentera Perancis dipimpin oleh Raja Louis IX manakala tentera Mesir dipimpin oleh  oleh Amir Fakhruddin  Yusuf bin  Syaikhus Syuyukh dibantu oleh pimpinan golongan Mamalik  iaitu Farisuddin Aqtai Al-Jimdar dan Ruknuddin Baibars Al-Bunduqdari 

Apabila mati Sultan Soleh Ayyub ketika peperangan belum selesai, ia sangat berbahaya untuk moral pasukan tentera. Maka, hamba Sultan Soleh Ayyub yang amat berpenagruh dalam istana ketika itu, namanya Syajaratuddur, berpakat dengan beberapa pemimpin tentera untuk merahsiakan hal itu. Ia adalah bagi mengelak kekacauan yang mungkin berlaku setiap kali wafatnya seorang raja. Sementara anak Sultan Soleh Ayyub, Turan Syah pun tidak tahu hal kematian ayahnya.

Turan Syah ketika itu menjadi gabenor Ayyyubiyyah di  Hasankeyf, iaitu sebuah kota pinggir Sungai Dajlah dalam daerah Bathman, Turki. Setelah perang selesai dan pasukan Perancis telah dikalahkan, Syajaratuddur mengutuskan rombongan untuk menjemput Turan Syah datang ke Mesir untuk mengambil alih kekuasaan. Turan Syah, lalu  menyerahkan pemerintahan di Hasankeyf kepada anaknya yang bernama Al-Muayyid Abdullah dan dia bernagkat menuju Mesir. Anaknya itu kemudiannya memerintah selama 46 tahun dari tahun 647H hingga 693H.

Turan Syah tiba di Mesir ketika Perang Al-Mansurah sudah hampir ke hujungnya. Dia datang dan mengambil kendali kepimpinan dalam peang tersebut yang sebelumnya tentera Perancis telah melemah akibat pukulan-pukulan  daripada pasukan yang di atur streateginya oleh para Mamalik dengan arahan Syaratauddur.

Dalam Perang Al-Mansurah ini, akhirnya tentera Salib Perancis mengalami kekalahan , bahkan raja Lois IX telah menjadi tawanan. Da kemudiannya terpaksa menebus dirinya dengan 800 ribu dinar emas. mengembalikan tawanan kaum muslimin , mengembalikan Dimyat kepada Mesir dan menandatangi Perjanjian Damai selama 10 tahun.

Sumber: Wiki 

Sementara Kedatangan Turan Syah telah menimbulkan kebimbangan di kalangan  tokoh berpengaruh di Mesir.Ini kerana Turan Syah bebal dalam politik dan gelojoh dalam tindakan. Pertamanya, dia tidak mengenali kedudukan Syajaratuddur dan mentohmahnya sebagai menyembunyikan harta ayahnya dan meminta ia dikembalikan. Oleh itu, hubungannya dengan Syajaratuddur pun menjadi renggang. 

Keduanya, Turan Syah tidak menghargai para pemimpin Mamalik yang berperanan utama dalam mengalahkan tentera Salib Perancis yang yang diketuai Raja Louis IX. Antara pemimpin Mamalik yang telah banyak berjasa ketika itu ialah Farisuddin Aqtai dan Ruknuddin Baibers. 

Penghormatan para Mamalik adalah kepada Sultan Soleh Ayyub dan ia tidak mengalir untuk anaknya Turan Syah. Mereka lebih dekat dengan Syajaratuddur , janda Sultan Soleh Ayyub. Oleh itu, sikap Turan Syah yang sombong dan tidak tahu diri menyebabkan para Mamalik semakin hilang hormat kepadanya.

Sikapnya terhadap Syajaratuddur yang menuduhnya membolot harta Sultan Soleh Ayyub menyebabkan kerenggangan hubungan dan ketidakpuasan hati Syajaratuddur. Lalu, dia berkonspirasi dengan para ketua Mamalik untuk melenyapkannya. 

Tanpa sokongan Mamalik, ia adalah kelompongan besar buat Turan Syah.

Para Mamalik, secara umumnya punya sikap sambil lewa dalam soal nyawa. Jika kita teliti sejarah Mamalik, kita akan temui pembunuhan-pembunuhan yang mereka lakukan hanya berasaskan syak wasangka. Jika mereka mendengar ada tanda-tanda khianat kepada mereka, pedanglah menjadi jawapannya. Nyawa orang bagi mereka berlegar di mata pedang. Hal ini terbit dari tabiyyah ketenteraan yang mereka alami sejak mula daripada kedatangan mereka ke Mesir lagi di zaman Sultan Soleh Ayyub. Kita akan temui selepas ini bagaimana 'Izuddin Aibak dibunuh, Farisuddin Aqtai dibunuh dan juga Syajaratuddir dibunuh. Malah kisah terbunuh Saifuddin Qutuz di tangan Az-Zohir Baibers yang sama-sama mengalahkan pasukan Mogol dalam Perang Ain Jalut membuatkan kita merasakan alangkah mudahnya para Mamalik melakukan pembunuhan sesama sendiri.

Kisah mengenainya boleh dirujuk dalam Eksiklipedia yang bernama Al-Nujūm al-Zāhirah fī Mulūk Miṣr wa-al-Qāhirah yang ditulis oleh IbnTaghribirdi.

Menurut sumber di atas, orang yang terlibat dalam pembunuhannya 4 orang.

Disebutkan: Pada masa pemerintahan Sultan Soleh Ayyub, dia memerintahkan kepada khadamnya yang bernama Muhsin. Katanya: hai Muhsin, pergilah ke penjara adikku yang Al-Adil dan bawa bersamamu beberapa Mamalik, suruh mereka cekik dia sampai mati". Maka Muhsin pergi kepada Mamalik dan memberitahu mereka apa yang diperintahkan oleh Sultan Saleh Ayyub. Para Mamalik tidak sanggup melakukan hal tersebut melainkan 4 orang. maka matilah Al-Adil dengan cara itu. Kemudian Allah yang maha adil membalas perbuatan itu. 4 orang itulah kemudiannya membunuh anak Sultan Soleh Ayyub iaitu Turan Syah dengan cara yang yang paling ngeri.Lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Sultan Soleh Ayyub terhadap saudaranya sen diri.

Aku memperingatkan: Siapa menyemai badai, maka dia akan menuai  taufan. Demikian kata-kata bijak pandai. Ambillah iktibar wahai saudaraku!

Tebunuhnya Turan Syah.

Pada subuh hari tanggal 27 Muharram 648H, tatkala Turan Syah sedang makan sarapan pagi dalam khemah yang khusus buatnya, dia diserang oleh sekumpulan Mamalik yang tidak senang dengan sikap Turan Syah terhadap mereka. Antara Mamalik itu ialah Baibers Bunduqdari, Mansur Qolawun As-Solihi dan Aqtai Jimdar. Turan Syah sempat lari dan berlindung di atas sebuah menara kayu. Para Mamalik itu kemudiannya membakar menara itu. Tiada jalan lain agar tidak rentung oleh api, Turan Syah terjun ke dalam air dan mereka pun memanahnya. Maka Turan Syah mati dalam keadaan luka, lemas dan terbakar. Mayatnya di keluarkan dai seungai dan dibiarkan di pantainya selama tiga hari. Tiada siapa mengkebumikannya. Lalu, adalah nalayan yang lalu dan  mengkebumikannya dan tidak diketahui di mana kuburnya.

Sejarawan Mesir yang bernama Ibn Iyyas Al-Hanafi menyebutkan dalam bukunya Bada'iu Az-Zuhur Fi Waqa'iu Ad-Duhur menyebutkan bahawa Turan  Syah setelah peperangan Mansurah telah menempati Faraskur dan di sana dibinakan untuknya satu menara tepi sungai Nil dari kayu. Dia memerintahkan tawanan tentera Salib dari Perancis di bawa ke sana dan dibunuh di depannya, lalu mayat mereka dilemparkan ke dalam sungai. Kemudian, dia mendatangkan orang-orangnya yang ikut bersamanya dari Hasankeyf dan memberikan jawatan kepada mereka serta disingkirkan para Mamalik dari posisi mereka. Turan Syah juga mengirimkan pesan kepada isteri ayahnya iaitu Syajaratuddur yang mengandungi ugutan dan kalam yang keras sehingga Syajaratuddur menyampaikan arahan kepada pimpinan Mamalik Laut untuk membunuh Turan Syah.

Bacaan Tambahan: Aljazeera




Daulah Ayyubiyyah

Sumber sejarah sepakat menyebuitkan bahawa Syazi bin Marwan mempunyai dua anak lelaki iaitu:-

a) Almalikul Afdhal Najmuddin bin Ayyub.

b) Al-Malikul Mansur Asaduddin Abu Al-Harith Syirkuh

Baca: Wiki

Daulah Ayyubiyyah adalah kerajaan yang berdiri di Mesir selama 81 tahun. Wilayah kekuasaannya meliputi Tanah Syam, Hijaz, Yaman,  Ethiopia. dan sebahagian wilayah Maghrib.


Salehuddin adalah pengasasnya. Selepas kematian Sultan Nuruddin Mahmud Zinki, Salehuddin menguasa Damsyiq, Aleppo dan Homs. Salehuddin mengambil alih Baitul Maqdis pada 27 Rejab 583=2 Oktobe 1187.


Sultan Salehuddin meninggal pada tahun 589 H. Sebelum meninggal, dia membahagikan pemerintahannya kepada anak-anaknya dan juga adiknya. Ini membawa akibat pergaduhan sesama mereka di belakang hari. Adiknya Sultan Al-Adil yang memerintah Mesir pula, sebelum mati  membahagikan kekuassaan kpada anak-anaknya yang tiga orang iaiatu Al-Kamil yang menguasai Mesir, Al-Mu'azzom Isa untuk Damsyiq dan sekitarnya serta Al-Asyraf Musa untuk kawasan Syam yang lain.

Sesama adik beradik Ayyubiyyah ini bergaduh dan berebut kawasan. 

Pada masa Al-Kamil memerintah Medsir lagi, ancaman Salib telah menjadi sengit kembali dan beberapa wilayah di Syam jatuh ke tangan pasukan Salib. 

Selpas Al-Kamil, anaknya naik tahta di Mesir iaitu Soleh Ayyub pada tahun 637H.

Pada tahun 647H, Sultan Soleh Ayyub berkampung di Mansurah kerana tentera Salib yang dipimpin oleh Louis IX memnyerang Dimyat. Ketika di sana , Soleh Ayyub meninggal. Kemtiannya dirahsiakan isterinya Syajaratuddur. 

Anak Soleh Ayyub yang bernama Turan Syah tidak tahu kematian ayahnya, dia berperang melawan tentera Salib dan menang.

Turan Syah cuba mengambil ali pemerintahan dari Syajaratuddur tetapi Syajaratuddin berpakai dengan para hamba Sultan Soleh Ayyub (Mamalik) dan mereka membunuh Turan Syah pada 28 Muharam 648H. 

Dengan kematian Turan Syah itu, berakhirlah kekuasaan Dinasti Ayyubiyyah dan bergantilah pula pemerintahan di Mesir dengan Kerajaan yang disebut sebagai Mamalik.

Syajaratuddur itu sendiri asalnya hamba kepunyaai Sultan Soleh Ayyub. Dia pemerintah pertama Kerajaan Mamalik. 

Thursday, October 19, 2023

Rambu-rambu fitnah di Zaman Khalifah Al-Mu'tadhid

Nama penuhnya ialah Abu Abbas Ahmad Al-Mu'tadhid Billah. Beliau dilantik menjadi khalifah Abbasiyyah selepas pakciknya khalifah Al-Mu'tamid meninggal.Dia adalah khalifah pertama yang dilantik bukan selepas ayahnya. Ayahnya adalah Al-Muwaffiq Billah.

Al-Muwaffiq  Billah adalah salah seorang daripada anak-anak Khalifah Al-Mutawakkil bin Khalifah Al-Muy'tasim bin Harun Ar-Rasyid. Khalifah Al-Mutawakkil mati terbunuh oleh konspirasi para petinggi tentera berbangsa Turki. Dikatakan anaknya Al-Muntasir telibat dalam pembunuhan itu , tetapi tidak dapat dibuktikan. Selain Al-Muntasir, Khalifah Al-Mutawakkil juga ada anak bernama Al-Mu'taz Billah dan Al-Mu'tamid 'Alallah. Al-Muwaffiq Billah kurang terkenal kerana ditenggelamkan oleh nama-nama saudaranya. Selepas terbunuhnya Al-Mutawakkil, anaknya Al-Muntasir  jadi khalifah atas dokongan para petinggi Turki. Namun tak lama. Dia juga mati. Kemudiannya digantikan dengan dengan pakciknya Al-Musta'in billah bin Al-Mu'tasim. Namun, kerana dia cuba membebaskan diri dari pengaruh Turki, mereka mengangkat anak saudaranya yang bernama Al-Mu'taz sebagai ganti. Berlaku perang antara Ali-Muta'in dengan Al-Mu'taz sehinggalah Al-Musta'in rela melepaskan jawatannya. Al-Mu'taz kemudian menggantikannya dan Al-Musta'in dibunuh dengan perintah Al-Mu'taz.( Sebenarnya pada masa Al-Musta'in jadi khalifah dia memenjarakan Al-Mu'taz dan saudaranya Al-Mu'ayyid). Tapi kem udiannya dia diselamatkan daripada penjara oleh para petinggi Turki.

 

Pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mu'tadhid Al-Abbasi (Meninggal 289H), gerakan Qoramitah mula memercikkan api fitnahnya. Ia bermula apabila seorang yang bernama Hamdan bin Qurmut mendatangi Kufah pada tahun 278H. Dia menampilkan diri sebagai orang soleh, zuhud dan penyeru kepada mendokong imam-imam Ahlil Bait. Ini menyebabkan dia menjadi tumpuan para Alawiyyin. Apabila dia telah dapat memicu kepercayaan mereka, dia pun menyebarkan fahaman-fahamannya yang ganjil lagi pelik.

Kemdian, para perngikut Hamdan Qurmut ini mula tersebar sehingga di Bahrin muncullah gerakan yang dinisbahkan kepadanya di bawah pimpinan seorang yang bernama Abi Sa'id Al-Janabi. Dia menguasai Bahrin dan Hajar serta mendapat dokongan ramai orang.

Dalam masa yang sama juga , di Yaman muncul fitnah oleh Ibn Al-Hausyab yang yang memunculkan dakyah Abu Abdullah As-Syi'i. Orang inilah yang kemudiannya berjaya mempengaruhi kabilah-kabilah di sebelah Afrika Utara untuk mendokong pembentukan sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Ubaidiyyah.

Tuesday, October 17, 2023

JABIR BIN YAZID AL-JU'FI

Nama penuhnya ialah Jabir bin Yazid bin Al-Harith bin Abdul Yaghuth Al-Ju'fi . Beliau hidup antara tahun 60H hingga 132H. Beliau adalah kalangan Tabi'in yang ahli dalam tafsir dan juga seorang muhaddis. Beliau juga antara ahli sejarah awal Arab dan meruakan tokoh besar kalangan ulama Syiah. Belua adalah orang Kufah. Sebahagian ahli hadis menyebutkan pujian atasnya, namun ada kalangan mereka yang menyebutkan celaan atasnya kerana berpegang dengan akidah Raj'ah yang menjaid kepercayaan Syi'ah. Belia adalah seotang yang banyak meriwayatkan hadis dan juga mendalam ilmunya dalam bidang agama dan juga sejarah.

Dalam dunia Syiah, beliau dianggap perawi hadis yang tsiqah.Beliau merupakan antara murid kepada Jaafar Sodiq. Ada juga kalangan ahli sunnah yang mengambil riwayatnya dan menganggapnya tsiqah seperti Zuhair bin Mu'awiyah, Waki', Syu'bah dan Sufyan As-Tsauri.

Beliau berguru dengan sahabat nabi iaitu Jabir bin Abdullah Al-Ansari dan Suwaid bin Ghaflah.

Antara kitabnya adalah Tafsir Jabir bin Yazid Al-Ju'fi.

Imam Muslim dalam Sahehnya menyebutkan:


حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو الرَّازِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ جَرِيرًا، يَقُولُ: لَقِيتُ جَابِرَ بْنَ يَزِيدَ الْجُعْفِيَّ فَلَمْ أَكْتُبْ عَنْهُ، كَانَ يُؤْمِنُ بِالرَّجْعَةِ

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...