Sunday, October 22, 2023

Kisah Terbunuhnya Sultan Turan Syah



Namanya adalah Turan Syah bin Sultan Al-Malikus Soleh Najmuddin Ayyub bin Sultan Al-Malikul Kamil Nasiruddin Muhammad bin Al-Malikul 'Adil Saifuddin Muhammad Abu Bakar bin Najmuddin Ayyub bin Syazi Al-Ghatfani.

Catatan: Najmuddin Ayyub adalah ayah kepada Salehuddin Ayyub dan juga saudara lelaki kepada Asaduddin Syirkuh.

Pada 8-11 Februari 1250 belaku Peperangan Al-Munsurah antara tentera Perancis dengan Tentera Mesir. Ketika peperangan belum selesai, matilah Sultan Soleh Ayyub. Tentera Perancis dipimpin oleh Raja Louis IX manakala tentera Mesir dipimpin oleh  oleh Amir Fakhruddin  Yusuf bin  Syaikhus Syuyukh dibantu oleh pimpinan golongan Mamalik  iaitu Farisuddin Aqtai Al-Jimdar dan Ruknuddin Baibars Al-Bunduqdari 

Apabila mati Sultan Soleh Ayyub ketika peperangan belum selesai, ia sangat berbahaya untuk moral pasukan tentera. Maka, hamba Sultan Soleh Ayyub yang amat berpenagruh dalam istana ketika itu, namanya Syajaratuddur, berpakat dengan beberapa pemimpin tentera untuk merahsiakan hal itu. Ia adalah bagi mengelak kekacauan yang mungkin berlaku setiap kali wafatnya seorang raja. Sementara anak Sultan Soleh Ayyub, Turan Syah pun tidak tahu hal kematian ayahnya.

Turan Syah ketika itu menjadi gabenor Ayyyubiyyah di  Hasankeyf, iaitu sebuah kota pinggir Sungai Dajlah dalam daerah Bathman, Turki. Setelah perang selesai dan pasukan Perancis telah dikalahkan, Syajaratuddur mengutuskan rombongan untuk menjemput Turan Syah datang ke Mesir untuk mengambil alih kekuasaan. Turan Syah, lalu  menyerahkan pemerintahan di Hasankeyf kepada anaknya yang bernama Al-Muayyid Abdullah dan dia bernagkat menuju Mesir. Anaknya itu kemudiannya memerintah selama 46 tahun dari tahun 647H hingga 693H.

Turan Syah tiba di Mesir ketika Perang Al-Mansurah sudah hampir ke hujungnya. Dia datang dan mengambil kendali kepimpinan dalam peang tersebut yang sebelumnya tentera Perancis telah melemah akibat pukulan-pukulan  daripada pasukan yang di atur streateginya oleh para Mamalik dengan arahan Syaratauddur.

Dalam Perang Al-Mansurah ini, akhirnya tentera Salib Perancis mengalami kekalahan , bahkan raja Lois IX telah menjadi tawanan. Da kemudiannya terpaksa menebus dirinya dengan 800 ribu dinar emas. mengembalikan tawanan kaum muslimin , mengembalikan Dimyat kepada Mesir dan menandatangi Perjanjian Damai selama 10 tahun.

Sumber: Wiki 

Sementara Kedatangan Turan Syah telah menimbulkan kebimbangan di kalangan  tokoh berpengaruh di Mesir.Ini kerana Turan Syah bebal dalam politik dan gelojoh dalam tindakan. Pertamanya, dia tidak mengenali kedudukan Syajaratuddur dan mentohmahnya sebagai menyembunyikan harta ayahnya dan meminta ia dikembalikan. Oleh itu, hubungannya dengan Syajaratuddur pun menjadi renggang. 

Keduanya, Turan Syah tidak menghargai para pemimpin Mamalik yang berperanan utama dalam mengalahkan tentera Salib Perancis yang yang diketuai Raja Louis IX. Antara pemimpin Mamalik yang telah banyak berjasa ketika itu ialah Farisuddin Aqtai dan Ruknuddin Baibers. 

Penghormatan para Mamalik adalah kepada Sultan Soleh Ayyub dan ia tidak mengalir untuk anaknya Turan Syah. Mereka lebih dekat dengan Syajaratuddur , janda Sultan Soleh Ayyub. Oleh itu, sikap Turan Syah yang sombong dan tidak tahu diri menyebabkan para Mamalik semakin hilang hormat kepadanya.

Sikapnya terhadap Syajaratuddur yang menuduhnya membolot harta Sultan Soleh Ayyub menyebabkan kerenggangan hubungan dan ketidakpuasan hati Syajaratuddur. Lalu, dia berkonspirasi dengan para ketua Mamalik untuk melenyapkannya. 

Tanpa sokongan Mamalik, ia adalah kelompongan besar buat Turan Syah.

Para Mamalik, secara umumnya punya sikap sambil lewa dalam soal nyawa. Jika kita teliti sejarah Mamalik, kita akan temui pembunuhan-pembunuhan yang mereka lakukan hanya berasaskan syak wasangka. Jika mereka mendengar ada tanda-tanda khianat kepada mereka, pedanglah menjadi jawapannya. Nyawa orang bagi mereka berlegar di mata pedang. Hal ini terbit dari tabiyyah ketenteraan yang mereka alami sejak mula daripada kedatangan mereka ke Mesir lagi di zaman Sultan Soleh Ayyub. Kita akan temui selepas ini bagaimana 'Izuddin Aibak dibunuh, Farisuddin Aqtai dibunuh dan juga Syajaratuddir dibunuh. Malah kisah terbunuh Saifuddin Qutuz di tangan Az-Zohir Baibers yang sama-sama mengalahkan pasukan Mogol dalam Perang Ain Jalut membuatkan kita merasakan alangkah mudahnya para Mamalik melakukan pembunuhan sesama sendiri.

Kisah mengenainya boleh dirujuk dalam Eksiklipedia yang bernama Al-Nujūm al-Zāhirah fī Mulūk Miṣr wa-al-Qāhirah yang ditulis oleh IbnTaghribirdi.

Menurut sumber di atas, orang yang terlibat dalam pembunuhannya 4 orang.

Disebutkan: Pada masa pemerintahan Sultan Soleh Ayyub, dia memerintahkan kepada khadamnya yang bernama Muhsin. Katanya: hai Muhsin, pergilah ke penjara adikku yang Al-Adil dan bawa bersamamu beberapa Mamalik, suruh mereka cekik dia sampai mati". Maka Muhsin pergi kepada Mamalik dan memberitahu mereka apa yang diperintahkan oleh Sultan Saleh Ayyub. Para Mamalik tidak sanggup melakukan hal tersebut melainkan 4 orang. maka matilah Al-Adil dengan cara itu. Kemudian Allah yang maha adil membalas perbuatan itu. 4 orang itulah kemudiannya membunuh anak Sultan Soleh Ayyub iaitu Turan Syah dengan cara yang yang paling ngeri.Lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Sultan Soleh Ayyub terhadap saudaranya sen diri.

Aku memperingatkan: Siapa menyemai badai, maka dia akan menuai  taufan. Demikian kata-kata bijak pandai. Ambillah iktibar wahai saudaraku!

Tebunuhnya Turan Syah.

Pada subuh hari tanggal 27 Muharram 648H, tatkala Turan Syah sedang makan sarapan pagi dalam khemah yang khusus buatnya, dia diserang oleh sekumpulan Mamalik yang tidak senang dengan sikap Turan Syah terhadap mereka. Antara Mamalik itu ialah Baibers Bunduqdari, Mansur Qolawun As-Solihi dan Aqtai Jimdar. Turan Syah sempat lari dan berlindung di atas sebuah menara kayu. Para Mamalik itu kemudiannya membakar menara itu. Tiada jalan lain agar tidak rentung oleh api, Turan Syah terjun ke dalam air dan mereka pun memanahnya. Maka Turan Syah mati dalam keadaan luka, lemas dan terbakar. Mayatnya di keluarkan dai seungai dan dibiarkan di pantainya selama tiga hari. Tiada siapa mengkebumikannya. Lalu, adalah nalayan yang lalu dan  mengkebumikannya dan tidak diketahui di mana kuburnya.

Sejarawan Mesir yang bernama Ibn Iyyas Al-Hanafi menyebutkan dalam bukunya Bada'iu Az-Zuhur Fi Waqa'iu Ad-Duhur menyebutkan bahawa Turan  Syah setelah peperangan Mansurah telah menempati Faraskur dan di sana dibinakan untuknya satu menara tepi sungai Nil dari kayu. Dia memerintahkan tawanan tentera Salib dari Perancis di bawa ke sana dan dibunuh di depannya, lalu mayat mereka dilemparkan ke dalam sungai. Kemudian, dia mendatangkan orang-orangnya yang ikut bersamanya dari Hasankeyf dan memberikan jawatan kepada mereka serta disingkirkan para Mamalik dari posisi mereka. Turan Syah juga mengirimkan pesan kepada isteri ayahnya iaitu Syajaratuddur yang mengandungi ugutan dan kalam yang keras sehingga Syajaratuddur menyampaikan arahan kepada pimpinan Mamalik Laut untuk membunuh Turan Syah.

Bacaan Tambahan: Aljazeera




No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....