Saturday, October 28, 2023

Terbunuhnya Saifuddin Qutuz

Saifuddin Qutuz adalah seorang Mamalik yang naik menjadi raja Mesir menggantikan anak  sultan Mamalik pertama ('Izzuddin Aibak) iaitu Nuruddin Ali bin 'Izzuddin Aibak. Nuruddin Ali itu semasa naik tahta , umurnya masik kanak-kanak iaitu sekitar 15 tahun. Saifddin Qutuz berperanan mengawal kerajaannya yang menghadapi banyak pencabar. Dulu masa 'Izzuddin aibak jadi raja Mesir, Saifuddin Qutuz telah menjalankan arahannya membunuh Farisuddin Aqtai. Peristiwa itu menjadi puinca pergeseran antara Mamalik Bahri dengan Mamalik Ma'ziyyah.

Tiga Tahun Mesir berajakan kanak-kanak bernama Nuruddin Ali, maka tentera Mogol sudah berada di gerbang Mesir. Lalu, para pembesar Mesir melihat tidak layak seorang kanak-kanak memerintah kerana cabaran besar sedang menanti. Maka diangkat Saifuddin Qutuz menjadi sultan buat mendepani ancaman Mogol.

Pendek cerita, Sultan Saifuddin Qutuz bersama pasukan Mesir berjaya memukul mundur tentera Mogol yang dipimpin oleh Katabgha Noyan yang merupakan orangg kanan Hulagu Khan yang berjaya mengalahkan Baghdad dan menamatkan khilafah Abbasiyyah di sana. Kekalahan Katabgha Noyan dalam Perang Ain Jalut 25 Ramadhan 658H sangat membuat malu kepada Hulagu Khan. Tentera Mogol berundur dalam keadaan hina meningglkan Damsyiq dan Saifuddin Qutuz masuk ke Damsyiq disambut meriah oleh penduduk damsyiq yang sempat merasa kehinaan di bawah penjajahan Mogol.

Antara 6 Syawal hingga 15 Syawal tahun 658, Sultan Saifuddin Qutuz berada di Damsyiq memulihkan tatakelola yang dirosakkan oleh penjarahan Mogol.

Ia adalah kemenangan yang sangat dibanggakan. 

Dalam perjalan pulang dari Damsyiq ke Kaherah, usai peperangan Ain Jalut (50 hari lepas perang), di satu tempat di perbatasan Mesir bernama As-Solehiyyah, Sultan Saifuddin Qutuz mati dibunuh oleh rakan-rakannya sendiri. Ibn Khaldum dalam Muqaddimahnya menyebutkan bahawa Zohir Ruknuddin Baibers yang menyimpan dendam kepada Saifuddin Qutuz di atas perbuatannya membunuh Farisuddin Aqtai, sentiasa menunggu peluang untuk membunuh Saifuddin Qutuz. Peluang itu datang semasa mereka dalam perjalanan balik ke Kaherah setelah selesai perang Ain Jalut.

Menurut Sejarawan Islam Taqiyyuddin Muqrizi, punca kenapa Zohir Baibers membunuh Qutuz adalah kerana dia merasakan Qutuz mungkir janji untuk menyerahkan kekuasaan Aleppo kepadanya. Hal itu menjadi ketidakpuasan  hati yang disimpan dan menunggu masa meledak. Itu hanya rencahnya sahaja. Hakikatnya, ia adalah dendam lama yang disimpan apabila Qutuz telah melumurkan tangannya dengan darah Farisuddin Aqtai pada masa pemerintahan 'Izzuddin Aibak. Pembunuhan ke atas Farisuddin Aqtai yang merupakan pemimpin Mamalik Bahriyyah Solihiyyah oleh kumpulan Mamalik Ma'ziyyah yang di dalamnya adala Qutuz menyebabkan Baibers sentiasa menunggu hari pembalasan. Di tambah pula Mamalik Ma'ziyyah memegang kendali kekuasaan di istana pemerintahan.

Catatan sejarawan Islam yang pelbagai dalam membahaskan isu ini menunjukkan kepada kesimpulan bahawa pembunuhan Qutuz adalah berawal daripada permusuhan antara dua kelompok Mamalik di Mesir . Penyatuan mereka dalam menghadapi ancaman Mogol hanya bersifat sementara sedangkan dalam hati masing-masing ada kerikil dendam yang tidak lebur.

Namun, konspirasi yang membawa kepada terbunuhnya Qutuz bukan sahaja oleh golongan mamalik bahriyyah, tetapi juga daripada para pemimpin Mamalik Ma'ziyyah yang satu kumpulan dengan Qutuz. keterlibatan mereka sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah, sukar untuk dijelaskan. Apa sebabnya mereka berpaling khianat kepada pemimpin utama mereka?


Baca: Al-Jazeera.net

Baca: Wikipedia

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....