Saturday, January 21, 2023

ABU YAZID AL-BISTOMI

Namanya Abu Yazid Taifur bin Isa bin Syarusan Al-Bistomi.(188H-261H). Datuknya Syarusan adalah beragama Majusi, kemudiannya memeluk Islam. 

Beliau belajar dengan Abi Ali As-Sindi yang mengajarnya Tariqat Al-Hindiyyah dalam Muraqabah Hawa Nafsu. Dia juga meriwayatkan daripada Ismail As-Suddin dan Jaafar Sodiq.

Abu Yazid dikatakan berakidah Wehdatul Wujud kerana ada ungkapan yang disandarkan kepadanya yang berbunyi:


لا إله إلا أنا فاعبدوني


سبحاني ما أعظم شأني


Ibn Taimiyyah dan Imam Zahabi mempunyai pandangan sederhana dan lunak terhadapnya. Kata-kata janggal yang disandarkan kepadanya dikaitkan dengan hal keadaannya yang mabuk. Kemabukannya itu bukan disebabkan oleh kesengajaannya tetapi kerana kecintaannya kepada Al-Khaliq. Maka hal demikian diuzurkan. Namun, perlu dingat, jika hal mabuk itu disengajakan, seperti minum arak, makan hasyisy atau menari semasa zikir hingga hilang kawalan jasamani dan aqli, maka kemabukan itu tidak boleh diuzurkan.

Kesahihan perkataan kufur yang disandarkan kepadanya banyak meragukan. Apakah benar dia mengucapkannya? Atau ada puak Zindiq yang menggunakan namanya untuk menyemburkan racun kesesatan mereka. Hal ini banyak terjadi ke atas Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dibohongi orang dengan menggunakan namanya.







No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...