Saturday, January 14, 2023

SYAIKHUL JABAL (Syeikh Gunung)


Syeikhul Jabal
adalah gelaran untuk seorang yang bernama Rasyiduddin Sinan Al-Basri atau nama penuhnya Abu Hasan Sinan bin Salman bin Muhammad Al-Basri. Beliau diutuskan oleh pemimpin Syiah Ismailiyyah Nizariyyah di Qal'ah Al-Maut ke tanah Syam sebagai pemimpin Puak Hasyasyin Syam pada tahun 1161M memandangkan ketika itu kerajaan Fatimiyyah di Mesir telah tumbang. Gerakerja puak Hasy-syasyin di tanah Syam telah membawa mereka menguasa beberapa kota seperti Qadmus, Ulaiqah, Kahf dan Misyaf. Syaikhul jabal ini telah mengunjungi kota-kota ini dan kemudian masuk dengan gaya ahli tasawwuf ke Aleppo dan akhirnya menjadikan Kota Misyaf sebagai tempat tinggalnya. Dari situ dia mengatur kerja-kerja jahatnya  dengan tenaga para Hasy-syasyin.

Dengan arahannya, para Hasyasyayin telah dikirimkan untuk membunuh Salhuddin Al-Ayubi. Dua kali percubaan membunuh Salehuddin Al-Ayubi, namun, kedua-duanya menemui kegagalan. Setelah gagal membunuh Salehuddin Al-Ayubi, maka Syaikhul Jabal mengambil pendekatan bertahaluf dengan Salehuddin Al-Ayyubi. 

Dikatakan, bahawa Salehuddin Al-Ayyubi meminta Syaikhul Jabal mengirimkan pembunuh Hasy-syasyin untuk membunuh dua pemimpin pasukan Salib iaitu Corrado de Monferrato dan Richard The Lion Heart. Namun, Syaikhul Jabal hanya mengatur siasat membunuh Corrado sahaja dan dia berjaya dalam misi itu. Dia tidak mahu membunuh Richard The Lion Heart kerana tidak mahu musuh Salibi  Salehuddin Al-Ayyubi tiada lagi, yang kemudiannya kekuatannya akan ditujukan kepada menekan puak Hasy-Syasyin. Kisah ini disebutkan oleh Ibn Al-Athir dalam Al-Kamil.  Wallahu a'lam, apakah dakwaan ini benar?

No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...