Friday, January 13, 2023

Syiah Ismailiyyah An-Nizariyyah

Kerajaan Fatimiyyah telah ditegakkan di Utara Afrika pada mulanya. Nama awalnya ialah kerajaan Ubaidiyyah, merujuk kepada pemerintah pertamanya yang bernama Ubaidillah Al-Mahdi. Ketika Al- Mu'izzu Lidinillah menjadi khalifah ke-4, beliau berjaya menguasai Mesir dan kemudiannya kerajaan itu dikenali dengan Kerajaan Fatimiyyah. Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan Syiah bermazhab Ismailiyyah. Syiah Ismailiyyah adalah satu aliran Syiah yang percaya bahawa Selepas Ja'far Sodik, imam yang seterusnya adalah anaknya Ismail. Ini berbeza dengan apa yang dipegang oleh Syiah Ithna 'Asyariyyah (Ja'fariyyah) yang berpegang bahawa imam selepas Ja'far Sodik adalah Musa Al-Kazim. 

Di Mesir, pada masa khalifah ke-8, Al-Mustansir Billah, berlaku khilaf di kalangan keluarga kerajaan tentang siapakah pengganti sang khalifah. Antara anaknya yang bernama Nizar Al-Mustafa Lidinillah dengan anaknya yang bernama Ahmad Al-Musta'li Billah. Dalam perebutan itu, sokongan buat Ahmad Al-Musta'li  billah lebih kuat. Wazir khalifah Al-Mustansir Billah, Al-Afdhal Syahansyah adalah pendokong kepada Ahmad Al-Musta'li dan dengan itu Ahmad Al-Musta'li dipilih menjadi Imam Syiah Ismailiyyah yang ke-19. Pemililahn ini didorong faktor  Al-Musta'li adalah kepada saudara perempuannya. Anak Al-Mustansir Billah yang lain iaitu Nizar dan Ismail dipaksa untuk membai'ah. Kedua-duanya minta waktu. Namun Nizar lari senyap-senyap dan belindung di Iskandariah. Di sana dia diangkat sebagai khalifah menggantikan ayahnya oleh Nasruddaulah bin Aftakin serta Al-Qadhi Abu Abdullah Al-'Ammar serta diikuti oleh penduduk Iskandariah. Dia diberi gelaran Al-Mustafa Li Dinillah. Terjadi perang saudara yang berakhir dengan kekalahn pihak Nizar  dan dia  telah ditangkap dan dipenjarakan di Iskandariyyah hingga dia mati dalam penjara. Anaknya Al-Hadi bin Nizar telah lari ke Asia Tengah mengikut pelarian pendokong kuat ayahnya yang bernama Hasan bin As-Sobah.

Dari sini kita dapat simpulkan bahawa pada episod masa ini, Kerajaan Fatimiyyah yang menjadikan Syiah Ismailiyyah sebagai mazhab mereka telah berpecah kepada aliran Musta'lawiyyah dan aliran Nizariyyah. Masing-masing mendakwa lebih berhak sebagai penerus keimaman Syiah Ismailiyyah.Perang antara aliran berlaku sesama mereka.

Aliran Nizariyyah mencari bumi lain daripada Mesir itu menumbuhkan dirinya. Pilihannya adalah kawasan Asia Tengah dan ini bermakna mereka terpaksa berhadapan dengan kerajaan Sunni Saljuk yang memerintah sebahagian besar daerah tersebut.

Namun, kelompok Nizariyyah telah mengambil tindakan pembalasan ke atas kelompok Al-Musta'liyyah pada tahun 524H/1130M dengan membunuh pengganti kepada Khalifah Ahmad Al-Musta'li iaitu Al-AAmir Bi Ahkamillah. Beliau tidak menamakan siapakah penggantinyanya. Oleh itu timbul khilaf kalangan istana Khalifah Fatimiyyah di Mesir tentang siapakah yang berhak jadi khalifah. Sebahagian melihat anak Al-Aamir Bi Ahkamillah yang bernama At-Toyyib Abul Qasim patut dilantik sebagai pengganti, manakala sebahagian yang lain mahu Al-Hafiz Li Dinillah, sepupu kepada Al-Aamir Bi Ahkamillah sebagai khalifah. Maka Fatimiyyah pun berpecah lagui kepada kelompok At-Toyyibiyyah dan kelompok Al-Hafiziyyah.

Gerakan Nizariyyah yang dipimpin oleh Hasan bin As-Sobah di kawasan Asia Tengah telah berjaya menempatkan diri di Qol'ah Al-Maut, satu kota yang kukuh dan selamat di kawasan tanah tinggi dalam jaran 100 KM dari Tehran. Al-Hadi bin Nizar menjadi pemimpin bayangan yang dirahsiakan di Qol'ah Al-Maut. Hanya pada masa Hasan II bin Al-Qahir, barulah diistiharkan sebagai imam kepada aliran Nizariyyah.

An-Nizariyyah menubuhkan satu pasukan Militia berani mati yang dinamakan Hasy-Syasyin. Anggota pasukan inilah yang dikirimkan ke sasaran musuh untuk membunuh pemimpin musuh. Khalifah Fatimiyyah serta pembesar istana, walaupun dari Mazhab Syiah yang sama iaitu Ismailiyyah, mereka dianggap musuh oleh aliran Nizariyyah dan oleh itu mereka  tidak terlepas dari ancaman pembunuh rahsia pasukan Hasy-syasyin ini.

Rujuk Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 735-737), Lohore, Pakistan, Adarah Turjumanussunnah.


No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...