Sunday, January 15, 2023

Ibn Mutahhir Al-Hulli



Nama penuhnya ialah Jamaluddin Al-Hasan bin Yusuf bin Ali bin Al-Mutahhir Al-Hulli (648H-726H)

Beliau lahir di Hullah pada 9 Ramadhan tahun 648 H. Beliau meninggal pada tahun 726H, iaitu  dua tahun sebelum meninggalnya Ibn Taimiyyah. ( Ibn Taimiyyah wafat tahun 728H ).

Beliau merupakan seorang ulama ilmu kalam yang menganut fahaman Muktazilah dan Syiah yang hidup pada kurun ke -7 H. Di kalangan syiah, dia adalah orang pertama yang digelar Ayatullah. 

Beliau adalah tuan punya kitab Minhajul Karamah Fi Ma'rifatil Imamah. Kitab ini dikarang untuk menjelaskan mazhab Syiah kepada seorang raja kerajaan Al-Khaniyyah yang bernama Khuda Bandeh, iaitu saudara kepada Ghazan yang menjadi raja Dinasti Al-Khaniyyat sebelumnya. Ghazan adalah seorang yang cenderung kepada Sunni dan dia ada beberapa peristiwa bersama Ibn Taimiyyah. Ghazan memerintah selama 8 ttahun 7 bulan  dan meninggal pada tahun 703H. Khuda bandeh yang menggantikan Ghazan, mulanya berjalan atas mazhab Sunni. tetapi Ibn Mutahhir Al-Hulli telah mempengaruhinya hingga kemudianya menganut fahaman Syiah.

Ibn Taimiyyah dalam muqaddimah kitabnya Minhajus Sunnah mengkritik kitab ini dan tuannya dan menamakan kitab ini sebagai Minhajun Nadamah dan Ibn Mutahhir sebagai Ibn Munajjis. Ini kerana Ibn Mutahhir  banyak mencela para sahabat kalangan Muhajirin dan Ansar yang telah dimuliakan Allah dalam Al-Quran. Sesiapa yang mencela para sahabat tidak wajar dikaitkan dengan kesucian, sebaliknya mereka lebih dekat kepada kenajisan yang bersarang dalam hati mereka. 

Petikan daripada kitab Minhajus Sunnah oleh Ibn Taimiyyah:


 وهَذَا الْمُصَنِّفُ سَمَّى كِتَابَهُ (مِنْهَاجَ الْكَرَامَةِ فِي مَعْرِفَةِ الْإِمَامَةِ)، وَهُوَ خَلِيقٌ بِأَنْ يُسَمَّى (مِنْهَاجَ النَّدَامَةِ). كَمَا أَنَّ مَنِ ادَّعَى الطَّهَارَةَ، وَهُوَ مِنَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ، بَلْ مِنْ أَهْلِ الْجِبْتِ، وَالطَّاغُوتِ، وَالنِّفَاقِ كَانَ وَصْفُهُ بِالنَّجَاسَةِ، وَالتَّكْدِيرِ، أَوْلَى مِنْ وَصْفِهِ بِالتَّطْهِيرِ. وَمِنْ أَعْظَمِ خَبَثِ الْقُلُوبِ : أَنْ يَكُونَ فِي قَلْبِ الْعَبْدِ غِلٌّ لِخِيَارِ الْمُؤْمِنِينَ، وَسَادَاتِ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ بَعْدَ النَّبِيِّينَ.

No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...