Friday, October 6, 2023

Firqah Al-Mughiriyyah

Ini adalah salah satu di antara sekian banyak firqah sesat yang pernah muncul dalam sejarah. Firqah ini dinisbahkan kepada Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli Al-Kufi. Beliu adalah seorang yang mengaku pencinta Ahlil Bait dan mendakwa Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Al-Husain bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib (yang dikenali sebagai An-Nafsu Az-Zakiyyah) sebagai Imam Al-Mahdi.

Ketika Muhammad An-Nafsu Az Zakiyyah itu bangkit memberontak melawan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi dan mengusai Madinah, khalifah Abbasiyyah itu pun mengirimkan bala tentera yang ebsar dan mengalahkannya serta membunuhnya. Namun, puak Al-Mughiriyyah tidak percaya bahawa Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah terbunuh. Mereka percaya yang terbunuh di medan perang itu adalah Syaitan yang menyerupai Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah. Sementara Muhammad  An-Nafsu Az-Zakiyyah tetap hidup dna menghuni pergunungan Hajiz di sebelah Najad. Dia menunggu masa untuk kemunculan semula sebagai Imam Al-Mahdi yang ditungu-tunggu.

Al-Mughirah bin Sa'id , setelah terbunuhnya Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah , mula mendakwa mendapat wahyu dan akhirnya mengaku sebagi nabi. Dia pun menghalalkan yang haram dalam agama dan mendakwa Ali sebagai Tuhan dan mengatakan Allah berjisim. 

Inilah orang yang banyak membuat jenayah ilmiah dan mengubah kitab-kitab rujukan Syiah. Hadis-hadis yang ghuluw dan tahqir ke atas sahabat-sahabat  nabi adalah angkara tangan najis Al-Mughirah bin Said.

Pengikutnya menyamar dalam majlis Ja'far Sodiq lalu meminjam kitab-kitab yang digunakan dan diberikan kepada Al-Mughirah dan Mughirah pun menanam di dalamnya hadis-hadis rekaannya.

Khalid bin Abdullah Al-Qasri yang menjadi gabenor di Kufah telah menangkapnya dan menyalibnya serta membakarnya bersama 5 pengikutnya.

Kalangan ulama Syiah yang mufakkir banyak mendedahkan peranan Al-Mugirah bin Said ini dalam memasukkan riwayat-riwayat rekaan dalam kitab-kitab Syiah. Sayangnya, kebanyakan orang Syiah mengikut para ulama mereka yang berpaut erat dengan kitab-kitab tersebut tanpa ada minda kritis. Walhasil, jadilah meeka mangsa pembohongan para penipu dalam sejarah seperti Al-Mughirah bin Sa'id tersebut.

Antara ulama Syiah yang mufakkir dan saya suka menadah telinga mendengar video penjalasan mereka adalah:

  1. Sayyid Kamal Haidari
  2. Syeikh Yasir Audah


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....