Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki samada ulama silam atau ulama kontemporari. Sehingga, dalam fikiranku, orang perempuan tak ada ulama.Ilmu perempuan tidak boleh diandalkan.
Namun, itu kerana kenaifanku dalam memutalaah karya ilmiah di pentas ilmu.
Kali ini, aku invgin tampilkan satu nama yang telah menyumbang jasa kepada dunia ilmu. Dia sorang pendakwah wanita sekaligus ilmuan agama yang tersenarai namanya di kalangan ulama.
Siapa dia?
Namanya Duriiyaah alʻyṭhBeliau dilahirkan di Damsyiq pada tahun 1937 dalam keluarga Al-'Aitoh yang terkenal di Kota Damsyiq. keluarga ini terkenal dengan majlis ilmu dan zikir.
Beliau lulusan undang-undang dari Universiti Damsyiq di Syria. Beliau belajar dengan Munirah Al-Qubaisi yang mengasaskan Persatuan Wanita Islam Syria yang dinamakan Al-Qubaisyyat.
Jamaah ini ditubuhkan di Syria dalam menghadapi tantangan wanita muslimah di Syraia yang ketika itu jarang memakai hijab.
Duriyyah mengarang kitab yang dinamakan:
" Fiqhul Ibadah 'Ala Mazhab As-Syafie"
Pada 2 Nov 2015, wafat Durriyyah pada usia 78 tahun.
Beliau tidak pernah berkahwin
No comments:
Post a Comment