Beliau merupakan cicit kepada Uqbah bin Nafi' Al-Fihri.
Ayahnya Abdul Rahman bin Habib Al-Fihri merupakan gabenor Ifriqiyyah antara tahun 127H hingga wafatnya pada tahun 137H.
Di waktu usianya muda, Yusuf menjauhkan diri dari persoalan siasah an pergaulan dengan orang ramai. Dia mengasingkan diri di Ilbira dan jauh dari Cardoba yang menjadi medan persaingan politik dan kekuasaan antara puak-puak yang dahagan kekuasaan. Puak Mudhar dan Yamani yang sentiasa bersaing mahu menguasai pemerintahan.
Ketika Tsawabah bin Tsulamah Al-Juzami, gabenor Cardoba wafat, puak Mudhar dan Yamani bersengketa tentang penggantinya. Pada akhirnya mereka memilih untuk bersatu untuk menjemput Yusuf Al-Fihri menjadi pemimpin. Tahun 129H, Yusuf Al-Fihri masuk ek Cardoba dan dipilih sebagai gabenor disana oleh puak Mudhar dan Yamani.Namun dia berdepan dengan penentangan daripada beberapa para amir di Arbunah, bajah dan Saraqosa. Yusuf Al-Fihri dapat memadamkan pemberomntakan mereka.
Yusuf Al-Fihri terus bertindak selaku Amir di cardoba. Dialah gabenor yang punya aotonomi tersendiri di Cardoba. Kerajaan Pusat di Damsyiq tiada masa untuk mememerhatikan keadaan di Cardoba. Sementelahan, konflik politik sedang memuncak dan kerajaan bani Umayyah telah ditumbangkan.
Yusuf Al-Fihri berada di posisinya nitu sehingga sampai khabar masuknya Abdul Rahman bin Mu'awiyah yang digelar Ad-Dakhili. Putera bani Umayyah yang selamat daripada pembantaian telah sampai dan dia menuntut hak untuk diwalakkkan di tanah yang sebelumnya bahagian empayar leluhurnya.
Apakah Yusuf Al-Fihri akan menyerah begitu sahaja??
Tidak...mana ada orang rela melepaskan kuasanya setelah didapatkan. Sekalipun kepada tuannya atau keturunan tuannya.
Abdul Rahman bin Mu'awiyah itu cucu khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Kalau ikut lagik, gabenor-gabenor wilayah dalam empayar patut bersedia serahkan kedudukan kepadanya bila diminta. Itu tak berlaku. Jika khalifah pun yang datang dengan sehelai sepingang minta tahta , gabenor akan berfikir berkali-kali untuk serahkan kedudukan.
Inilah uang bawa konflik hingga perang antara Yusuf Al-Fihri dengan Abdul Rahman Ad-Dakhili
No comments:
Post a Comment