Sunday, September 20, 2026

AMRU BIN ABDU WUD

Seorang pahlawan gagah dan terbilang, jika tidak mendapat hidayah  dan memilih pula posisi yang salah, membela kebatilan, akhirnya dia akan mati terlupakan. Namanya tidak ditulis mulia. Dia mati meninggalkan kurukan dan cemuhan. Dia mati penuh penyesalan. Tidak berguna pingat gagah berani yang diberikan semasa hayatnya. Tiada kebanggan keperwiraannya dan pembelaan bangsa yang ditunjukannya. 

Begitulah apa yang terjadi kepada Amru bin Abdu Wud.

Beliau adalah pahlawan tangguh di masa Jahiliyyah. Siapa tidak kenal dirinya. Orang takut kepadanya. Tiada siapa berani mencabar atau berlawan dengannya. Dia dikenal sebagai Farisu Al-Lail( Pahlawan Berkuda Malam hari). 

Ada cerita kenapa dia digelar begitu. Diceritakan bahawa satu malam dia bersama beberapa temannya keluar menunggang kuda sehingga sampai di satu kawasan, dia dan teman-temannya diseranbg sekumpulan perompak berjumlah sekitar 10 orang. Smua temannya lari dan dia seorang diri berdepan dengan 10 perompak itu. Walaupun seorang diri, dia berjaya menewaskan mereka semua. Kejadian itu menyebabkan dia dijuluki dengan gelaran Farusu Al-Lail.

Nama lengkapnya adalah Amru bin Abdu Wud bin Qais bin Abdu Wud bin Nasr bin Malik bin Hasl bin Amir bin Lu-i bin Galib bin Fahar bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Dari silsilah keturunan, di bertemu dengan silsilah Nabi Muhammad SAW pada moyang yang bernama Lu-i. Dia adalah seorang Qurasiy dan merupakan salah seorang berdarah Bani Ismail dan keturunan nabi Ibrahim A.S.

Dia sempat mengalami zaman Islam, tetapi dia tidak memeluk Islam. Menurut catatan Ibn Ishak, dalam perang Badar Amru bin Abdu Wud ikut serta di pihak Musyrikin dan dia mendapat luka dalam perang tersebut. Dalam catatan Ibnu Sa'ad, dalam perang Badar Amru bin Abdu Wud adalah orang yang bertanggungjawab membunuh sahabat Rasulullah SAW Umair bin Abdu Waqqas yang merupakan antara syuhada yang gugur dalam Perang Badar.

Ketika Perang Uhud meletus, dia tidak ikut serta kerana kesan kecederaannya dalam Perang Badar. Bila berlaku perang Khandak, dia pun kembali terjun dalam perang itu. Usianya ketika itu sudah menjangkau 80 tahun.

Apabila mendapati ada parit merentang di depan, beberapa orang tentera Kafir Quraisy bertindak nekad menyembernag parit. Mereka ialah:

1) Amru bin Abdu Wud

2) Ikrimah bin Abi Jahal

3) Hubairah bin Abi Wahab

4) Dirar bin Khattab

Amru mencabar lawan duel. Cabarannya tidak berani disambut oleh kaum muslimin kecuali Ali yang masih muda belia ketika itu. Usianya sekitar 28 tahun. Mulanya Nabi Muhammad melarang Ali menyambut cabaran Amru bin Abdu Wud memandangkan beliau adalah veteran berpengalaman dan nama besar dalam dunai ksatria. Namun, cabaran berulang tidak disambut dan hanya Ali yang tampil, akhirnya Nabi SAW benarkan Ali bin Abi Talib maju bertempur. 

Dalam aksi duel itulah Ali berjaua membunuh Amru bin Abdu Wud. matilah pahlawan kafir Musyrikin yang ditakuti itu di tangan saidina Ali yang diberkati Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment

AMRU BIN ABDU WUD

Seorang pahlawan gagah dan terbilang, jika tidak mendapat hidayah  dan memilih pula posisi yang salah, membela kebatilan, akhirnya dia akan ...