Wednesday, June 14, 2023

Qaramitah sebuah kumpulan batiniyyah dalam sejarah

Al-Imam As-Safarayini menyebutkan bahawa bahaya Qoramitah ke atas kaum Muslimin adalah melebihi bahaya Yahudi , Nasrani dan Majusi. Malahan bahayanya itu melebihi bahaya golongan Dahriyyah dan firqah-firqah sesat  yang lain. Bahkan bahayanya melebihi bahaya Dajjal yang bakal muncul di akhir zaman. Ini kerana orang yang tersesat angkara dakwah batiniyyah Qaramitah itu lebih banyak daripada yang disesatkan oleh Dajjal yang membuat fitnah di atas muka bumi cuma selama 40 hari sahaja. Sementara kesesatan Qoramitah telah berlanjutan selama berkurun dan keburukan yang ditimbulkannya lebih banyak daripada kerikil pasir dan titisan air hujan.

Syiah 12 atau dikenali juga Syiah Ja'fariyyah mengakui keimaman anak Jaafar Sodiq yang bernama Musa Al-Kazim.  Namun, ada sekelompok kalangan pengikut Jaafar Sadiq yang tidak mengakui keimaman Musa sebaliknya mereka mendakwa abang Musa Al-Kazim yang layak jadi Imam. Namanya Ismail. Cuma, Ismail itu meninggal lebih awal dari ayahnya Jaafar As-Sodiq. Kerana Jaafar As-Sadiq pernah mengatakan Imam sesudahnya adalah Ismail, maka perkataan tersebut dipegang sebagai wasiat oleh kelompok pendokongnya. Keturunan Ismail menjadi penerus kepada keimaman Ahli Bait, menurut tanggapan mereka. Kelompok inilah yang muncul sebagai Syiah Ismailiyyah.

Berlalu masa, ada seorang pendakwah Ismailiyyah yang bernama Hamadan bin Al-Asy'ath dan digelar Qurmut. Dia membentuk jemaah yang berpegang dengan akidah dan citra Syiah Ismailiyyah. Besama penggerak Syiah Ismailiyyah lain dia menyebarkan fahaman Ismailiyyah. Namun, kumpulan ini yang kemudiannya dipanggil Qaramitah telah meluncur laju dan menjadi lebih ekstrim.Mereka membina akidah bid'ah baru di atas bid'ah yang sedia ada. Mereka menjadi kelompok Syiah Ismailiyyah yang melampau.

Pada awalnya kelompok ini bahu membahu dengan kerajaan Ubaidiyyah yang berjaya diasaskan di Utara Afrika oleh Ubadillah Al-Mahdi yang mengakui keturunan Ismail bin Jaafar.(Kalau hendak dinilai sebenar-benarnya, maka pengasas sebenar adalah Abu Abdullah As-Syi'i). Demikian juga bila Kerajaan Fatimiyyah ditegakkan di Mesir pada zaman Al-Mu'iz Lidinillah pada tahun 358H, Qaramitah awal menunjukkan kebersamaan dengan Kerajaan Fatimiyyah.

Namun kecerobohan dan aktiviti irhab banyak dilakukan oleh Qaramitah. Selain menyerang kota-kota yang dikuasai oleh Kerajaan Abbasiyyah di Bagdad dan mengapikan pemberontakan , mereka juga menyekat perjalanan para hujjaj, membunuh dan merampas harta. Lagak mereka sudah menajdi seperti lanin-lanun padangh pasir yang menyebabkan keamana perjalanan dalam negara Islam Abbasiyyah telah tidak lagi terjamin.




Peritiwa hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) tahun 317H tidak dapat dilupakan dalam sejarah Islam. Ia peristiwa paling tragis dalam sejarah Makkah. Kumpulan Qaramitah yang ketika dibawah pimpinan Abu Tahir Al-Janabi telah menyerang kota Makkah,dan membunuh para hujjaj. Dikatakan jumlah korban kalangan hujjah dalam peristiwa itu mencapai 30,000 jiwa. Bahkan ada yang mengatakan ianya melebihi jumlah itu. Mayat-mayat bergelempangan dan darah membanjiri dataran kaabah sehingga paras buku lali di beberapa tempat. Lalu, mayat mereka dihumbankan ke dalam telaga zam-zam. Qoramitah ini kemudiannya mencungkil pintu Kaabah yang bersadur emas. Mereka, bahkan mencungkil dan membawa balik ke negeri mereka Hajaral Aswad . Abu Tahir, berdiri dengan angkuhnya di tepi Kaabah dan menuturkan bait-bait syairnya yang penuh kekufuran:

أنا بالله، وبالله أنا
يخلق الخلق، وأفنيهم أنا

Ada lagi syair yang diungkapnya dan ulama sejarah menisbahkan ia kepada Abu Tahir Al-Janabi:

فَلَوْ كَانَ هَذَا البَيْتُ للهِ رَبِّنَا
لَصَبَّ عَلَيْنَا النَّارَ مِنْ فَوْقِنَا صَبَّا

لِأَنَّا حَجَجْنَا حَجَّةً جَاهِلِيَّةً
مُحَلَّلَةً لَمْ تَبْقَ شَرْقًا وَلاَ غَرْبَا

وَإِنَّا تَرَكْنَا بَيْنَ زَمْزَمَ وَالصَّفَا
جَبَابِرَ لاَ تَبْغِي سِوَى رَبِّهَا رَبَّا

Selama 22 tahun Hajaral Aswad tiada di penjuru Kaabah. Qaramitah yang dipimpin oleh Abu Tahir Al-Janabi itu membawanya balik ke ibu kotanya di Bahrin iaitu dan ditempatkan di Hajar.

Demikian perbuatan cerobohnya melampaui kejahatan Abrahah Al-Asram. Abrahah sebelum sempat menjejaki kaki ke Kota Makkah . telah dihancurkan Allah oleh burung Ababil. Namun, kenapa Abu Tahir yang melakukan kebejatan yang lebih dahsayat itu tidka mendapat akibat yang sama??

Persoalan di atas ada jawapannya dan telah dijelaskan oleh para ulama. Imam Ibn Kathir menulis dalam Al-Bidayah Wan Nihayah:

وقد سأل بعضهم ههنا سؤالا، فقال: قد أحل الله سبحانه بأصحاب الفيل ـ وكانوا نصارى ـ ما ذكره في كتابه، ولم يفعلوا بمكة شيئا مما فعله هؤلاء، ومعلوم أن القرامطة شر من اليهود والنصارى والمجوس، بل ومن عبدة الأصنام، وأنهم فعلوا بمكة ما لم يفعله أحد، فهلا عوجلوا بالعذاب والعقوبة، كما عوجل أصحاب الفيل؟ وقد أجيب عن ذلك بأن أصحاب الفيل إنما عوقبوا إظهارا لشرف البيت، ولما يراد به من التشريف العظيم بإرسال النبي الكريم، من البلد الذي فيه البيت الحرام، فلما أرادوا إهانة هذه البقعة التي يراد تشريفها وإرسال الرسول منها أهلكهم سريعا عاجلا، ولم يكن شرائع مقررة تدل على فضله، فلو دخلوه وأخربوه لأنكرت القلوب فضله، وأما هؤلاء القرامطة: فإنما فعلوا ما فعلوا بعد تقرير الشرائع وتمهيد القواعد، والعلم بالضرورة من دين الله بشرف مكة والكعبة، وكل مؤمن يعلم أن هؤلاء قد ألحدوا في الحرام إلحادا بالغا عظيما، وأنهم من أعظم الملحدين الكافرين، بما تبين من كتاب الله وسنة رسوله، فلهذا لم يحتج الحال إلى معاجلتهم بالعقوبة، بل أخرهم الرب تعالى ليوم تشخص فيه الأبصار، والله سبحانه يمهل ويملي ويستدرج ثم يأخذ أخذ عزيز مقتدر، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله ليملي للظالم حتى إذا أخذه لم يفلته ـ ثم قرأ قوله تعالى: ولا تحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الابصار {إبراهيم: 42} وقال: لا يغرنك تقلب الذين كفروا في البلاد متاع قليل ثم مأواهم جنهم وبئس المهاد {آل عمران: 196} وقال: نمتعهم قليلا ثم نضطرهم إلى عذاب غليظ {لقمان: 24} وقال: متاع في الدنيا ثم إلينا مرجعهم ثم نذيقهم العذاب الشديد بما كانوا يكفرون {يونس: 70}. 
Intinya: menurut Ibn Kathir, kes pencerobohan oleh Abu Tahir Al-Qaramti ke t atas Kaavah itui tidak boleh diserupakan dengan kes Abrahah. Kes Abrahah, di mana kedatangannya dihadang oleh gerombolan burung-buirung yang melemparkan batu kepada mereka adalah pada ketika Makkah sedang menanti kedatangan seorang Rasul akhir zaman. Maka kejadian tersebut menjadi satu tanda kemuliaan buat Kota Makkah. Sementara kedatangan Abu Tahir itu adalah pada saat Syariat telah bertapak di Kota Makkah dan hal itu telah dimaklumi oleh semua orang Islam. Kejahatan golongan Qoramitah itu adalah adalah sebuah ilhad dan Allah menjadikan is istidraj buat mereka.

Kerajaan Abbasiyyah di Bagdad ketika itu tidak mampu menangani mereka, bahkan terpaksa tunduk dan membuat perjanjian damai dengan menghinakan diri memberikan ufti tahunan sebanyak 120 ribu dinar. 

Qoramitah pada akhirnya melemah apabila kepimpinan Qaramitah di Ihsaa itu diserakan oleh Abu Tahir Al-Janabi kepada seorang pemimpin pelapis yang muda berasal Parsi. Dia melihat pemuda itu sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Namun, sebenarnya Abu Tahir Al-Janabi terpedaya dengan sangkaannya sendiri. Pemuda itu, setelah naik berkuasa telah melakukan tindakan sewenang-wenangnya. Dia membunuh banyak pembesar negeri yang diperintah Qoramitah dan dia sampai ke peringkat menghina kenabian nabi Muhammad SAW. Di situ nampaklah kedajalannya dan Abu Tahir Al-Janabi pun kemudiannya menjatuhkan kembali setelah dia memerintah selama 80 hari. Namun, ini telah membuatkan Qoramitah semakin lemah.

Pada usia 38 tahun, tahun 332H si Abu Tahir itu dimatikan Allah. Syukurlah umurnya pendek dan kekajaman itu tidak mampu ditanggung ummat jika umurnya memanjang!

tahun 337H, Abu Muhammad Syanbar bin Al-Hasan telah membawa balik semula Hajaral Aswad ke Kaabah atas perintah Kerajaan Fatimiyyah ketika itu.

Pada pertengahn Kurun ke-5, Uwainiyyun dan beberapa kabilah yang berwala' kepada Abbasiyyah- Saljuqiyyah dapat menamatkan Qaramitah di Bahrin dan mengambil alih pemerintahan negeri tersebut setelah hampir 2 kurun Qaramitah membuat onar  atas darah dan maruah ummat Islam.


Bahan : Youm7
Rujuk Kitab :Al-Mas'udi

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....