Friday, June 28, 2024

API FITNAH YANG MARAK DI ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Ketika Ali di Bai'ah menjadi khalifah kaum Muslimin, tiada kesepakatan di kalangan kaum Muslimin. 

Ibn Hazmin menyebutkan bahawa jumlah yang tidak mahu bai'at dengan yang berbaiat dalam kadar yang sama iaitu 100 ribu.

Ibn Taimiyyah menyebutkan bahawa di zaman Saidina Ali, umat Islam berpecah kepada 3 kelompok:

a) Kelompok yang berperang bersama Ali

b) Kelompok yang memerangi Ali.

c) Kelompok yang tidak berperang bersama Ali dan tidak pula memeranginya (Non Partisan)-kata Muhamamd Amin dalam Fajrul Islam , ini bibit mula watak murjiah iaitu dalam dimensi politik.

Ada kalangan sahabat Nabi SAW yang mengambil pendekatan beri'tizal/berkecuali dan menganggapnya sebagai fitnah yang perlu dijauhi. Antara mereka ialah Abu Musa Al-Asy'ari, Saad bin Abi Waqqas,  Abdullah bin Umar dan Usamah bin Zaid.

Masalah pembelaan atas darah Uthman bin Affan adalah isu yang menghambat kesatuan para sahabat Nabi. Ali naik menjadi khalifah , dia berhadapan dengan tuntutan supaya para pembunuh Uthman ditangkap dan dihukum. Tindakan Ali ke atas mereka merupakan syarat untuk mereka bai'ah kekhalifahannya. Sementara Ali berpandangan, tindakan pembelaan atas darah Uthman itu tidak akan dapat dilaksanakan jika umat Islam tidak bersatu di bawahnya.

Inilah masalah perselisihan pandangan yang menjengkelkan di kala itu.

Antara yang berfikiran pembelaan darah Uthman didahulukan sebelum bai'ah khilafah termasuklah Saidatina  Aisyah ummul Mukminin ra, Talhah bin Ubaidillah ra dan Zubair bin Al-Awwam ra.

Di kala Ali bersiap menuju ke Syam untuk buat penyelesaian dengan Mu'wiyah bin Abu Sufyan, sampai kepadanya berita rombongan Aisyah Ummul Mukmin yang menuju Basrah. Maka, bagnda Ali mengrinkan Qo'qa' bin Amru untuk berbincang dengan Talhah bin Ubaidillah dan Az-Zubair bin Al-Awwam sebagai wakil pasukan Aisyah. Perbincangan mencapai kesepakatan untuk kekal dalam kesatuan.

Maka misi Ali ke Syam hendak diteruskan.

Namun, dalam pasukan Ali adalah walijah( penyusup) yang menanggung beban darah Uthman. Mereka bimbang dengan perkembangan itu. Antara Mereka adalah Al-Asytar An-Nakhai. Mereka ini disebut sebagai As-Sabaiyyah kerana telah termakan fikrah Abdullah bin Saba', si mal'un yang menyebarkan fitnah. Lalu, dia mengatakan bahawa perpaduan Ali dan Aisyah adalah bererti pedang ke atas leher mereka. 

Maka, para cacing yang merayap dalam tentera Ali ini membentuk pasukan kecil menyerang pasukan Aisyah ra. Maka timbullah sangkaan bahawa Ali telah menyerang mereka. Maka Talhah dan Az-Zubair pun , dengan sangkaan itu menyerang balas. Ali pun sangka kumplan Aisyah telah menyerang. Maka meletuslah Perang Al-Jamal. Itulah latar belakangnya.

Perang Jamal dapat dihentikan sebelum makan korban yang lebih banyak. Namun, peperangan Al-Jamal itu, Az-Zubair bin  Al-Awwam telah dibunuh oleh seorang yang bernama Amru bin Jurmuz Al-Mujasyi'i. Dikatakan turut sama dalam pembunuhan itu ialah dua individu lain bernama  Fadhalah bin Habis dan juga Nafi'. Ketika itu Az-Zubair telah menjauhkan diri dari medan perang dan tiba di satu tempat bernama Wadi As-Siba'. Sewaktu dia mendatangi Ali bin Abi Talib dengan membawa kepalanya, maka Ali bin Abi Talib r.a berkata kepadanya"

" Wahai A'rabi...siaplah tempatmu dalam neraka. Sesungguhnya aku dengar Rasulullah SAW besabda: Pembunuh Az-Zubair akan masuk neraka!".

Rujuk Kitab Tarikh Ibn Al-Wardi: Shemela.ws

 

Thursday, June 27, 2024

Ali dan Zubair membai'ah Abu Bakar As-Siddiq!

Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah menyebutkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib mentajdidkan bai'ahnya ke atas Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah SAW. Demikian itu adalah sesudah wafatnya Fatimah binti Rasulullah SAW. 

Golongan Syiah mengarang cerita bahawa Ali bin Abi Talib dan juga Az-Zubair bin Al-Awwam adalah kalangan yang enggan membai'ah Abu Bakar As-Siddiq. Kerana ada plot cerita Ali bin Abi talib dan Az-Zubair bin Al-Awwam disibukkan tentang pengurusan jenazah Rasulullah SAW pada hari perrtama Abu Bakar dibai'ah di Saqifah Bani Sa'adah, maka disusupkan cerita enggannya Ali dan Zubair berbai'ah. 

Padahal, menurut riwayat yang saheh daripada Abu Said Al-Khudri, dalam Saheh Muslim bahawa pada keesokan hari setelah peristiwa di Saqifah Bani Saadah, tatkala Abu Bakar As-Siddiq naik ke atas membar, maka dia mencari Ali dan Az-Zubair. Kedua-duanya ada dalam majlis itu dan mereka menyatakan bai'ah mereka untuk Abu Bakar As-Siddiq.

Nabi wafat hari Isnin. Hari selasa adalah hari pembai'atan awam. Ali dan Az-Zubair hadir dan mereka menyatakan Bai;ah kepada Abu Bakar. Cerita ini diriwayatkan dalam Saheh Muslim!

Tetapi kaum Syiah yang hati mereka bergelumang ketamakan kepada kekuasaan menyamakan Ali sebagai tamak kuasa seperti mereka. Mereka tidak redha kekuasaan di tangan Abu Bakar. Lalu diandaikan oleh mereka bahawa hati Ali bin Abi talib adalagh sama macam mereka.

Ma'azallah!

Manakan sama permata dengan batu.

Manakan sama langit dan jurang tebiar di bumi!


Ali bin Abi Talib sahabat mulia yang membesar di bawah didikan Rasulullah SAW. Dia tidak punya hati berpenyakit seperti kaum Syiah yang suka mengarang cerita kebencian Ali kepada Abu Bakar As-Siddiq. Midar kebencian mereka adalah perlumbaan kekuasaan. Itulah otak kaum Syiah.

Khilafah hak pusaka warisan kerabat Nabi!

Ali adalah pewaris tunggal khilafah!

Semua ummat Islam selepas Rasulullah SAW wafat wajib taat kepada Ali dan siapa enggan dia kafir! 


Inilah fikrah Syiah!

Nak tanya soalan buat puak syiah....

Masa Rasulullah wafat....berapa usia Ali dan berapa usia Abu Bakar, Umar dan lain-lainya?

Bukankah Ali letika wafatnya Nabi SAW , umurnya baru mencecah 31 tahun. Pada ketika itu, umur Abu Bakar As-Siddiq pula ialah 60 tahun. Ini kerana kelahiran Abu Bakar As-Siddiq diriwayatkan ialah tiga tahun selepas peristiwa gajah menyerang Makkah. Wajarkah didahulukan Ali yang muda belia di atas veteran seusia Abu Bakar As-Siddiq? 

Catatan: Pada tahun hijrah Nabi SAW, usia Ali adalah 23 tahun.

Ali meninggal tahun 40H pada usia 63 tahun.

Sementara Umar Al-Khattab, saat wafatnya juga pada usia 63 tahun.Maka, pada hari di mana wafatnya Rasululah SAW, umur Umar Al-Khattab adalah 45 tahun lebih. Beliau wafat pada hari Rabu terakhir bulan Zulhijjah tahun 23H.  Dia dilahirkan 13 tahun selepas peristiwa Gajah Abrahah itu. Masa Hijrah Nabi ke Madinah, umurnya 40 tahun.

Umur Saidina Uthman bin Affan pula, ketika wafatnya Rasulullah SAW ialah 57 tahun sesuai dengan kelahirannya 6 tahun selepas Tahun Gajah.





Walaupun usia bukan  ukuran  keutamaan jadi khalifah, namun fitrah salimah manusia melihat bahawa orang yang berumur selalunya didepankan dalam urusan penting.

Masakan seorang pemuda didepankan saat ada para tua yang utama!






Wednesday, June 26, 2024

Mus'ab bin Az-zubair

 Beliau adalah anak kepada sahabat Nabi SAW , Zubair bin Al-Awwam.  Nama penuh beliau adalah Mus'ab bin Az-Zubair.

Beliau seornag yang berperawakan menarik dengan wajah yang kacak. 

As-Sya'bi pernah berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang ketua yang berkhutbah atas membar yang lebih kacak daripadanya".

Malah, Hasan Al-Basri diriwayatkan pernah mengomentari: " Mus'ab bin Az-Zubair adalah secantik-cantik lelaki Basrah".



Ketka Al-Mukhtar dikepung di Kota pemerintahan ,di Basrah, bersama sekitar 7 ribu askarnya. Mus'ab dan askarnya mengepung mereka selama 4 bulan. Al-Mukhtar mengharapkan bantuan tentera dari Ibrahim Al-Asytar akan sampai, namun tidak sampai juga. bahkan sebahagian tenteranya melarikan diri meninggalkannya. Apabila Mus'ab bin Az-Zubair dapat mengalahkan Al-Mukhtar, kepalanya dikirimkan kepada Abdullah bin Az-Zubair. Manakala sekita 6 ribu askar yang bersama Al-Mukhtar dijatuhkan hukuman bunuhnya semuanya oleh Mus'ab bin Az-Zubair.

Dieritakan bahawa apabila Al-Mukhtar telah dibunuh dan tenteranya telah ditawan, maka mereka mohon dimaafkan . Mus'ab merasa lembut hati dan mahu memaafkan mereka. Ketika itu bangkit para pemimpin puak dalam pasukan Mus'ab, antaranya Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asytar menegaskan bahawa mereka patut dibunuh. Menurutnya,  tentera Al-Mukhtar telah melakukan jenayah membunuh dan melukakan ramai dari kalangan kaum keluarga mereka. Perkataan Abdurrahman itu senada dengan ramai ketua kabilah dalam pasukan Mus'ab. Maka Mus'ab pun perintahkan mereka dibunuh semuanya.6 ribu personal tentera dibunuh. Mereka bukan orang kafir. bahkan mereka adalah muslim juga!. 

Masya Allah!
La Haula Wala Quwwata Ulla billah!

Diceritakan juga, para tentera yang dijatuhkan hukuman bunuh itu merayu agar mereka dibenarkan hidup dan biarkan mereka diletakkan pada barisan depan melawan pasukan Abdul malik bin marwan. Kalau mereka menang,maka kemenangan itu buat pasukan Mus'ab. Kalau mereka terbunuh, mereka tidak akan mati sebelum mereka membunuh tentera-tentera Abdul Malik bin Marwan.

Namun, pilihan yang ditawarkan itu enggan diterima oleh Mus'ab. Mereka tetap diputuskan dihukum bunuh!

Begitulah cerita di medan perang. Nyawa bukanlah seperti di waktu aman!

Diceritakan juga bahawa sekali Mus'ab datang ke Makkah  dan dia mendatangi Ibn Umar dan bertanya:


" Wahai Pakcik, aku ingin bertanyamu tentang satu kaum yang derhaka kemudian dikalahkan dan mereka pun minta diberikan kemananan. Lalu diberikan keamanan. Namun setelah itu mereka dibunuh".


Ibn Umar bertanya:" Berapakah ramai kaum itu?"

Kata Mus'ab: "Lima ribu orang".


Maka Ibn Umar bertasbih dan bersitija' lalu dia bertanya Mus'ab

" Jika ada seorang lelaki datang kepada kambing-kambing peliharaan Az-Zubair lalu menyembelihnya pada satu pagi sahaja 5 ribu kambing, apakah kau menganggapnya sebagai musrif(Penumpah Darah)?

Kata Mus'ab: "Ya".

Maka Kata Ibn Umar: "Apakah kalau kambing kau anggap musrif dan tidak pada manusia yang diharapkan taubatnya? Wahai anak saudaraku, hendaklah kau berikan orang minum air sejuk seramai mungkin sedaya kamu dalam dunia ini!", 

Dalam diri Mus'ab, ada sifat mulia dalam hal memberi bantuan dan harta kepada orang. Dia digelar "Aniatun nahli" ( Sarang Lebah)  kerana mulianya dan pemurahnya. Sifat ini bertentengan dengan sifat abangnya Abdullah bin Az-Zubair yang kedekut dan tidak suka memberi. 

Namun dia boros dalam membunuh lawannya. 

Ketika Mus'ab telah menewaskan pasukan Al-Mukhtar dan Menguasai Kufah dan Basrah, maka sampai kepadanya berita Abdul malik bin Marwan menggerakkan tenteranya untuk mengambil alih Irak. Orang Basrah dan Kufah tidak mahu bersamanya. Malah mereka telah disogok oleh Abdul Malik dengan tawaran harta dan jawatan menyebabkan orang yang setia dengan Mus'ab menjadi sedikit. Hatta penyandang gabenor Khurasan , Bakir bin Wasyah untuk menyokongnya dan mencabut ketaatan kepada Ibn Zubair.Dia ditawarkan kekuasaan atas Marw dan dia menerimanya serta mengajak penduduk Marw bersamanya. 

Mus'ab adalah seorang yang lurus dalam politik dan tidak menggunakan helah dan muslihat. Sebaliknya Abdul Malik menggunakan muslihat politik yang licik.

Dibaca dari artikal: https://www.hindawi.org

Pada tahun 72H, Mus'ab mati terbunuh dan usianya ketika itu adalah 40 tahun. Dia terbunuh dalam perang melawan pasukan Abdul Malik bin Marwan dalam keadaan tenteranya telah pecah dan pendokongnya tidka ramai.  Selepas terbunuh, kepalanya di bawa kepada Abdul Malik bin Marwan. Menurut cerita, Abdul Malik bin Marwan menangis melihat kepalanya. Dia sangat sayangkan Mus'ab kerana dulu sebelum dia jadi penguasa bani Umayyah, dia bersahabat dengan dengan Mus'ab. Abdul Malik berkata:


والله ما كنت أقدر أن أصبر عليه ساعة واحدة من حبي له حتى دخل السيف بيننا ، ولكن الملك عقيم

Demi Tuhan, saya tidak dapat bersabar dengannya walau sejam pun kerana cinta saya kepadanya sehingga pedang mencelah antara kami, tetapi kekuasan itu mandul.

Dalam pertarungan demi maruah dan harga diri itu, Mus'ab tidak kewalahan sehinggalah naywanya melayang. Turut mati bersamanya adalah anak-anaknya, Isa Al-Akbar, Ukasyah, Jaafar, Hamzah, Saad dan lain-lain. (Rujuk Al-Bidayah Wan Nihayah)



Sunday, June 23, 2024

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid bin Mas'ud bin Amru bin Umair bin Auf  bin 'Afrah bin 'Umairah bin Auf bin Tsaqif dilahirkan di Taif pada tahun 1H.Pada masa Kekhalifahan Umar Al-Khattab, dia brsama ayahnya Abu Ubaid berhijrah dan tinggal di Madinah. Khalifah Umar Al-Khattab , setelah menjawat jawatan khalifah menggantikan Abu Bakar As-Siddiq melancarkan kempen memerangi kerajaan Parsi.  Abu Ubaid  As-Tsaqafi, ayahAl-Mukhtar adalah kalangan teraawal yang menyahut kempen jihad tersebut. Llau Umar Al-Khattab memilihnya memimpin pasukan tentera penyerangan. Beberapa siri peperangan melawan Parsi yang dipimpin Abu Ubaid menempa kemenangan gilang gemilang. Namun , dalam peperangan yang dinamakan Peperangan Al-Jisr (Perang Jambatan), Abu Ubaid telahdikalahkan oleh tentera parsi dan dia gugur syahid.

Pada tahun 60 H, Yazid bin Mu'awiyah dilantik sebagai Khalifah dari keluarga bani Umayyah.  Di Kufah, gabenor semasa itu adalah Nui'man bin Basyir yang merupakan ayah mentua Al-Mukhtar. Krisis politik terjadi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi  dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang Kazzab (penipu) yang mengaku nabi. Dia adalah anak seorang pahlawan dan mujahid Islam yang berperang melawan tentera Parsi di zaman Khalifah Umar Al-Khattab dan gugur syahid dalam peristiwa Perang Al-Jisr. Ayahnya iaitu Abu Ubaid telah memeluk Islam di zaman Rasululah SAW dan dia tidak sempat bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana itu dia tidak dibilangkan sebagai sahabat Nabi SAW. Tidak sama seperti ayahnya yang soleh dan pejuang jihad kebenaran, Al-Mukhtar adalah sebaliknya. Dia muncul di dada sejarah sebagai kepala kebatilan. Dia juga tidak serupa dengan saudara perempuannya yang bernama Sufiyyah binti Abu Ubaid yang berkahwin dengan Abdullah bin Umar Al-Khattab.

Para ulama menyebutkan bahawa dialah orang Tsaqif yang disebutkan nabi SAW sebagai Kazzab sementara Mubir pula merujuk kepada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.

Hadisnya berbunyi:



يَخْرُجُ مِنْ ثَقِيفٍ كَذَّابٌ وَمُبِيرٌ

Namun, Al-Mukhtar ini seorang yang opurtunis. Pada mulanya dia seorang Nasibi (pentaksub Bani Umayyah). Namun kemudian dia berada dalam barisan Abdullah bin Az-Zubair melawan pasukan Bani Umayyah. Kemudian dia bersekutu dengan Muhammad Al-Hanafiah. Dia pun membela darah Hissain yang terbunuh di Karbala. Di tangannya pembelaan dibuat dan dibunuh balas ramai yang terlibat dalam pembantaian Hussain di Karbala.  Kemudan melawan Abdulah bin Az-Zubair. Ibn Az-Zubair hantar saudaranya Mus'ab dan di tangan Mus'ab , Al-Mukhtar mati terbunuh.

Walaupun Al-Mukhtar As-Tsaqafi berjasa dalam membela darah Hussain r.a yang terbunuh tragis di Karbala, golongan Syiah tidak menyanjungnya. 

Tatkala Hasan. r.a , setelah terbunuhnya ayahnya Ali bin Abi Talib masuk ke negeri Irak, Al-Mukhtar telah meluahkan kepapada pakciknya yang merupakan gabenor di Kufah ketika itu.

Katanya: "Kalaulah aku tangkap Hasan dan serahkan kepaa Mu'awiyah, tentu aku akan mendapat keberuntungan selamanya".

Pakciknya berang dan berkata kepadanya: "Alangkah buruknya apa yang kau rancangkan itu walai anak saudaraku!"

Maka, Hasan yang dapat melihat tanda-tanda pengkhianatan orang Kufah itu, beredar dengan sebahagian kecil pasukannya ke  Kota Mada'in.

Namun, tatkala Hussain hantarkan Muslim bin Aqil bin abu Talib ke Kufah untuk meninjau keadaan, pendirian Al-Mukhtar pula ialah bersedia untuk membelanya. Hingga, Ubaidillah bin Ziyad yang dilantik jadi gabenor di Iraq oleh Yazid bin Mu'awiyah, menangkapnya dan memenjarakannya serta mencambuknya 100 kali. Dengan bantuan iparnya Abdullah bin Umar (suami kepada saudara perempuannya Sufiah bt Abu Ubaid) yang membuat rayuan kepaa Yazid bin Muawiyah untuk pembebasannya, maka Al-Mukhtar dilepaskan oleh Ibn Ziyad. Al-Mukhtar pun pergi ke Makkah dan bergabung dengan Abdullah bin Az-Zubair. Dia berjuang bersama Abdullah bin Az-Zubair melawan tentera bani Umayyah.

Namun, kemudian dia mufaraqah dan pergi ke Iraq. Dia menzahirkan pujian kepada Ibn Zubair tetapi diam-diam mencelanya. Di Iraq dia mengajak orang ramai menyokong Muhammad Al-Hanafiyyah dan mengajak pembelaan atas darah Hussain. Dia berjaya mengeluarkan wakil Ibn Zubair di Iraq dan mempengaruhi orang Iraq bersamanya berjuang melawan Bani Umayyah.

Maka, bahwahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar memimpin gerakan pembelaan Hussain itu dan telah berjaya membunuh kepala-kepala yang bertanggungjawab membunuh Husain di Karbala seperti Umar bin Saad bin Abi Waqqas, Syamr bin Zuljausyin, Sinan bin Abi Anas, Khauli binj Abi Yazid Al-Asbahi. Seterusnya, berlaku peperangan antara pasukan tentera Al-Mukhtar yang dipimpin oleh Ibrahim bin Al-Asytar dengan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Walaupun jumlahtentera Ubaidillah bin Ziyad lebih ramai, peperangan itu dimenangi oleh tentera Ibrahim bin Al-Asytar. Ubaidillah bin Ziyad telah berjaya dibunuh dan kepala diserahkan kepada Al-Mukhtar. Kemudian Al-Mukhtar kirimkan kepala itu kepada Ibn Zubair di Makkah. Kepala itu dipacakkan atas kayu untuk disaksikan ornag ramai.

Namun, kemudiannya  Ibn Zubair melihat Al-Mukhtar menunjukkan perlawanan kepadanya. Maka dihantarnya Mus'ab bin Az-Zubair, adiknya memimpin pasukan menundukkan Al-Mukhtar. Dalam peperangan antara dua pasuakn tentera, maka tentera Mus'ab menang. Al-Mukhtar telah dibunuh dan kepalanya pula dikirim kepada Ibn Zubair. Kepala itu pula dipacak atas kayu dan disaksikan orang ramai.

Maka tamatlah riwayat Al-Mukhtar.  Seorang petualang yang tidak disukai oleh kalangan Ahli Sunnah maupun syiah. Malang nasibnya....



Al-Baihaqi menyebutkan dalam Dalailun Nubuwwah:


وقد ذكر العلماء أن الكذاب هو المختار بن أبى عبيد، وكان يظهر التشيع ويبطن الكهانة، وأسرّ إلى أخصائه أنه يوحى إليه، ولكن ما أدرى هل كان يدّعى النبوة أم لا؟

"Dan sesungguhnya para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan Al-kazzab itu adalah Al-Mukhtar bin Abi Ubaid. Dia menunjukkan bahawa dia seorang pencinta Ali dan menyembunyikan watak sebagai kahin. Dia sering mendakwa kepada kawan rapatnya bahawa dia mendapat wahyu. Akan tetapi aku tidak pasti apakah dia mengaku secara langsung sebagai nabi atau tidak".

Al-Mukhtar pada mulanya menunjukkan wala'nya kepada Ibn Zubair. Apabila Mus'ab dihantar ke Irak, maka Al-Mukhtar mula berbelah bagi. Antara taat dan derhaka. Maka, oleh Mus'ab diperanginya Al-Mukhtar. Bersama Mukhtar ada sekitar 20 ribu askar. Namun, boleh berdepan dengan Mus'ab, sebahagian besar tenetranya lari meninggalkan dia dan bergabung dengan Mus'ab atas alasan tidak mahu bersama pendusta yang mengaku terima wahyi Allah. Maka, Al-Mukhtar lari berkubu dalam istana pemerintahan di Kufah. Mus'ab mengepungnya selama 4 bulan . Pada 14 Ramadhan tahun 67H, Al-Mukhtar pun dibunuh dan usianya kala itu dikatakan 67 tahun.

Catatan: 

1) Apabila Kazzab dibunuh, muncul Mubir. Mubir mengalahkan Mus'ab bin Zubair lalu bermaharajalela sehingga sang Mubir tekena doa Said bin Jubair.

Friday, June 21, 2024

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah, ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut separuh pedangnya dan berkata: 

Inilah nasabku!

Dia menaburkan  emas kepada orang ramai dan berkata:

Inilah Hassabku!


Dalam buku sejarah dicatatkan bahawa Al-Aziz Al-Fatimi pernah mengutuskan surat ke Andalusia mencela dan Khalifah Umayyah di sana iaitu Abdurrahman III (An-Nasir Lidinillah), maka dibalas surat itu dengan mengatakan:

" Kamu mengenali siapa kami, lalu kamu mencela kami. Kalau andainya kami kenal kamu, tentu kami akan menjawab apa yang kamu katakan".

(Rujuk Ad-Daulah Al-Fatimiyyah Fi Misra Tafsir Jadid, Dr Aiman Fuad Sayyid, Ms 100-101)


Kalau mengikut risalah yang diutuskan oleh Ubaidillah Al-mahdi kepada Syiah Ismailiyyah Yaman, dia menjelaskan bahawa nasabnya adalah kepada Abduualh bin Jaafar dan bukan Ismail bin Jaafar sebagaimana kepercayaan Ismail tentang imam-imam mastur ereka. Risalah tersebut menampilkan nama-nama imam mastur Suiah Ismailiyyah sebelum Ubaidilllah.

Itu adalah awalnya sebagaimana kata Ibn Hazmin Al-Andalusi. Namun, setelah diketahui bahawa ABdullah bin Jaafar , saudara Ismail itu tiada anak lelaki yang ditinggalkannya, hanya ada seorang anak perempuan bernama Fatimah, maka mereka pun kembali menyambung nasab kepada Ismail.

Namun ada juga kata Abdullah itu anak anak lelaki dari hambanya dan dinamakan Muhamamd. Dia kemduiannya berpindah meninggalkan Yaman pergi ke mKHurasan

Ada pula yang mengaitkan bahawa Abdullah yang disambungkan nasab itu bukan anak Jaafar Sodik tetapi Abdullah lain iaitu Abdullah bin Maimun Al-Qoddah.

Baca: Kitab






Jaafar Sodiq

Jaafar Sodiq adalah seorang tokoh ulama dari kalangan Ahlul Bait. Baik Syiah maupun Sunni mengakui kesolehan, ketakwaan dan kemuliannya. Beliau lahir pada tahun 80H dan wafat pada tahun 148H. Syiah Imamiyyah mengangkatnya sebagai Imam yang ke-6.

Jaafar Sodiq dilihat sebagai pengasas kepada Madrasah Ilmu Feqah yang kemdiannya berepcah kepada pelbagai Mazhab Feqah.

Jaafar mempunyai anak-anank yang ramai. Berikut adalah anma-nama mereka:


1) Ismail (ikon Mazhab Syiah Ismailiyyah)
2) Musa Al-Kazim (Imam ke-7 Syiah Imamiyyah)
3) Ishak
4) Muhammad
6) Ali Al-Uraidhi
7) Abbas
8) Hasan
9) Muhammad Al-Asghor
10) Yahya
11) Ubaidillah
12) Muhsin
13) Isa

Beliau juga mempunyai anak-anak perempuan iaitu:

1) Fatimah
2) Asma'
3) Fatimah Al-Sughra
4) Ummu Farwah

Antara semua anaknya, Ismail adalah anak yang paling disayanginya dan selalu dalam perhatiannya. Ini menyebabkan  para pencinta Ahlil Bait zamannya menduga Ismaillah yang akan menggantikannya dalam keimamam. Namun, pada tahun 148H, Ismail wafat dalam masa hayat ayahnya. Kewafatannya itu tidak dipercayai oleh sebahagian pengikut Jaafar Sodiq, Mereka mengatakan itu hanya helah Jaafar Sodik untuk menyelamatkannya dari tekanan Pemerintah Abbbasiyyah. Lalu dibuat cerita bahawa Ismail itu disembunyikan dan ia pun digelar Al-Maktum.


Maka, ramai Syiah mengangkat Musa bin Jaafar sebagai Imam selepas kewafatan Jaafar Sodiq. Syiah itu dikenali dengan Syiah Ja'fariyyah.

Manakala yang bertegas bahawa Ismail tidak mati tetapi tersembunyi , menetapkan Ismail sebagai Imam dan ia kemudiannya diteruskan oleh anaknya yang bernama Muhammad. Muhammad itu lahir pada tahun 128H dan membesar di bawah asuhan datuknya Jaafar Sodiq. Dia digelar Muhammad Al-Maktum. Pada tahun 193 , dia wafat . Tetapi di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah tidak terima bahawa dia wafat. Mereka dikenali dengan nama As- Sab'iyyah kerana mengangkap Ismail adalah Imam ke-7 Syiah dan anaknya Muhammad ghaib dan akan muncul sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor.

Imam-imam di sisi Syiah Ismailiyyah selepas itu tersembunyi (mastur) sehinggalah muncul Ubaidillah Al-Mahdi yang menjadi pengasas kepada Kerajaan Fatimiyyah.












Wednesday, June 19, 2024

ZAMAKHSYARI

Nama penuhnya adalah Abu Al-Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Umar Al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari

Beliau lahir pada tahun 467H di Turkministan

Beliau berhijrah ke Kota Makah dan tinggal lama di sana lalu digelarlah orang kepadanya sebagai "JARULLAH".

Beliau wafat pada tahun 538H di Jarjaniyyah, Khawarizmi.

Mazhab Zamakhsyari adalah seorang muktazilah dari segi akidah dan seorang Hanafi dari sudut Feqah.

Beliau amat anti kepada golongan Tasawwuf.

Zamakhsyari adalah seorang yang terang-terangan mengaku sebagai muktazilah dan dia mengarnag kitabnya dengan berpandukan kepada usul Muyktazilah yang lima.

Kemasuhuran Zamakhsyari dalam ilmu berkisar dalam bidang-bidang seperti Bahasa Arab, Tafsir dan Hadis.

Kitab-kitab karyanya ialah:

1) Asasul Balaghah- Bahasa
2) Atwaq Az-Zahab dalam bidang Mauizoh dan Khutbah
3) Tafsir Al-Kasysyaf
4) Al-Mufassol Fi sun'atil I'rab
5)Rabi'ul Abrar Wa Nususul Akhyar
6) Maqamat Az-Zamakhsyari
7) Al-Mustaqso Fi Amsalil Arab
8) Syarah Al-Mufassol


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...