Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah menyebutkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib mentajdidkan bai'ahnya ke atas Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah SAW. Demikian itu adalah sesudah wafatnya Fatimah binti Rasulullah SAW.
Golongan Syiah mengarang cerita bahawa Ali bin Abi Talib dan juga Az-Zubair bin Al-Awwam adalah kalangan yang enggan membai'ah Abu Bakar As-Siddiq. Kerana ada plot cerita Ali bin Abi talib dan Az-Zubair bin Al-Awwam disibukkan tentang pengurusan jenazah Rasulullah SAW pada hari perrtama Abu Bakar dibai'ah di Saqifah Bani Sa'adah, maka disusupkan cerita enggannya Ali dan Zubair berbai'ah.
Padahal, menurut riwayat yang saheh daripada Abu Said Al-Khudri, dalam Saheh Muslim bahawa pada keesokan hari setelah peristiwa di Saqifah Bani Saadah, tatkala Abu Bakar As-Siddiq naik ke atas membar, maka dia mencari Ali dan Az-Zubair. Kedua-duanya ada dalam majlis itu dan mereka menyatakan bai'ah mereka untuk Abu Bakar As-Siddiq.
Nabi wafat hari Isnin. Hari selasa adalah hari pembai'atan awam. Ali dan Az-Zubair hadir dan mereka menyatakan Bai;ah kepada Abu Bakar. Cerita ini diriwayatkan dalam Saheh Muslim!
Tetapi kaum Syiah yang hati mereka bergelumang ketamakan kepada kekuasaan menyamakan Ali sebagai tamak kuasa seperti mereka. Mereka tidak redha kekuasaan di tangan Abu Bakar. Lalu diandaikan oleh mereka bahawa hati Ali bin Abi talib adalagh sama macam mereka.
Ma'azallah!
Manakan sama permata dengan batu.
Manakan sama langit dan jurang tebiar di bumi!
Ali bin Abi Talib sahabat mulia yang membesar di bawah didikan Rasulullah SAW. Dia tidak punya hati berpenyakit seperti kaum Syiah yang suka mengarang cerita kebencian Ali kepada Abu Bakar As-Siddiq. Midar kebencian mereka adalah perlumbaan kekuasaan. Itulah otak kaum Syiah.
Khilafah hak pusaka warisan kerabat Nabi!
Ali adalah pewaris tunggal khilafah!
Semua ummat Islam selepas Rasulullah SAW wafat wajib taat kepada Ali dan siapa enggan dia kafir!
Inilah fikrah Syiah!
Nak tanya soalan buat puak syiah....
Masa Rasulullah wafat....berapa usia Ali dan berapa usia Abu Bakar, Umar dan lain-lainya?
Bukankah Ali letika wafatnya Nabi SAW , umurnya baru mencecah 34 tahun. Pada ketika itu, umur Abu Bakar As-Siddiq pula ialah 60 tahun. Ini kerana kelahiran Abu Bakar As=Siddiq diriwayatkan ialah tiga tahun selepas peristiwa gajah menyerang Makkah. Wajarkah didahulukan Ali yang muda belia di atas veteran seusia Abu Bakar As-Siddiq?
Catatan: Pada tahun hijrah Nabi SAW, usia Ali adalah 23 tahun.
Ali meninggal tahun 40H pada usia 63 tahun.
Sementara Umar Al-Khattab, saat wafatnya juga pada usia 63 tahun.Maka, pada hari di mana wafatnya Rasululah SAW, umur Umar Al-Khattab adalah 51 tahun lebih. Beliau wafat pada hari Rabu terakhir bulan Zulhijjah tahun 23H. Dia dilahirkan 13 tahun selpas peristiwa Gajah Abrahah itu. Masa Hijrah Nabi ke Madinah, umurnya 40 tahun.
Umur Saidina Uthman bin Affan pula, ketika wafatnya Rasulullah SAW ialah
Walaupun usia bukan ukuran keutamaan jadi khalifah, namun fitrah salimah manusia melihat bahawa orang yang berumur selalunya didepankan dalam urusan penting.
Masakan seorang pemuda didepankan saat ada para tua yang utama!
Bacaan: https://ar.islamway.net/
No comments:
Post a Comment