Sunday, June 23, 2024

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid bin Mas'ud bin Amru bin Umair bin Auf  bin 'Afrah bin 'Umairah bin Auf bin Tsaqif dilahirkan di Taif pada tahun 1H.Pada masa Kekhalifahan Umar Al-Khattab, dia brsama ayahnya Abu Ubaid berhijrah dan tinggal di Madinah. Khalifah Umar Al-Khattab , setelah menjawat jawatan khalifah menggantikan Abu Bakar As-Siddiq melancarkan kempen memerangi kerajaan Parsi.  Abu Ubaid  As-Tsaqafi, ayahAl-Mukhtar adalah kalangan teraawal yang menyahut kempen jihad tersebut. Llau Umar Al-Khattab memilihnya memimpin pasukan tentera penyerangan. Beberapa siri peperangan melawan Parsi yang dipimpin Abu Ubaid menempa kemenangan gilang gemilang. Namun , dalam peperangan yang dinamakan Peperangan Al-Jisr (Perang Jambatan), Abu Ubaid telahdikalahkan oleh tentera parsi dan dia gugur syahid.

Pada tahun 60 H, Yazid bin Mu'awiyah dilantik sebagai Khalifah dari keluarga bani Umayyah.  Di Kufah, gabenor semasa itu adalah Nui'man bin Basyir yang merupakan ayah mentua Al-Mukhtar. Krisis politik terjadi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi  dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang Kazzab (penipu) yang mengaku nabi. Dia adalah anak seorang pahlawan dan mujahid Islam yang berperang melawan tentera Parsi di zaman Khalifah Umar Al-Khattab dan gugur syahid dalam peristiwa Perang Al-Jisr. Ayahnya iaitu Abu Ubaid telah memeluk Islam di zaman Rasululah SAW dan dia tidak sempat bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana itu dia tidak dibilangkan sebagai sahabat Nabi SAW. Tidak sama seperti ayahnya yang soleh dan pejuang jihad kebenaran, Al-Mukhtar adalah sebaliknya. Dia muncul di dada sejarah sebagai kepala kebatilan. Dia juga tidak serupa dengan saudara perempuannya yang bernama Sufiyyah binti Abu Ubaid yang berkahwin dengan Abdullah bin Umar Al-Khattab.

Para ulama menyebutkan bahawa dialah orang Tsaqif yang disebutkan nabi SAW sebagai Kazzab sementara Mubir pula merujuk kepada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.

Hadisnya berbunyi:



يَخْرُجُ مِنْ ثَقِيفٍ كَذَّابٌ وَمُبِيرٌ

Namun, Al-Mukhtar ini seorang yang opurtunis. Pada mulanya dia seorang Nasibi (pentaksub Bani Umayyah). Namun kemudian dia berada dalam barisan Abdullah bin Az-Zubair melawan pasukan Bani Umayyah. Kemudian dia bersekutu dengan Muhammad Al-Hanafiah. Dia pun membela darah Hissain yang terbunuh di Karbala. Di tangannya pembelaan dibuat dan dibunuh balas ramai yang terlibat dalam pembantaian Hussain di Karbala.  Kemudan melawan Abdulah bin Az-Zubair. Ibn Az-Zubair hantar saudaranya Mus'ab dan di tangan Mus'ab , Al-Mukhtar mati terbunuh.

Walaupun Al-Mukhtar As-Tsaqafi berjasa dalam membela darah Hussain r.a yang terbunuh tragis di Karbala, golongan Syiah tidak menyanjungnya. 

Tatkala Hasan. r.a , setelah terbunuhnya ayahnya Ali bin Abi Talib masuk ke negeri Irak, Al-Mukhtar telah meluahkan kepapada pakciknya yang merupakan gabenor di Kufah ketika itu.

Katanya: "Kalaulah aku tangkap Hasan dan serahkan kepaa Mu'awiyah, tentu aku akan mendapat keberuntungan selamanya".

Pakciknya berang dan berkata kepadanya: "Alangkah buruknya apa yang kau rancangkan itu walai anak saudaraku!"

Maka, Hasan yang dapat melihat tanda-tanda pengkhianatan orang Kufah itu, beredar dengan sebahagian kecil pasukannya ke  Kota Mada'in.

Namun, tatkala Hussain hantarkan Muslim bin Aqil bin abu Talib ke Kufah untuk meninjau keadaan, pendirian Al-Mukhtar pula ialah bersedia untuk membelanya. Hingga, Ubaidillah bin Ziyad yang dilantik jadi gabenor di Iraq oleh Yazid bin Mu'awiyah, menangkapnya dan memenjarakannya serta mencambuknya 100 kali. Dengan bantuan iparnya Abdullah bin Umar (suami kepada saudara perempuannya Sufiah bt Abu Ubaid) yang membuat rayuan kepaa Yazid bin Muawiyah untuk pembebasannya, maka Al-Mukhtar dilepaskan oleh Ibn Ziyad. Al-Mukhtar pun pergi ke Makkah dan bergabung dengan Abdullah bin Az-Zubair. Dia berjuang bersama Abdullah bin Az-Zubair melawan tentera bani Umayyah.

Namun, kemudian dia mufaraqah dan pergi ke Iraq. Dia menzahirkan pujian kepada Ibn Zubair tetapi diam-diam mencelanya. Di Iraq dia mengajak orang ramai menyokong Muhammad Al-Hanafiyyah dan mengajak pembelaan atas darah Hussain. Dia berjaya mengeluarkan wakil Ibn Zubair di Iraq dan mempengaruhi orang Iraq bersamanya berjuang melawan Bani Umayyah.

Maka, bahwahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar memimpin gerakan pembelaan Hussain itu dan telah berjaya membunuh kepala-kepala yang bertanggungjawab membunuh Husain di Karbala seperti Umar bin Saad bin Abi Waqqas, Syamr bin Zuljausyin, Sinan bin Abi Anas, Khauli binj Abi Yazid Al-Asbahi. Seterusnya, berlaku peperangan antara pasukan tentera Al-Mukhtar yang dipimpin oleh Ibrahim bin Al-Asytar dengan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Walaupun jumlahtentera Ubaidillah bin Ziyad lebih ramai, peperangan itu dimenangi oleh tentera Ibrahim bin Al-Asytar. Ubaidillah bin Ziyad telah berjaya dibunuh dan kepala diserahkan kepada Al-Mukhtar. Kemudian Al-Mukhtar kirimkan kepala itu kepada Ibn Zubair di Makkah. Kepala itu dipacakkan atas kayu untuk disaksikan ornag ramai.

Namun, kemudiannya  Ibn Zubair melihat Al-Mukhtar menunjukkan perlawanan kepadanya. Maka dihantarnya Mus'ab bin Az-Zubair, adiknya memimpin pasukan menundukkan Al-Mukhtar. Dalam peperangan antara dua pasuakn tentera, maka tentera Mus'ab menang. Al-Mukhtar telah dibunuh dan kepalanya pula dikirim kepada Ibn Zubair. Kepala itu pula dipacak atas kayu dan disaksikan orang ramai.

Maka tamatlah riwayat Al-Mukhtar.  Seorang petualang yang tidak disukai oleh kalangan Ahli Sunnah maupun syiah. Malang nasibnya....



Al-Baihaqi menyebutkan dalam Dalailun Nubuwwah:


وقد ذكر العلماء أن الكذاب هو المختار بن أبى عبيد، وكان يظهر التشيع ويبطن الكهانة، وأسرّ إلى أخصائه أنه يوحى إليه، ولكن ما أدرى هل كان يدّعى النبوة أم لا؟

"Dan sesungguhnya para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan Al-kazzab itu adalah Al-Mukhtar bin Abi Ubaid. Dia menunjukkan bahawa dia seorang pencinta Ali dan menyembunyikan watak sebagai kahin. Dia sering mendakwa kepada kawan rapatnya bahawa dia mendapat wahyu. Akan tetapi aku tidak pasti apakah dia mengaku secara langsung sebagai nabi atau tidak".

Al-Mukhtar pada mulanya menunjukkan wala'nya kepada Ibn Zubair. Apabila Mus'ab dihantar ke Irak, maka Al-Mukhtar mula berbelah bagi. Antara taat dan derhaka. Maka, oleh Mus'ab diperanginya Al-Mukhtar. Bersama Mukhtar ada sekitar 20 ribu askar. Namun, boleh berdepan dengan Mus'ab, sebahagian besar tenetranya lari meninggalkan dia dan bergabung dengan Mus'ab atas alasan tidak mahu bersama pendusta yang mengaku terima wahyi Allah. Maka, Al-Mukhtar lari berkubu dalam istana pemerintahan di Kufah. Mus'ab mengepungnya selama 4 bulan . Pada 14 Ramadhan tahun 67H, Al-Mukhtar pun dibunuh dan usianya kala itu dikatakan 67 tahun.

Catatan: 

1) Apabila Kazzab dibunuh, muncul Mubir. Mubir mengalahkan Mus'ab bin Zubair lalu bermaharajalela sehingga sang Mubir tekena doa Said bin Jubair.

No comments:

Post a Comment

Ali dan Zubair membai'ah Abu Bakar As-Siddiq!

Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah menyebutkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib mentajdidkan bai'ahnya ke tas Abu Bakar As-Siddiq s...