Friday, June 28, 2024

API FITNAH YANG MARAK DI ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Ketika Ali di Bai'ah menjadi khalifah kaum Muslimin, tiada kesepakatan di kalangan kaum Muslimin. 

Ibn Hazmin menyebutkan bahawa jumlah yang tidak mahu bai'at dengan yang berbaiat dalam kadar yang sama iaitu 100 ribu.

Ibn Taimiyyah menyebutkan bahawa di zaman Saidina. umat Islam berpecah kepada 3 kelompok:

a) Kelompok yang berperang bersama Ali

b) Kelompok yang memerangi Ali.

c) Kelompok yang tidak berperang bersama Ali dan tidak pula memeranginya (Non Partisan)-kata Muhamamd Amin dalam Fajrul Islam , ini bibit mula watak murjiah iaitu dalam dimensi politik.


Ada kalangan sahabat Nabi SAW yang mengambil pendekatan beri'tizal/ berkecuali dan menganggapnya sebagai fitnah yang perlu dijauhi. Antara mereka ialah Abu Musa Al-Asy'ari, Saad bin Abi Waqqas,  Abdullah bin Umar dan Usamah bin Zaid.

Masalah pembelaan atas darah Uthman bin Affan adalah isu yang menghambat kesatuan para sahabat nabi. Ali naik menjadi khalifah , dia berhadapan dengan tuntutan supaya para pembunuh Uthman ditangkap dan dihukum. Tindakan Ali ke atas mereka merupakan syarat untuk mereka bai'ah. Sementara Ali berpandangan, tindakan pembelaan atas darah Uthman itu tidak akan dapat dilaksanakan jika umat Islam tidak b ersatu di bawahnya.

Inilah masalah yang menjengkelkan di kala itu.

Antara yang berfikiran pembelaan darah Uthman didahulukan sebelum bai'ah khilafah ialah Aisyah ummul Mukminin, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Al-Awwam

Di kala Ali bersiap menuju ke Syam untuk buat penyelesaian dengan Mu'wiyah bin Abu Sufyan, sampai kepadanya berita rombongan Aisyah ummul Mukmin yang menuju Basrah. Maka, bagnda Ali mengriinkan Qo'qa' bin Amru untuk berbincang dengan Talhah bin Ubaidillah dan Az-Zubair bin Al-Awwam sebagai wakil pasukan Aisyah. Perbincangan mencapai kesepakatan untuk kekal dalam kesatuan.

Maka misi Ali ke Syam hendak diteruskan.\

Namun, dalam pasukan Ali adalah walijah( pennyusup) yang menanggung beban darah Uthman. Mereka bimbang dengan perkembangan itu. Antara Mereka adalah Al-Asytar An-Nakhai. Mereka ini disebut sebagai As-Sabaiyyah kerana telah termakan fikirah Abdullah bin Saba', si mal'un yang menyebarkan fitnah . Lalu, dia mengatakan bahawa perpaduan Ali dan Aisyah adalah beerti pedang ke ats leher mereka. 

Maka, para cacing yang merayap dalam tentera Ali ini membentuk pasuklan kecil menyerang pasukan Aisyah. Maka timbullah sangkaan bahawa Ali telah menyerang mereka. Maka Talhah dan Az-Zubair pun , dengan sangkaan itu menyerang balas. Ali pun sangka kumplan Iasyah telah menyerang. Maka meletuslah Perang Al-Jamal. Itulah latar belakangnya.

No comments:

Post a Comment

API FITNAH YANG MARAK DI ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Ketika Ali di Bai'ah menjadi khalifah kaum Muslimin, tiada kesepakatan di kalangan kaum Muslimin.  Ibn Hazmin menyebutkan bahawa jumlah ...