Thursday, June 29, 2023
AL-BARBAHARI
Tuesday, June 27, 2023
AL-ASY'ATH BIN QAIS
Dalam tulisan terdahulu di laman Khawatir Qomarullah, di bawah tajuk Qutailah binti Al-Asy'ath Bukan Isteri Rasulullah, disebutkan bahawa perkahwinannya dengan Rasulullah SAW adalah atas usul saudara lelakinya yang bernama Al-Asy'ath bin Qais. Beliau sebenarnya bernama Ma'diyakrab. Al-Asy'ath itu adalah sebuah gelaran buatnya dan akhirnya lebih terkenal dengan panggilan gelaran itu. Ia digelar al-Asy'ath kerana rambutnya selalu serabut serabai dan berdebu ( tak terurus).
Bapanya adalah seorang raja Kindah tetapi Kabilah Kindah tidak menyatu di bawahnya. Demikian bila Al-Asy'ath mewarisi bapanya, tidaklah kabilah Kindah mengakui kepimpinannya secara bulat. Ada perpecahan. Tidak seperti zaman Umru-ul Qais bin Hajar menjadi raja Kindah (yang juga penyair hebat Jahiliyyah), kabilah Kindah bersatu dibawahnya.
Kabilah Kindah adalah cabang daripada Arab Qohtan dan Kindah sering disebut dengan nama Kindah Al-Muluk (Raja-raja Kindah)
Kabilah Kindah ini disandarkan salasilahnya kepada Tsaur bin 'Afir bin 'Adi bin Al-Harith bin Murrah bin Udud bin Yasyjab bin Zaid bin 'Uraib bin Zaid bin Kahlan bin Saba' bin Yasyjab bin Ya'rab bin Qohtan bin 'Abir bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh A.S.
Namun, ada khilaf kalangan Ahli Sejarah Nasab Arab. Apakah Asal Kindah itu sememangnya Qohtan atau Adnan. Ini kerana, selepas pecahnya empangan Ma'arib, sesetangah kabilah Kindah itu berhijrah meninggalkan Saba'. Ada yang ke Hadramaut dan Bani Mu'awiyah menuju Bahrain dan menghuni di sana. Sebahagian kabilah Kindah itu menuju ke Utara dan mendoami satu kawasan yang di kemudian hari dikenal dengan nama Ghamar Zi Kindah iaitu negeri Bani Junadah bin Ma'ad di daerah Najd.
Baca: Sejarah Kindah
Al-Asy'ath lahir pada masa 23 tahun sebelum Hijrah nabi Ke Madinah.
Ketika hayat Rasulullah SAW , Al-Asy'ath datang bersama kabilahnya ke Madinah dan berbai'ah masuk Islam iaitu tahun ke 10H. Ketika itu usianya 33 tahun. Dia datang bersama sekita 60 hingga 80 penunggang. Jumlah rombongan-rombingan kabilah Arab yang datang ke Madinah bertemu Nabi SAW tidah pernah seramai rombongan Kindah tersebut. Ditambah pula dengan gaya dan pemakaian mereka yang menunjukkan kebesaran raja-raja Kindah. Al-Asy'ath sendiri memakai pakaian dan selendang kain suteri dan hal itu ditegur oleh Rasulullah SAW. Lalu, Al-Asy'ath mengoyak dan membuangnya.
Kemudian Al-Asy'ath berkata kepada Rasulullah SAW: Bukankan tuan dari kalangan kami ? (yakni Kabilah Kindah)
Dalam Hadis riwayat Ibn Majah disebutkan:
عن الأشعث بن قيس قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في وفد كندة، ولا يروني إلا أفضلهم، فقلت: يا رسول الله، ألستم منا؟ فقال: نحن بنو النضر بن كنانة، لا نقفو أمنا، ولا ننتفي من أبينا. قال: فكان الأشعث بن قيس يقول: لا أوتي برجل نفى رجلا من قريش من النضر بن كنانة إلا جلدته الحد
Berkata Ibn Al-Kalbi: Ibu Kilab bin Murrah adalah 'Alyaa bt Al-Harith Al-Harab bin Amru Al-Kindi.
Bacaan Tambahan: Rosoulullah.net
Namun, apabila Rasulullah wafat, mereka berpaling murtad. Dikatakan awalnya adalah penolakan terhadap[ kewajipan zakat.Ikut sama murtad adalah Bani Mua'wiyah, satu di antara cabang Kabilah Kindah)
(SALASILAH: Ma'diyakrab bin Qais bin Ma'diyakrab bin Muawiyah bin Jibillah bin Adi bin Rabi'ah bin Mu'awiyah Al-Akramin bin Al-Harith Al-Asghar bin Mu'awiyah bin Al-Harith Al-Akbar bin Tasur bin Murta' bin Mu'awiyah bin Kindah)
Al-Asy'th bin Qais berkahwin dengan Ummu Farwah binti Abi Quhafah ( Saudara perempuan Abu Bakar As-Siddiq) dan melahirkan anak iaitu: Muhammad , Ishak, Ismail, Habbanah, Ummu Qaribah dan Ja'dah.
Sementara isterinya yang lain bernama Bintu Jamadil Kindi melahirkan anak iaitu: Nu'man dan Al-Harith.
Al-Asy'ath terlibat menyertai Perang Yarmuk dan mendapat musibah pada matanya dalam perang itu. Dia terjun dalam Perang Al-Qadisiyyah dan Perang di Asfahan bersama Nu'man bin Muqrin. Semasa Khalifah Uthman bin Affan, dia dihantar ke Azerbaijan menjadi gabenor di sana.Dia menjadi pemimpin utama kalangan pasukan Ali dalam Perang As-Siffin.
Al-Asy'ath bin Qais meninggal tahun 40/41H. Dikatakan juga dia meninggal selepas 40 malam Khalifah Ali bin Abu Talib terbunuh. Hasan bin Ali menguruskan jenazah dan mensolati jenazahnya. Ketika itu Hasan adalah menantunya kerana telah mengahwini anak perempuannya yang bernama Ja'dah atau disebutkan juga Ju'aidah.
PERANAN KETURUNANNYA
Muhammad bin Al-Asy'ath , anaknya itu, pada masa Ziyad bin Abihi menjadi gabenor Bani Ummayyah di Iraq, telah dihantar menjadi gabenor di Tibristan. Apabila Abdullah bin Az-Zubair dilantik sebagai khalifah oleh penduduk Hijaz(selepas wafatnya Mua'wiyah) dan Mus'ab bin Az-Zubair adiknya dikirim sebagai gabenor di Iraq, Muhammad bin Al-As'Ath itu bergabung menyokong Mus'ab dan berlaku perang dengan Al-Mukhtar As-Tsaqafi. Dalam Perang yang dinamakan Perang Al-Mizar, terbunuh Al-Mukhtar As-Tsaqafi dan terbunuh juga Muhammad bin Al-Asy'ath.
Kaum Syiah mencela Muhammad bin Al-Asy'ath kerana keterlibatannya dalam Peristiwa Karbala yang menyaksikan Saidina Hussain bin Ali dibunuh dan juga sebagai pembunuh Muslim bin Aqil (wakil Hussain ke Iraq ). Kerana onar anaknya itu, Syiah juga memutarbelitkan cerita tentang Al-Asy'ath dan melaknati juga ayahnya itu.
Kemudian Muhammad bin Al-Asy'ath itu ada anak bernama Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asy'ath yang juga ada catatan penting mengenainya dalam sejarah di mana dia berperanan sebagai general perang Bani Umayyah di bawah gabenor Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Dia membuka banyak wilayah seperti Sijistan dan wilayah sebelah Turki. Namun, kemduiannya dia berpaling menentang Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi dan seterunya mencabar Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dia merasakan dirinya sebagai keturunan raja Kindah yang hebnat dalam sejarah Arab lebih berhak menjadi khalifah. Perangnya melawan Hajjaj mendapat sokongan ramai ulama termasuk Tabi'in hebat seperti Said bin Jubair dan Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqas. Akan tetapi dalam satu peperangan yang dinamakan Perang Al-Jamajim, Abdurrahman akhirnya ditewaskan dan lari menjadi buruan ke wialayah Turki , kemudiannya mati dibunuh (ada riwayat mengatakan bunuh diri) pada tahun 85H.
Bacaan : Wiki
Monday, June 26, 2023
MIQYAS BIN SOBABAH
Miqyas bin Sobabah adalah seorang penyair Jahiliyyah yang tinggal di Kota Makkah.
Antara rangkap Syair yang dibikinnya ialah:
لا -والله- أشربها حياتي ** طوال الدهر مــــا طلع النجوم
Sewaktu Perang Badar, dia menyerai tentera Kafir Quraisy memerangi nabi Muhammad dan kaum Muslimin. Dia ada saudara lelaki bernama Hisham bin Sobabah dan dia masuk Islam. Namun, dalam perang Bani Mustaliq yang berlaku pada tahun 6H, Hisham bin Sobabah telah dibunuih oleh seorang lelaki dari kalangan Ansor tanpa sengaja.
Maka, Miqyas bin Sobabah telah datang ke Madinah dab berpura-pura masuk Islam. Dia menuntut agar kematian saudaranya itu dibayar diat. Nabi SAW pun perintahkan agar diat dibayar.Miqyas bin Sobabah pun duduklah di Madinah beberapa waktu sehingga dia mendapat peluang dan membunuh si pembunuh saudaranya itu. Kemudian, dia pun lari meninggalkan Madinah dan balik ke Makkah serta murtad daripada Islam.
Turun Surah An-Nisa, ayat 93 menyebutkan kejadian tersebut:
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Membunuh oang mukmin dengan sengaja menjemput 4 akibat iaitu:
- Mati masuk neraka jahannam
- Allah marah kepadanya
- Allah melaknatinya
- Azab pedih menantinya
IKRIMAH BIN ABI JAHAL
Nasab Ikrimah adalah Ikrimah bin Amru bin Hisyam bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah bin Ka'ab bin Lu-i bin Ghalib bin Fahar bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin madhir bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Salasilahnya bertemu dengan nabi Muhammad SAW pada leluhurnya yang bernama Murrah bin Ka'ab iaitu datuk nabi Muhammad SAW peringkat ke-6
Ikrimah anak Abu Jahal. Abu Jahal itu adalah Firaun bagi ummat nabi Muhammad. Dia memusuhi nabi SAW dengan permusuhan yang amat sangat dan Abu Jahal mati dengan kekufurannya serta jasadnya dibenamkan dalam telaga Qulaib bersama dengan pemuka kafir Quraisy yang lain.
Anaknya bernama Ikrimah. Sebagaimana ayah, demikianlah anak. Permusuhannya kepada nabi tidak kalah permusuhan ayahnya kepada nabi SAW.
Kerana itu, apabila nabi SAW dapat menawan Kota Makkah pada tahun ke-8H, Ikrimah adalah antara 4 lelaki Makkah yang dihalalkan darahnya.
Hadis yang dinukilkan oleh laman web Dorar.net berbunyi:
لمَّا كانَ يومُ فتحِ مَكَّةَ ، أمَّنَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ النَّاسَ ، إلَّا أربعَةَ نفَرٍ وامرأتينِ وقالَ : اقتُلوهم ، وإن وجَدتُموهم متَعلِّقينَ بأَستارِ الكَعبةِ ، عِكْرمةُ ابنُ أبي جَهْلٍ وعبدُ اللَّهِ بنُ خطلٍ ومقيسُ بنُ صبابةَ وعبدُ اللَّهِ بنُ سعدِ ابنِ أبي السَّرحِ فقالَ : أما كانَ فيكُم رجلٌ رشيدٌ يقومُ إلى هذا حيثُ رآني كفَفتُ يدي عن بيعتِهِ فيقتلُهُ فقالوا : وما يُدرينا يا رسولَ اللَّهِ ما في نَفسِكَ ، هلَّا أوأمات إلينا بعينِكَ ؟ قالَ : إنَّهُ لا ينبَغي لنبيٍّ أن يَكونَ لَهُ خائنةُ أعينٍ
- Ikrimah bin Abu Jahal
- Abdullah bin Khattal
- Miqyas bin Sobabah
- Abdullah bin Saad bin Abi As-Sarh
Sunday, June 25, 2023
Yazidiyyah menyembah Syaitan?
Sumber: Sabeel.net
'ADI BIN MUSAFIR
Individ ini digungkan oleh penganut Yazidiyyah. Kuburnya dianggap tempat paling suci di muka bumi. Banyak sejarawan Islam menganggapnya sebagap pengasas sebenar kepada agama Yazidiyyah.
Menurt Mythology Yazidiyyah, Tawus Al-Malik telah bersatu dengan jasad 'Adi bin Musafir dan mengatakan:
كنت حاضراً عندما كان أدم يعيش في الجنة، وكذلك عندما القى النمرود إبراهيم في النار، وكنت حاضراً عندما قال لي الله أنت الحاكم وأنت إله الأرض |
Wednesday, June 14, 2023
Qaramitah sebuah kumpulan batiniyyah dalam sejarah
Saturday, June 10, 2023
Abu Ya'la Al-Mosili
Namanya adalah Ahmad bin Ali bin Al-Muthanna binYahya At-Tamimi Al-Mosili. Lebih dikenali dengan Abu Ya'la Al-Mosili. Beliau dillahirkan pada tahun 210H dan meninggal pada 307H. Umurnya sekitar 97 tahun.
Beliau berguru dengan tokoh-tokoh dalam ilmu hadis seperti:
- Ghassan bin Ar-Rabi'
- Ma'la bin Al-Mahdi
- Abu Bakar bin Abi As-Syaibah
- Ali Al-Madini
- Yahya bin Ma'in
Beliau merupakan seorang yang tsiqah dan sanad-sanda hadis yang saheh mengandungi namanya dan tidak dicacatkan pada namanya.
Ad-Daruqutni menyebutkan tentangnya:
(ثقة مأمون موثوق به)
Ibn Hibban menyifatkan tentangnya sebagai berikut:
(من المتقنين في الروايات المواظبين علي رعاية الدين وأسباب الطاعات)
Friday, June 9, 2023
Ibn Khuzaimah
Nama Sebenarnya adalah Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah bin Al-Mughirah bin Soleh bin Bakar As-Sulami An-Nasburi As-Syafie (223H-311H)
Beliau lahir di Nisabur paa tahun 223 dalam keluarga yang kuat berpegang kepada agama. Beliau ingin mengembara pada usia belasan tahun bagi mendengar hadis daripada Qutaibah bin Said, seornag tokoh hadis terkenal pada masa itu. Namun, ayahnya mensyaratkan hafaz Quran dahulu. Lalu dia tunaikan syarat ayahnya itu. Namun, dia tidak sempat bertemu Qutaibah bin Said kerana Qutaibah bin Said itu meninggal pada tahun 240H dan usia Ibn Khuzaimah ketika itu 17 tahun.
Maka. Ibn Khuzaimah banyak mengembara untuk belajar hadis. Dalam rehlahnya mendengar hadis iotu, dia befrtemu dengan:
- Ishak bin Rahawaih di Nisabur
- Ali bin Muhamamd di Mar
- Muhammad bin Mahran di Ray
- Musa bin Sahal Ar-Ramli di Syam.
- Muhammad bin Ishak As-Saghani di Baghdad.
- DLL
Terdapat kalangan gurunya yang mengambil hadis daripadanya seperti Imam Bukhari, Muslim, Muhammad bin Abdullah bin Al-Hakam, Yahya bin Muhammad bin So'id, Abu Ali An-Nisaburi dan ramai lagi.
Berkata Ibn Hibban memuji Ibn Khuzaimah:
لم يُرَ مثل ابن خزيمة في حفظ الإسناد والمتن
Ibn Khuzaimah meninggalkan karya yang banyak melebihi 140 buah antaranya ialah:
- At-tauhid wa sifatu Ar-rabb
- Saheh Ibn Khuzaimah
- fawaidul fawaid
- Sya'nu Ad-du'a wa tafsir al-ad'yah al-ma'thurah an rasulillah SAW.
Ibn Kuzaimah ada menulis kita membicarakan mengenai peristiwa Al-Gharaniq dan dia mengatakan didalamnya bahaw akisah itu adalah bikinan golongan Zindiq.
Ibn Khuzaimah meninggal tahun 311H pada usia 89 tahun.
Bacaan: Islamstory
Thursday, June 8, 2023
IBN HIBBAN
Beliau adalah Abu Hatim Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mu'az bin Ma'bad bin Sahid bin Murrah bin Saad bin Yazid bin Murrah bin Zaid bin Abdullah bin Darim bin Malik bin Hanzalah bin Malik bin Zaid bin Manat bin Tamin bin Mur bin "Ad bin Tobikhah bin Ilyas bin Madhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan At-Tamimi Ad-Darimi Al-Busti.
Sumber-sumber sejarah sepakat menyebutkan bahawa Ibn Hibban dilahirkan di satu kota bernama Bust yang terletak antara Herat dan Ghaznah dalam negeri Afghanistan (hari ini).Tahun kelahirannya di anggar antara tahun 270H hingga 279H.Umur hidupnya menjangkau 80 tahun. Dia banyak mengembara mencari hadis dari Isbijab (satu bandar di Asia Tengah) hingga ke Isklandariah, Mesir. Dia menghabiskan sekitar 40 tahun untuk mengembara mencari ilmu sehinggalah akhirnya di pulang ke Bust dan meninggal di sana pada tahun 354H.
Ibn Hibban sendiri menyatakan dalam Muqaddimah Sahehnya bahawa dia telah mengambil ilmu daripada lebih dua ribu guru. Antara gurunya ialah:
- Imam An-Nasa-i
- Syeikhul Islam Abu Ya'la Al-musili
- Ibn Khuzaimah
- Abu Abdullah Al-Hakim An-Nisaburi
- Ibn Mandih
- Daru Qutni
- Al-Khitobi
- Ghanjar Al-Bukhari
ما أشبه الليلة بالبارحة
Tuesday, June 6, 2023
Ibnu Batutah Sang Pengembara
Ibn Batutah terkenal dengan bukunya yang bernama "Rehlah Ibn Batutah".
Nama sebenar Ibn Batutah adalah Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim bin Yusuf Al-lawati At-Tanji bin Batutah bin Hamid Al-Ghazi bin Al-Quraisy Al-'Aliy. Beliau dilahirkan pada 703H= 1304M di Tangiers, Maghribi. Ketika beliau lahir, kerajaan Bani Marin sedang berkuasa di sana. Keluarganya mempunyai posisi sebagai qadhi di Bandar Tangiers dan oleh itu bapanya mempersiapkannya dengan pendidikan ke arah meneruskan legasi keluarganya sebagai Qadhi.
Namun, seawal usia 21 tahun, Ibn Batutah sudah mula menceburkan diri dalam pengembaraan dan pengembaraannya yang pertama adalah menuju Makkah untuk melaksanakan haji. Dia mengambil masa 16 bula untuk kembara hajinya itu. Selepas itu, dia terus berkelana dan tidak pulang ke Tangiers selama 24 tahun. Selepas menunaikan haji , dia mengembara ke wilayah-wilayah sebelah timur hingga sampai ke China.
Bila Ibn Batutah pulang semula ke Maghribi, pengembaraannya itu dicatatkan semula oleh Muhammad bin Juzzi Al-Kalbi dengan perintah Sultan Bani Marin yang bernama Ibn Al-Inan Al-Marini yang berkuasa di Kota Fas. Tahun itu ialah tahun 756H.
Catatan travelog Ibn Batutah itu dinamakan:
تحفة النظار في غرائب الأمصار وعجائب الأسفار
Saturday, June 3, 2023
IBNU ASAKIR
Namanya Abu Al-Qasim Ali bin Al-Hasan bin Hibbatullah bin Al-Hussain Ad-Damsyiqi. Beliau dilahirkan pada awal Muharam tahun 499H di Kota Damsyiq. Beliau adalah tuan punya kitab yang masyhur iaitu "Tarikh Damsyiq". Beliau membesar dalam keluarga yang cintakan ilmu dan masa pembesarannya dipenuhi dengan menuntut ilmu dari tokoh-tokoh ulama di Kota Damsyiq. Beliau bermazhab Syafie dari sudut feqahnya dan mengambil jalan berakidah manhaj Asy'ari. Terdapat rekod perselisihan antaranya dengan Al-Maqdisi Al-Hambali.
Tahun 520H, Ibn Asakir berkelana ke Baghdad dan mengambil ilmu dari tokoh-tokoh di sana. Kemudian dia ke Makkah, Madinah, Asfahan, Nisabur dan pelbagai kota di Iran dan Khurasan. Menurut Imam Az-Zahabi, guru Ibn Asakir mencapai 1300 orang. Tulisannya pula mencapai 60 buah.
Tarikh Damsyiq yang berjumlah 80 Jilid dengan 16 ribu mukasurat bertulis tangan( Makhtutat) . Manhajnya dalam penulis Tarikh Damsyiq adalah manhaj para muhaddisin iaitu dengan membawa sanad
Selain itu, beliau juga pengarang kitab bertajuk Tabyin Al-Muftari Fi ma Nusiba Ilal Imam Abi Al-Hasan Al-Asy'ari
Beliau hidup sezaman dengan Sultan mahmud Zinki, Solehuddin Al-Ayyubi dan Qatbuddin An-Nisaburi
Beliau meninggal pada 11 Rejab 571H dan jenazahnya disolatkan oleh Qatbuddin An-Nisaburi dan juga Sultan Solehuddin Al-Ayyubi.
Agar tidak bercampur atau terkeliru, beliau ada seorang anak saudara yang juga merupakan ulama terkenal bernama Fakhruddin bin Asakir yang terkenal dengan laqab Ibn Asakir. Ibn Asakir ini lahir pada tahun 550H dan meninggal pada tahun 629H. Ibn Asakir inilah yang merpakan guru kepada Al-Imam Al-'Izz bin Abdussalam.
Sumber: Wiki
Baca: Islamonline
IMAM SAHNUN
Nama penuhnya adalah Abu Said Abdus Salam Sahnun bun Said bin Habib bin Hassan bin Hilal bin Bakkar bin Abdullah nbin Rabi'ah At-Tanukh...
-
Khalifah Abdullah Al-'Adil adalah anak kepada Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur Al-Muwahhidi, pemerintah kerajaan Al-Muwahhidun. Tahun 621H...
-
Kitab Sejarah Melayu susunan Tun Sri Lanang menyatakan sebuah kisah… Maka kedengaranlah ke Melak a (akan) Cau Pandan anak Bubunya akan dit...
-
Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...