Saturday, June 3, 2023

IBNU ASAKIR

Namanya Abu Al-Qasim Ali bin Al-Hasan bin Hibbatullah bin Al-Hussain Ad-Damsyiqi. Beliau dilahirkan pada awal Muharam tahun 499H di Kota Damsyiq. Beliau adalah tuan punya kitab yang masyhur iaitu "Tarikh Damsyiq". Beliau membesar dalam keluarga yang cintakan ilmu dan masa pembesarannya dipenuhi dengan menuntut ilmu dari tokoh-tokoh ulama di Kota Damsyiq. Beliau bermazhab Syafie dari sudut feqahnya dan mengambil jalan berakidah manhaj Asy'ari. Terdapat rekod perselisihan antaranya  dengan Al-Maqdisi Al-Hambali.

Tahun 520H, Ibn Asakir berkelana ke Baghdad dan mengambil ilmu dari tokoh-tokoh di sana. Kemudian dia ke Makkah, Madinah, Asfahan, Nisabur dan pelbagai kota di Iran dan Khurasan. Menurut Imam Az-Zahabi, guru Ibn Asakir mencapai 1300 orang. Tulisannya pula mencapai 60 buah.

Tarikh Damsyiq yang berjumlah 80 Jilid dengan 16 ribu mukasurat bertulis tangan( Makhtutat) . Manhajnya dalam penulis Tarikh Damsyiq adalah manhaj para muhaddisin iaitu dengan membawa sanad

Selain itu, beliau juga pengarang kitab bertajuk Tabyin Al-Muftari Fi ma Nusiba Ilal Imam Abi Al-Hasan Al-Asy'ari

Beliau hidup sezaman dengan Sultan mahmud Zinki, Solehuddin Al-Ayyubi dan Qatbuddin An-Nisaburi

Beliau meninggal pada 11 Rejab 571H dan jenazahnya disolatkan oleh Qatbuddin An-Nisaburi dan juga Sultan Solehuddin Al-Ayyubi.

Agar tidak bercampur atau terkeliru, beliau ada seorang anak saudara yang juga merupakan ulama terkenal bernama Fakhruddin bin Asakir yang terkenal dengan laqab Ibn Asakir. Ibn Asakir ini lahir pada tahun 550H dan meninggal pada tahun 629H. Ibn Asakir inilah yang merpakan guru kepada Al-Imam Al-'Izz bin Abdussalam.


Sumber: Wiki

Baca: Islamonline

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....