Monday, June 26, 2023

IKRIMAH BIN ABI JAHAL

Nasab Ikrimah adalah Ikrimah bin Amru bin Hisyam bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah bin Ka'ab bin Lu-i bin Ghalib bin Fahar bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin madhir bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Salasilahnya bertemu dengan nabi Muhammad SAW pada leluhurnya yang bernama Murrah bin Ka'ab iaitu datuk nabi Muhammad SAW peringkat ke-6

Ikrimah anak Abu Jahal. Abu Jahal itu adalah Firaun bagi ummat nabi Muhammad. Dia memusuhi nabi SAW dengan permusuhan yang amat sangat dan Abu Jahal mati dengan kekufurannya serta jasadnya dibenamkan dalam telaga Qulaib bersama dengan pemuka kafir Quraisy yang lain.

Anaknya bernama Ikrimah. Sebagaimana ayah, demikianlah anak. Permusuhannya kepada nabi tidak kalah permusuhan ayahnya kepada nabi SAW. 

Kerana itu, apabila nabi SAW dapat menawan Kota Makkah pada tahun ke-8H, Ikrimah adalah antara 4 lelaki Makkah yang dihalalkan darahnya.

Hadis yang dinukilkan oleh laman web Dorar.net berbunyi:

لمَّا كانَ يومُ فتحِ مَكَّةَ ، أمَّنَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ النَّاسَ ، إلَّا أربعَةَ نفَرٍ وامرأتينِ وقالَ : اقتُلوهم ، وإن وجَدتُموهم متَعلِّقينَ بأَستارِ الكَعبةِ ، عِكْرمةُ ابنُ أبي جَهْلٍ وعبدُ اللَّهِ بنُ خطلٍ ومقيسُ بنُ صبابةَ وعبدُ اللَّهِ بنُ سعدِ ابنِ أبي السَّرحِ فقالَ : أما كانَ فيكُم رجلٌ رشيدٌ يقومُ إلى هذا حيثُ رآني كفَفتُ يدي عن بيعتِهِ فيقتلُهُ فقالوا : وما يُدرينا يا رسولَ اللَّهِ ما في نَفسِكَ ، هلَّا أوأمات إلينا بعينِكَ ؟ قالَ : إنَّهُ لا ينبَغي لنبيٍّ أن يَكونَ لَهُ خائنةُ أعينٍ

الراوي : سعد بن أبي وقاص | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 4078 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

4 Lelaki yang dihalalkan darahnya itu walau mereka bergayut di kelambau Kaabah ialah:
  1. Ikrimah bin Abu Jahal
  2. Abdullah bin Khattal
  3. Miqyas bin Sobabah
  4. Abdullah bin Saad bin Abi As-Sarh
Ikrimah telah lari ke arah Laut Merah dengan tujuan untuk melayar menyelamatkan dirinya ke Yaman. isterinya Ummu Hakim kemudiannya bertemu Rasulullah SAW dan memohon agar Ikrimah diberikan kemananan jika dia pulang. Rasulullah SAW bersetuju dan Ummu Hakim pun menjejaki Ikrimah ke arah laut. Dia ditemani oleh hambanya seornag lelaki berbangsa Parsi. Dalam perjalanan, hambanya itu cuba menggodanya. Ummu Hakim berpura-pura sukakannya sehingga dia sampai ke tempat Ikrimah. Ketika itu Ikrimah terhalang dari meneruskan pelayaran kerana masalah ribu yang melanda.

Maka Ikrimah pun dipujuk oleh Ummu Hakim pulang. Perihal hamba Parsi yang cuba menggodanya itu diceritakan. Hamba Parsi itu telah dibunuh oleh Ikrimah. 

Ikrimah dan Ummu Hakim pulang bertemu nabi SAW. Nabi menerima Ikrimah dengan gembira dan layana baik nabi SAW menghapuskan sifat permusuhan Ikrimah. Ikrimah menjadi muslim yang baik dan dia telah mengorbankan dirinya untuk jihad demi Islam. Sehinggalah berlaku perang Yarmuk, dia telah gugur syahid.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....