Tuesday, June 6, 2023

Ibnu Batutah Sang Pengembara

Ibn Batutah terkenal dengan bukunya yang bernama "Rehlah Ibn Batutah".

Nama sebenar Ibn Batutah adalah Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad  bin Ibrahim bin Yusuf Al-lawati At-Tanji bin Batutah bin Hamid Al-Ghazi bin Al-Quraisy Al-'Aliy. Beliau dilahirkan pada 703H= 1304M di Tangiers, Maghribi. Ketika beliau lahir, kerajaan Bani Marin sedang berkuasa di sana. Keluarganya mempunyai posisi sebagai qadhi di Bandar Tangiers dan oleh itu bapanya mempersiapkannya dengan pendidikan ke arah meneruskan legasi keluarganya sebagai Qadhi.

Namun, seawal usia 21 tahun, Ibn Batutah sudah mula menceburkan diri dalam pengembaraan dan pengembaraannya yang pertama adalah menuju Makkah untuk melaksanakan haji. Dia mengambil masa 16 bula untuk kembara hajinya itu. Selepas itu, dia terus berkelana dan tidak pulang ke Tangiers selama 24 tahun. Selepas menunaikan haji , dia mengembara ke wilayah-wilayah sebelah timur hingga sampai ke China.

Bila Ibn Batutah pulang semula ke Maghribi, pengembaraannya itu dicatatkan semula oleh Muhammad bin Juzzi Al-Kalbi dengan perintah Sultan Bani Marin yang bernama Ibn Al-Inan Al-Marini yang berkuasa di Kota Fas. Tahun itu ialah tahun 756H.

Catatan travelog Ibn Batutah itu dinamakan:

تحفة النظار في غرائب الأمصار وعجائب الأسفار

Ada khilaf antara catatan Ibn Batutah dengan tulisan Ibn Juzzi dan ini menimbulkan sangkaah berlaku tokok tambah atas catatan yang sebenar.

Ada beberapoa kemusykilan:

1) tempoh pengembaraan yang hampir 30 tahun, apakah mungkin diingat semua oleh Ibn Batutah kerana catatan dibuat selepas balik dari pengembaraan

2) Kalau sampai ke China, kenapa Ibn Batutah tidak mengerti bahasa Cina?

3) Tulisan oleh Ibn Juzzi hanya mengambil masa kurang dari 3 bulan untuk menceritaka pengalaman 30 tahun!

Dalam rehlah Ibn Batutah, nampaknya ada bandar yang Ibn Batutah tidak sampai tetapi diceritakan bahawa dia sampai. Hal ini diketahui apabila dia salah dalam menggambarkan bandar tersebut. Umpamanya ketika dia menceritakan tentang bandar Qutaif. Dia menyebutkan bahawa dia bermusafir ke sana dan bandar itu adalah bandar yang indah dan dihuni oleh kaum Rafidhah yang menzahirkan watak rafidhah mereka. Mereka menambahkan dalam azan mereka dengan lafaz:

محمد وعلي خير البشر، من خالفهما فقد كفر

Rehlah Ibn Batutah juga mengandungi cerita khayalan yang sukar diterima akal. Umpamanya kisah dia dia tanah Hindi dan depan seorang raja Hindi. Dia  melihat ahli sihir di India yang melambung tali naik ke atas awan lalu disuruh seorang budak memanjatnya. Bila dipanggil tak turun-turun, dia naik dengan pedangnya. Lalu tak lama berjatuhanlah anggota budak itu dan kemudiannya ahli sihir itu turun dengan pedang berlumuran darah.

Sumber kajian: Salafcenter











No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....