Sunday, April 7, 2024

SEJARAH PARA HABAIB BA'LAWI DIPERSOALKAN

Para Habib di Indonesia telah gencar mempromosikan mereka sebagai golongan yang berketurunan daripada Rasulullah SAW. Cara mereka, kekadang membina persepsi bahawa agama Islam yang sebenar dan murni adalah diwarisi oleh mereka kerana mereka keturunan Rasulullah. Mereka cuba membina naratif bahawa agama Islam itu pusaka keturunan baginda. Ummat hanya perlu mewalakkan diri untuk taat kepada keturunan Rasulullah SAW.

Antara sekian banyak jalur keturunan yang didakwa bersambung dengan Rasulullah SAW, nampaknya keturunan Ba'alwi mendepani dalam hal mengangkat diri mereka sebagai anak cucu Rasulullah SAW. Secara khusus, para keturunan Ba'lawi yang ada di Indonesia melebihi mana-mana keturunan Rasulullah yang lain dalam mengangkat keistimewaan diri mereka.

Akhirnya, timbul pertanyaan di Indonesia sendiri, apakah benar Ba'lawi itu titisan darah Rasulullah SAW?

Siapa Ba'lawi sebenarnya?

Maka, di Indonesia, tampil seorang sarjana Ilmu Nasab yang mengkritik keabsahan hubungan para Ba'lawi dengan jalur keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah KH Imaduddin bin Ustman Al-Bantani.

Menurut sumber catatan para Ba'lawi, keturunan Ba'lawi itu adalah keturunan yang bersambung kepada seorang yang dinamakan sebagai Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa.

Nama Ahmad bin Isa sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan jalur keturunan yang  bersambung sampai kepada Saidina Hussain bin Ali bin Abi Talib adalah diakui dan para ahli nasab serta sejarawan menyebutkannya. Namun, keabsahan individu bernama Ubaidillah sebagai anak Ahmad bin Isa diperdebatkan.

KH Imaduddin berandalkan kajiannya terhadap kitab-kitab ilmu nasab dan sejarah yang ada pada abad ke-5 hingga ke-9 Hijriyyah yang tidak menyebutkan wujudnya anak Ahmad bin Isa yang dinamakan Ubaidillah. Nama itu cuma muncul dalam kitab mengenai nasab pada abad ke-10. Senggangan masa sejak zaman Ahamd bin Isa ke zaman abad ke-10 yang tidak mempertemukan nama Ubaidillah dan Alawi adalah satu yang menjadi pesoalan besar.

Sementara itu, buku sejarah awal juga tidak menyebutkan Ahmad bin Isa berhijrah ke Yaman (Hadhramaut) dan digelar sebagai Ahmad Al-Muhajir. Cerita sedemikian hanya muncul dalam buku-buku yang dikarang pada abad ke-10.

Antara kitab yang dirujuk adalah As-Syajaratul Mubarakah oleh Fakhrurrazi yang dikarang pada abad ke-6 tidak mencatatkan adanya anak Ahmad bin Isa yang namanya Ubaidillah.

Awalnya, seorang yang bernama Habib Ali As-Sakran (M;895H)  mendakwa dia dari keturunan Ba'lawi. Dia merujuk kepada apa yang disebut dalam kitab As-Suluk karya Al-Janadi (M: 730H) bahawa seorang ahli hadis bernama Ali Abu Al-Hasan adalah keturunan Ba'lawi. 

Isunya , Ali As-Sakran mendakwa bahawa Alwi adalah saudara sebapa kepada Jadid bin Ubaidilllah.

Baca: rminubanten

Baca juga sisipandang lain yang mendokong Ba'lawi sebagai salasilah Rasulullah: walisongo.livejournal


Catatan berselerak:

  1. Muhammad bin Ali Ba'lawi digelar Al-Faqih Al-Muqaddam.
  2. Ba'lawi merujuk kepada tokoh yan g bernama Ali bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir.
  3. Ahmad Al-Muhajir itulah yang namanya Ahmad bin Isa yang berhijrah dari Irak ke Hadramaut 
  4. Ali Al-Uraidhi adalah anak kepada Jaafar Sodiq yang paling bongsu dan dia ada saudara tua namanya Musa Al-Kazim dan juga Ismail.
  5. Uraidhi adalah nama sebuah kampung di Kota Madinah di mana Ali tinggal
  6. Ada anak Ali-Uraidhi namanya Muhamamd An-Naqib yang telah berpindah meninggalkan Madinah dan bermastautin di Basrah setelah ayahnya meninggal.
  7. Di Basrah dia jadi pemimpin golongan Asyraf yang dinisbahkan sebagai keturunan yang bersambung hingga Rasulullah SAW.
  8. Muhammad An-Naqib ada 16 anak , sembilan lelaki  dan 7 anak perampuan
  9. Maka menjadi banyaklah keturunan Uraidhi dan bertebaranlah di segenap cerok rantau negeri.
  10. Ada anaknya bernama Isa Ar-Rumi yang menggantikannya dalam posisi kepemimpinan Al-Asyraf.
  11. Isa Ar-Rumi juga menurunkan ramai anak dan antara anaknya adalah Ahmad bin Isa yang kemudiannya digelar Ahmad Al-Muhajir.yang menjadi leluhur kepada golongan Ba'lawi.
  12. Keadaan di Basrah tak selamat kerana banyak kekacauan: Serangan golongan Qoramitah dan pemberontakan Az-Zanji.
  13. tahun 317H Ahmad bin Isa serta keluarganya ambil keputusan meninggalkan Basrah menuju Madinah dan seterusnya pergi ke Hadramaut.
  14. Berlaku konflik dengan Puak Khawarij Ibadhi yang berakhir dengan kemanangan keluarga Ahmad Al-Muhajir.
  15. Tahun 512H , Ali bin Alawi yang mengambil Tarim sebagai tempat tinggal keluarga Ba'lawi.
Bacaan:



No comments:

Post a Comment

Imam Al-Auza'i

 Kata Imam An-Nawawi  mengenai Al-Auza'i:  كان إمام أهل الشام في عصره بلا مدافعة ولا مخالفة Nama penuhnya adalah Abu Amru Abdurrahman bi...