Sunday, April 28, 2024

Imam Al-Auza'i

 Kata Imam An-Nawawi  mengenai Al-Auza'i: 

كان إمام أهل الشام في عصره بلا مدافعة ولا مخالفة


Nama penuhnya adalah Abu Amru Abdurrahman bin Amru bin Yuhmad Al-Auza'i.
Beliau seorang Faqih dan Muhaddis daripada generasi Tabi'u At Tabi'in.

Dilahirkan di Ba'labak, Lubnan, tahun 88H. Membesar sebagai anak Yatim di bawah asuhan ibu yang miskin.

Al-Auza'i hidu pada masa masa Khlaifah Al-Walid bin Abdul Malilk hinggalah mas apemerintahan Bani Abbasiyah iaitru zaman Abu Jaafar Al-Mansur.

Al-Auza'i hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Al-Auza'i memiliki mazhab sendiri. Mulanya mazhab Auza'i popular di Syam dan Andalus. Namun, selepas tahun 200 H, Mazhab Maliki mengatasinya dan Mazhab Auza'i pun lenyap.

Imam Az-Zahabi menaqalkan tentang Mazhab Auza'i:

كان أهلُ الشامِ، ثمَّ أهلُ الأندلسِ على ‌مذهب ‌الأوزاعي مدةً مِن الدهرِ، ثمَّ فَنِيَ العارفون به، وبقي منه ما يُوجدُ في كتَبِ الخلافِ


Muhammad bin Syuaib berkata bahawa dioa dengar Auza'i menyebutkan:

من أخذ بنوادر العلماء خرج من الإسلام

أي: زلات العلماء، فمن اتبع زلة كل عالم اجتمع فيه الشر كله

Umum Ahlil Hadis mengatakan Al-Aiza'i adalah seorang tsiqah. Imam Bukhari dan Muslim menerima riwayatnya.

Al- Auza'i wafat pada tahun 157H di Beirut.

Tambahan: Kisah Ghailan Ad-Dimasyqi yang dibunuh atas tuduhan Zindiq pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik melibatkan peranan Imam Al-Auza'i di dalamnya. Ghailan Ad-Dimasyqi dihukum bunuh dengan sadis oleh khalifah setelah dia berdebat dengan Al-Auza'i dan Al-Auza'i menetapkan kezindikan Ghailan. Bagi para pembela Ghailan , Imam Al-Auza'i dianggap bertanggungjawab dalam kes tersebut. 

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....