Tuesday, April 23, 2024

TOKOH QURAISY DALAM PEMBATALAN SAHIFAH PEMBOIKOTAN

Setelah 3 Tahun Nabi SAW bersama dengan Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib berdepan dengan masa-masa getir diboikot dan dikepung di Syiab, maka datanglah jalan keluar. Sahifah pemboikotan yang digantung di Kaabah telah dimakan anai-anai. lalu tampillah tokoh yang masihg kafir tapi simpati merintis jalan penamatan pemboikotan itu. Mereka ialah:

1) Hisyam bin Amru dari Bani Amir bin Lu'i-Dia adalah anak saudara kepada Nadhlah bin Hasyim bin Abdul Manaf.

* Ibunya bernama Zainab bin Abi Sarh bin Al-Harith iaitu ibu saudara kepada Abdullah bin Saad bin Abi Sarh yang pernah dihalalkan darahnya oleh Nabi di hari Fathu Makkah tetapi diselamatkan oleh Uthman bin Affan.

2) Zuhair bin Abi Umayyah bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum ( Al-Makhzumi)

3) Abul Bahtari bin Hisyam bin Al-Harith bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai.

4) Mut'im bin 'Adi bin Naufal bin Abdul Manaf bin Qusai.

5) Zam'ah bin Al-Aswad

Zam'ah bin Al-Aswad bin al-Mutallib bin Al-Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Beliau digelar Abu Al-Hakimah, merupakan seorang tokoh Quraisy yang tergolong menentang Islam. Sungguhpun dia menolak dan menantang Islam, dia tercatat sebagai antara tokoh yang menyokong pembatalan Sahifah pemboikotan ke atas Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib. Anaknya Al-Harith dan Yazid masuk Islam . Namun kerana tekanan Za'ah ayahnya, Al-Harith kembali murtad. Namun Yazid dapat menyelamatkan diri dan agamanaya dengan berhijrah ke Habsyah. Dalam Perang Badar, Zam'ah ikut serta bersama anaknya Harith, saudaranya Aqil, sahabatnya Abu Al-Bahtari dan Naufal bin Khuwailid bin Asad. Mereka terbunuh. Ada satu ayat yang diturunkan, kata para Mufassirin, ia memerihalkan kisah Harith bin Zam'ah iaitu Surah An-NIsa', ayat 97:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا 




No comments:

Post a Comment

Firqah As-Syaikhiyyah

Dari Firqah Syiah Imam 12, lahir satu aliran pemikiran yang diasaskan oleh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i. Para pengikutnya dinamakan Sy...