Az-Zahabi merupakan seorang imam yang bergelar Al-Hafiz dalam dunia ilmu hadis dan juga seorang sejarawan Islam yang ulung
Nama sebenarnya adalah Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaimaz
Beliau dilahirkan pada tahun 673H di Kota Damsyiq.
Beliau berasal dari keluarga terhormat berketurunan Turkmani.
Ahli keluarganya adalah orang-orang yang cintakan ilmu dan terjun dalam dunia keilmuan.
Gelaran Az-Zahabi adalah merujuk kepada perusahana memproses emas yang dilakukan oleh bapanya. Kerana itu dia digelar Ibn Az-Zahabi.
Tahun 695H Az-Zahabi tiba di Mesir dan antara gurunya di sana adalah Ibn Daqiq Al-Aid dan Allamah Syarafuddin Ad-Dimyati
1) Jamaluddin Abu Al-Hajjaj Yusuf bin Abdurrahman Al-Mizzi As-Syafie2) Taqiyyudin Abu Al-Abbas Ahmad bin Taimiyyah Al-Harani3) Ilmuddin Al-Qasim bin Muhammad Al-Barzali
Antara kitab-kitab Imam Az-Zahabi:
1) Tarikh Al-Islam
2) Siyar A'lam An-Nubalaa
3) Al-Kabair
4) Mizanul Iktidal
5) Tazkiratul Huffaz
6) Al-Mughni Fi Dhu'afaa
7) Turjumah Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Kitab Al-Kabair
Mengenai Kitab Al-Kabair yang disandarkan kepada Imam Az-Zahabi, ramai ulama mempertikaikan keabsahannya. Ini kerana di dalamnya terkandung hadis-hadis yang batil dna maudhuk. Juga terkandung dalamnya kisah-kisah serta riwayat pelik seperti kisah tentang Telaga Burhut. Ini tidak secocok dengan kedudukan Imam Az-Zahabi yang terkenal dalam ilmu hadis serta masyhur sebagai oengkeritik rijal.
Namun, ada Kitab Al-Kabair versi yang ditahqiq oleh Muhyiddin Mastu dan dikatakan sebagai naskhah dari makhtutat yang sebenar.
Maka, bagi yang membaca Kitab Al-Kabair dan ditulis di kulitnya sebagai karya Imam Az-Zahabi, perlu teliti dan cermat. Ada kitab yang dipalsukan dengan kemasukan ke dalamnya pelbagai hadis dan riwayat yang madsus. Sila semak cetakan mana.Jika Cetakan Muhyidin Mastu, maka boleh diterima. Demikian juga jika cetakan Masyhur Hasan Salman.
No comments:
Post a Comment