Saturday, May 18, 2024

WAKI' BIN AL-JARRAH

 Waki' bin Al-Jarrah bin Malih bin 'Adi bin Furs bin Jamjamah bin Sufyan bin Al-Harith bin Amru bin Ubaid bin Ruwwasi.

Beliau lair pada tahun 129H dan wafat pada tahun 196H atau 197H

Bapanya juga seorang tokoh dalam periwayatan hadis dan merupakan pegawai kerajaan dalam istana Khalifah

Seorang Imam Al-hafiz dalam ilmu hadis  yang tinggal di Iraq.

Seorang yang sangat soleh , puasa setiap hari tak kira dsalam keadaan musafir atau muqim. Dia qiamullail setiap malam

Ada waktu bila dengan bacaan Quran, dia jatuh pengsan.

Waki' seorang yang sangat kuat ingatannya, Yahya bin Ma'in meriwayatkan perkataan Waki':

ما كتبت عن الثوري قط، كنت أتحفظ، فإذا رجعت إلى المنزل، كتبتها

(Rujuk : Tarikh Baghdad, Khatib Baghdadi, Jil 16 ms 647)

 Saking kuatnya daya ingatannya, apa sahaja yang didengarinya, akan terpateri dalam memorinya dan dia tidak pernah lupa apa yang telah dia ingat. 

Beliau merupakan guru kepada Imam Syafie. Kita mengingati sebuah Syair karya Imam Syafie yang berbunyi:

شكوت الى وكيع سوء حفظي       فأرشدني الى ترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور          ونور الله لايؤتى لعاصي

 Beliau juga guru bagi Imam Ahmad bin Hambal.

Waki' berguru dengan Sufyan As-Tsauri. Masa menajdi murid Sufyan, Sufyan melihatnya dan menyatakan firasatnya:

لا يموت هذا الرؤاسيُّ حتى يكون له شأن


Walaupun seorang guru, Sufyan meriwayatkan hadis daripada Waki'. Ini kerana kekuatan hafalan Waki'. Firasat Sufyan tidak salah. Bila Sufyan wafat tahun 166H, Waki' mengambil tempat Sufyan sebagai rujukan ilmu di Iraq.

.

Waki' juga berguru dengan A'masy, Hisyam bin Urwah, Auza'i, Ibn Juraij dan lain-lain.

Khalifah Harun Ar-Rasyid minta Waki' jadi Qadhi namun dia menolak. Beberapa kali diminta, dia tetap menolak. Dia mengambil jalan menolak menjadi ulama kerajaan sama seperti gurunya Sufyan. Bahkan tatkala sahabat baiknya Hafsin bion Ghayyath menerima jawatan Qadhi dalam kerajaan, dia pun menjauhkan diri dari sahabat baiknya itu.

Namun dalam Siyar A'lam An-Nubala'  oleh Imam Az-Zahabi dicatatkan rekod tentang apa yang disebut sebagai Zullatul Ulama.

Zullah (kegelinciran) waqi':

1) Meriwayatkan hadis mungqat'i dan mungkar yang dilihat merendahkan martabat Nabi SAW. Baca Kisah Mehnah Waqi' bin Al-Jarrah) 

2)Beliau minum nabiz (sejenis minuman memabukkan yang terhasil daripada perahan anggur)

Kitab Nazmul Faraid mimma Fi Silsilatai Al-Bani Min Fawaid (ms 121)

2) Beliau puasa setiap hari

3) Baca Quran khatam setiap malam.

Baca: Siyar

Mehnah Imam Waqi'

Mehnah/ujian dan bala yang menimpa Imam Waqi' adalah berkaitan periwayatan hadis. Pada satu tahun, Imam Wali' pergi ke Makkah melaksanakan haji. Tatkala orang tahu keberadaan Imam Waki' di Makkah pada tahun itu, mereka pun ingin beliau menyampaikan ilmunya tentang hadis. Maka dia telah menyampaikan satu hadis mengenai kisah  Abu Bakar r.a pada hari Rasulullah SAW wafat.

عن إسماعيل بن أبي خالد عن عبد الله البهي عن أبي بكر الصديق أنه جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم بعد وفاته، فأكب عليه، فقبله، وقال: بأبي وأمي، ما أطيب حياتك وميتتك، ثم قال عبد الله البهي: وكان ترك يومًا وليلة حتى ربا بطنه، وانثنت خنصراه،


Dari Ismail bin Abi Khalid, dari Abdullah Al-Bahi, dari Abu Bakar As-Siddiq, bahwa dia datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah beliau wafat, maka beliau bersandar padanya, menciumnya, dan berkata: Semoga ayah dan ibuku dikorbankan untukmu, alangkah baiknya hidup dan matimu Lalu Abdullah Al-Bahi berkata: Dan adalah jasad Rasulullah SAW itu dibiarkan sehari semalam sehingga... perutnya membesar , dan kelingkingnya menjadi bengkok,

Hadis-hadis yang seperti ini telah dikritik oleh ulama hadis kesahehannya. Baca

Periwayatan hadis itu menimbulkan kemarahan Quraisy yang ada di Makkah. Ia dilihat sebagai menghina serta menjatuhkan martabat Rasulullah SAW. Mereka menahan Waki' dan membuat aduan kepada gabenor Makkah yang merupakan seorang Uthmani dan meminta Waki' dihukum bunuh atas dasar hina Nabi SAW. 

Sufyan bin Uyainah yang merupakan Imam Kota Makkah di kala itu, bila ditanya tentang permasalahan Waki', dia berkata:

الله الله ! هذا فقيه أهل العراق ، وابن فقيهه ، وهذا حديث معروف .

Untuk memperkuatkan hujjahnya agar Waki' jangan dibunuh, Sufyan bin Uyainah berkata kepada gabenor Makkah:

"Sesungguhnya orang ini (Waki') mulia dan terkenal di kalangan orang Kufah dan ayahnya orang yang punya kedudukan dalam istana Khalifah. Kau bunuhnya atau kelak nanti kau dibunuh. Pilihlah!"

Gabenor Makkah pun tidak berani melaksanakan hukuman bunuh atas Waki'.

Ali bin Khasyram menyebutkan: Ketika aku mendengar mereka ingin menyalib Waki', aku merasa taajub dengan kelancangan Waki'. Tapi aku diberitahu bahawa Waki' berhujjah bahawa sebilangan para sahabat Nabi mengengkari kewafatan Rasulullah SAW. Antara mereka adalah Umar Al-Khattab. Katanya: Rasulullah tidak wafat! Maka kerana itulah Allah menzahirkan tanda-tanda kematian pada jasad baginda.

(Catatan: Sufyan bin Uyainah adalah lepasan madrasah Ahlil Hadis di Hijaz, mengambil ilmu dari Imam Malik dan merupakan Imam penduduk Makkah. Sementara Waki' bin Al-Jarrah adalah lepasan madrasah Ahlu Ar-Ra'yi yang bertapak di Irak dan mengambil imu antara lain dari Imam Abu Hanifah. Maka antara Sufyan dan Waqi' ada perselisihan. Pun begitu, Sufyan berjiwa besar dengan membela Waki')

( Nabi SAW adalah Khattul Ahmar-Benang Merah- bagi Ummat Islam. Sebarang perkataan yang mencemarkan kemuliaannya adalah perkataan yang melewati sempadan dan perlu ditahzir dan dihukum)

Maka , Waki' pun dilepaskan. Waki' pun meninggalkan Makkah dan pergi ke Madinah . Namun, gabenor Makkah dari keluarga Uthmani itu tidak puas hati. Dia berazam untuk membunuh Waki' dengan apa cara sekalipun. Dia kirimkan surat kepada penduduk Madinah dan menceritakan apa yang terjadi di Makkah. Dia minta nanti kalau Waki' sampai di Madinah, orang Madinah patut rejam dia dengan batu sampai membunuhnya. Jangan lagi merujuk tindakan itu kepada gebanor Madinah lagi. Surat itu sampai kepada seorang ulama Madinah yang bernama Said bin Mansur. Dia mengambil langkah mengutus surat kepada Waki' menasihatinya agar jangan datang ke Madinah. Maka Waki' pun mengalihkan tujuannya balik ke Iraq.

Kes Waki' ini sampai ke pengetahuan Khalifah Harun Ar-Rasyid dan dia merujuk kepada para ulama untuk mengetahui kedudukan Waki'. Dua ulama besar semasa antara yang dijemput dan diminta fatwanya Pertamanya adalah Ibn Abi Ruwad , dia telah menfatwakan Waqi' patut dibunuh kerana tidak meriwayatkan hadis semacam itu melainkian orang yang bencikan Nabi SAW. Namun, Sufyan bin Uyainah mengatakan seorang yang mendengar hadis dan meriwayatkannya, dia tidak patut dibunuh. Hadis yang diriwayatkan oleh Waki' itu bukan rekaannya , bahkan riwayat orang lain dan Waki' hanya memanjangkan.

Peristiwa itu menjadikan Waki' tidak dapat ke Makkah dan Madinah untuk tempoh yang lama.  Namun, pada tahun 197H, dia dirazekikan Allah ke Makkah untuk berhaji. Selepas pulang, dia pun meninggal.

Peristiwa mehnah ke atas Waki' ini telah dikomentari oleh Imam Az-Zahabi dalam  Siyar A'lam (7/570):

فَهَذِهِ زَلَّةُ عَالِمٍ ، فَمَا لِوَكِيْعٍ وَلِرِوَايَةِ هَذَا الخَبَرِ المُنْكَرِ ، المُنْقَطِعِ الإِسْنَادِ! كَادَتْ نَفْسُهُ أَنْ تَذْهَبَ غَلَطاً

Ini adalah kegelinciran seorang ulama. Apa yang menimpa Waki'  dan riwayatnya  bagi khabar yang terputus sanad ini, hampir menyebabkan nyawanya melayang.

Baca: AlukahAlukah
Baca: Saaid.org


Waki' wafat pada masa pemerintahan Khalifah Muhammad Al-Amin bin Harun Arrasyid selepas dia melaksanakan haji dan pada hari Asyura tahun 197H dalam usia 66 tahun










No comments:

Post a Comment

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah , ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut sepa...