Monday, May 27, 2024

SENGKETA SAUDARA DEMI KEKUASAAN.

Khalifah Abdullah Al-'Adil  adalah anak kepada Abu Yusuf  Yaakob Al-Mansur Al-Muwahhidi, pemerintah kerajaan Al-Muwahhidun.

Tahun 621H=1224M keluarga pemerintah Muwahhidun mengangkat Abdullah Al-'Adil menjadi Khalifah dalam kerajaan Muwahhidun.

Beliau adalah satu daripada 16 anak lelaki yang ditinggalkan oleh Khalifah Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur.

Ketika saudaranya Muhammad An-Nasir naik tahta, Abdullah Al-Adil telah dilantik menjadi 

Antara semua anaknya itu, 3 orang dapat menapak naik tahta kekuasaan iaitu:

  1. Muhammad An-Nasir (1199-1213M)
  2. Abdullah Al-'Adil (1224-1227M)
  3. Abu Al-'Ala' Idris Al-Ma'mun (1227-1232M)
Sampai khabar kepada Abdullah Al-'Adil bahawa pakciknya yang bernama Abdul Wahid yang memegang tampuk kekuasaan di Murakesh telah digulingkan dan dia dicalonkan sebagai pengganti. Ketika itu dia menajdi gabenor mewakili kerajaan Muwahhidun di sebelah timur Andalusia. Maka, beliau pun balik ke Murakesh dan kekuasaan di Andalusia itu diserahkan kepada adiknya Abu Al-'Ala' Idris Al-makmun. Namun, Abdullah Al-'Adil tidak dapat bertahta dengan tenang. Berlaku banyak ujian dan fitnah yang membawa kepada tuntutan dia berundur. Namun, dia enggan. Dalam masa yang sama, saudaranya di Andalus bertambah kuat dan pengaruhnya meneguh. Ketika ini, kerajaan Muwahhidun pada realitinya telah menjadi 2 blok. Blok Afrika Utara berpusat di Murakesh dan Blok Andalusia berpusat din Seville. Dalam keadaan demikian Abdullah Al-Adil dibunuh dan diangkat Yahya bin Muhammad An-Nasir sebagai khalifah Muwahhidun. Abu Al-'Ala' tidak duduk diam dan dia bernagkat ke Murakesh dengan pasukannya dan dibantu prajurit Nasrani.

Catatan: Tahun 620H, Abu Yaakob Yusuf Al-Mustansir (khalifah ke-5 Muwahhidin) wafat tanpa meninggalkan pewaris. Beliau juga dikenali sebagai Abu Yusuf Ke-2.Dia menjadi khalifah selepas ayahnya An-Nasir pada tahun 1213M hingga 1224M. Maka Dewan Senior Muwahhidun memilih Abu Muhammad Abdul Wahid bin Yusuf  bin Abdul Mukmin sebagai pengganti. Namun, di Andalusia , gabenor di Murcia, iaitu Abdullah Al-'Adil tidka mnyetujuinya dan menuntut jawatan khaliufah untuk dirinya.Dia dan saudara-saudaranya ketika itu memegang kendili pimpinan di kota-kota Andalusia seperti di Cardoba, Granada dan Seville.

Para Syeikh Muwahhidun pun memecat Abdul Wahid dan mengatur rancangan hingga membunuhnya. Ia berlaku pada tahun 621H. Maka ketika itu Abdullah Al-'Adil pun menyemberang menuju Muerakesh untuk dibai'ah sebagai khalifah seterusnya. Abdullah Al-Adil tidak tenteram atas kerusi kekuasaan. Adiknya Abu Al-'Ala' di Andalusia memberontak dna menuntut kekhilafahn buat dirinya. Dalam suasana sedemikian, para Syeikh Muwahhidun merencanakan pembunuhan atas Abdullah Al-Adil. Mereka selanjutnya mengangkat Yahya Al-Muktasim  bin Muhammad An-Nasir (anak saudara Abdullah Al-'Adil) sebagai khalifah. Saat itu dia masih kanak-kanak. Maka , Abu Al-'Ala' Idris Al-Makmun dengan pasukannya menyemberang ke Murakesh. Dia bantu oleh raja Ferdinand III. Yahya Al-Muktasim lari dan berjuang secara gerilya dari gunung ganang di Maghribi dan bergerak di bawah nama Mazhab Ibn Tumart.

Abu Al-Ala' Idris Al-Makmun merupakan gabenor di Seville pada masa Abdullah Al-Adil dingkat sebagai Khalifah Muwahhidun di Murakesh. Tidak lama, saudaranya Abdullah Al-Adil mati dibunuh di Marakesh. Maka dilantik anak saudaranya yang bernama Yahya bin An-Nasir yang bergelar  Al-Mu'tasim sebagai penerus. Di Andalus, penduduknya menyokong Idris Al-Makmun. Ini membuatkan berlaku pecahan dalam kerajaan Muwahhidun. Di Maghribi , Khalifahnya adalah Al-Mu'tasim dan di Andalus  khalifahnya adalah Al-Makmun. Maka Idris Al-Makmun pun membawa pasukanya ke Murakesh dan dibantu oleh askar tambahan dari raja Kristian yang bernama Ferdinand III. Al-Muktasim berjaya digulingkan dan dia melarikan diri. Lalu duduklah Idris Al-Ma'mun sebagai atas singgahsana sebagai Khalifah.di Murakesh. Tujuan penyerangan ini  juga buat menuntut bela atas kematian saudaranya Abdullah Al-'Adil.

Orang yang dipanggil Abu Al-'Ala' Idris Al-Makmun  ini, sangat menyimpan dendam kepada Dewan Senior Muwahhidin. Disebut Para Syeikh Muwahhidin. Apabila dia berkuasa, dia membuat tangkapan dan membunuh mereka Disebutkan dalam catatan sejarah bahawa dia membunuh lebih seratus syeikh dalam rangka menamatkan pengaruh syeikh dalam kerajaan Muwahhidin ini. Pengaruh Syeikh tersebutlah yang membuat pergolakan politik dalam kerajaan Muwahhidin.


Beliau yang telah menelan jasa Ferdinand III raja Castella itu telah membuat beberapa kesepakatan antaranya dibenarkan pembinaan sebuah gereja besar di Murakesh , pembenaan baret tenteranya serta hak keluar masuk orang Nasrani ke bumi Maghribi. Diletakkan juga syarat, jika tenteranya masuk ISlam, keislaman mereka tidak boleh diterima.Persetujuan juga dibuat untuk menyerahkan 10 Kota yang ada di Seville.
Sumber: Wiki

Namun, untuk berlaku adil, perlu disebutkan juga sifat-sifat mulianya. Beliau seorang yang mencintai ilmu dan banyak sumbangannya dalam memperkembangkan pengajian hadis Bukhari dan Muslim serta Mazhab Maliki dalam kerajaan. Beliau juga dengan rasminya telah mengistiharkan babas daripada akidah Ibn Tumart. Dia membuang beberapa bid'ah yang dibuat sejak zaman Ibn Tumart , antaranya menyebutkan dalam azan Subuh ": Asbaha Lillahi Wal Hamd". Khutbah-khutbah juga dihentikan daripada menyebut nama Al-Mahdi Ibn Tumart. Nama Al-Mahdi Ibn Tumart juga dihapuskan daripada cetakan matawang. 

 Ini adalah isi dekri yang ditulis olehnya untuk diberikan ke seluruh wilayah kekuasaannya:
«من عبد الله إدريس أمير المؤمنين ابن أمير المؤمنين ابن أمير المؤمنين ،
إلى الطلبة والأشراف والأعيان والكافة، ومن معهم من المؤمنين والمسلمين أوزعهم شُكر أنعمه، ولا أعدمهم طلاقة أوجهِ الأيام الِوسام. وإنا كتبناه إليكم ـ كتب الله لكم عملا مُنقادا، وسعدا وقَّادا، وخاطرا سليما، لا يزال على الطاعة مُقيما، من حضرة مراكش ـ كلأها الله تعالى ـ وللحق لسان ساطع، وحسام قاطع، وقضاء لا يرد، وباب لا يسد، وظِلالٌ على الآفاق تمحو النفاق وبعد: فالذي نوصيكم به تقوى الله العظيم، والاستعانة به، والتوكل عليه. ولتعلموا أنا نبذنا الباطل وأظهرنا الحق، 

وأن لا مهدي إلا عيسى بن مريم، روح الله، وما سمي: مهديا إلا لأنه تكلم في المهد. فتلك بدعة قد أزلناها، والله يعيننا على هذه القلادة التي تقلَّدناها. وقد أزلنا لفظ العصمة عمن لا تثبت له عصمة، فلذلك أزلنا عنه رسمه، فيمحى ويسقط ولا يثبت. وقد كان سيدنا المنصور ـ رضي الله عنه ـ هم أن يصدع بما به الآن صدعنا، وأن يرقع للأمة الخرق الذي رقعنا، فلم يُساعده لذلك أملُه، ولا أجَّله إليه أجلُه، فقدم على رأيه بصدق نية وخالص طِوَّية. وإذا كانت العصمة لا تثبت عند العلماء للصحابة، فما الظنُّ بمن لم يدِر بأي يدٍ يأخذ كتابَه. أُفٍّ لهم قد ضَلوا وأَضَلُّوا، ولذلك َولُّوا وذُلُّوا، ما تكون لهم الحجة على تلك المَحَجَّة؟!.

اللهم اشهد أنا قد تبرأنا منهم تبرؤ أهل الجنة من أهل النار، ونعوذ بك ياجبارُ من فِعْلِهم الّرَّثِيثِ، ولأَمِرهم الخبيث.

إنهم في المعتقد من الكفار، وإنا نقول فيهم كما قال نبيك عليه السلام ( رب لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا). والسلام على من اتبع الهدى واستقام


Dari Abdullah Idris, Amirul Mukminin, anak Amirul Mukminin, anak Amirul Mukminin, Kepada murid-murid, orang-orang yang mulia, orang-orang ternama, dan semua orang, serta orang-orang yang bersama mereka dari kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam, saya panjatkan kesyukuran atas kurniaan-Nya, dan saya tidak menghalang mereka daripada kefasihan hari-hari kehormatan. Dan kami telah menulisnya kepada anda - Tuhan telah menulis untuk anda tindakan yang tunduk, fikiran yang gembira dan teguh, fikiran yang sihat, seseorang yang terus kekal dalam ketaatan, dari kehadiran Marrakesh - semoga Tuhan Yang Maha Kuasa memberkatinya - dan kebenaran mempunyai lidah yang terang, ketetapan yang tegas, penghakiman yang tidak ditolak, pintu yang tidak terhalang, dan bayang-bayang di kaki langit yang menghapuskan kemunafikan dan kemudian: Apa yang kami anjurkan kepada kamu ialah takut kepada Tuhan Yang Maha Esa, minta pertolongan-Nya, dan bertawakkal kepada-Nya. Supaya kamu mengetahui bahawa kami telah mendustakan yang batil dan telah mendedahkan kebenaran.
Dan bahawa tidak ada Mahdi selain Isa putera Maryam, Ruh Allah, dan dia tidak dipanggil Mahdi melainkan kerana dia bercakap dalam buaian. Ini adalah satu inovasi yang telah kita hapuskan, dan Tuhan akan membantu kita dengan rantai yang telah kita tiru ini. Kami telah menghilangkan perkataan maksum daripada orang yang tidak terbukti maksumnya, maka Kami cabut sebutannya daripadanya, maka ia terhapus, digugurkan, dan tidak terbukti. Tuan kami Al-Mansour - semoga Tuhan meridhainya - berniat untuk membuka keretakan kami dengan apa yang berlaku sekarang, dan menambal bangsa itu pelanggaran yang kami lakukan terhadapnya, tetapi harapannya tidak membantunya, dan tidak masanya menangguhkannya kepadanya, maka dia mengemukakan pendapatnya dengan niat yang tulus dan ikhlas. Jika maksum para sahabat tidak dibuktikan oleh para ulama, maka bagaimana pula pendapat seseorang yang tidak tahu di tangan mana hendak mengambil kitabnya? Apakah masalah mereka sehingga mereka telah sesat dan telah disesatkan, dan kerana itu mereka telah berpaling dan dihinakan?
Ya Allah, aku bersaksi bahwa kami telah mengingkari mereka sebagaimana ahli Syurga mengingkari ahli neraka, dan kami berlindung kepada-Mu, wahai Yang Maha Kuasa, dari perbuatan keji dan kejelekan mereka. Dalam keimanan, mereka adalah orang-orang kafir, dan kami katakan tentang mereka sebagaimana Nabimu saw bersabda (Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan di bumi ini rumah orang-orang kafir). Salam sejahtera bagi orang yang mengikuti petunjuk dan lurus

( Rujuk Kitab Al-Bayanul Maghrib Fi Akhbaril Andalus  Wal-Maghrib , Ibn Al-'Uzari Al-Murakeshi, ms 286, Cetakan 1985 Darul Maghribi Al-Islami, Beirut)


Idris Al-Makmun mengatur pemerintahan dari Murakesh. Namun, di Sabtah, bangkit pula saduaranya sendiri, Abu Musa Imran bin Yaakob melawannya. Lalu Al-Makmun memimpin pasukannya buat memadamkan pemberontakan saudaranya itu. Malangnya di Kota Murakesh, Yahya bin Nasir kembali dengan para penyokongnya untuk kembali mengambil alih kekuasaan. Al-Makmun , setelah memadamkan pemberontakan saudaranya di Sabtah, patah balik ke Murakesh. Ajal Allah datang menjemputnya. Dalam perjalanan balik dia meninggal iaituy tahun 630H. Anaknya Abdul Wahid Ar-Rasyid menggantikannya dengan segala beban yang perlu ditanggung.

Mampukah dia?

Tak akan mampu. Khalifah Abu Al-'Ala' Idris adalah khalifah terakhir bagi kerajaan Muwahhidin. Ini kerana ketika itu, (tahun 667H-1269M) telah bengkit satu kerajaan lain dan menumbangkan kerajaan Muwahhidin Ia adalah Kerajaan Bani Marin dan pemimpinnya disebutkan nama Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur Al-Mariniyyah. 9 Muharram 668H, beliau masuk dan menguasai Murakesh.

Cerita keadaan pemerintahan Al-Muwahhidin ini memberi gambaran kepada kita bagaimana berlakunya kebobrokan dalam keluarga pemerintahan. Di sini, kelemahan bertambah akibat perebutan kuasa. Dalam memanjat tangga kekuasaan , bantuan Nasrani diambil dan ia tidak percuma. Budi yang ditanam ada harganya. Raja Kristian makin bijak dalam politik sedangkan raja Muslim sibuk berebut kuasa. Padahal kuasa sudah di hujung tanduk. Tanah Andalusi sudah menjadi seperti ladang lalang kering yang menunggu masa untuk disambar api marak di sekitarnya.

La haula Wala Quwwata Illah Billah!

Rupanya, kejatuhan Andalus adalah serangkaian cerita yang bercampur gelut politik yang tidak berkesudahan. Ummat yang rugi. Khazanah Islam yang siirna. Sirna keluarga pemerintahan boleh digalang ganti. Namun , sirna khazanah, tamadun dan maruah ummat, tiada galang gantinya.

No comments:

Post a Comment

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah , ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut sepa...