Sunday, May 26, 2024

MUHAMMAD BIN YUSUF BIN HUD AL-JUZAMI

 Pada 29 Julai 1236, Ibu Kota Pemerintahan Islam di Andalus ketika Daulah Bani Umayyah Andalusia berkuasa,  Cardoba, jatuh ke tangan Raja Ferdinand III, raja Castella.

Dalam kisah kejatuhan Kota Cardona ini, ada satu nama yang penuh perjuangan yang perlu kita kenang iaitu Muhammad bin Hud Al-Juzami. Beliau digelar Helang Andalus Ke-2 setelah sebelumnya seorang yang bernama Abdurrahman Ad-Dakhili Al-Umawi digelar Helang Pertama.

Beliau adalah seorang yang berketurunan Bani Hud, iaitu sebuah keluaga elit pemerintah di Andalusia yang bersambung salasilahnya sampai kepada Juzam bin Qahtan. Keluarga ini, pada masa kekuasaan raja-raja Tawa'if (Raja-raja puak) , memegang kekuasaan di Zaragoza, Lleda dan juga bahagian Timur Laut  Andalusia yang dikenali sebagai Kawasan Benteng Utara.

Pada saat kekuasaan Al-Muwahhidin  di Murakeash sudah melemah, perang saudara belaku di kota Valencia akibat perebutan kekuasaan antara keluarga kerajaan Muwahhidun, maka Muhammad bin Hud bangkit dengan cara tersendiri. Dia memberontak dan ia bermula di Sukhairat, sebuah kawasan di Morocco dan beredekatan dengan Murcia.

Dari Sukhairat, dia maju dan menawan Murcia. Di sana , Sayyid Abu Al-Abbas bin Abi Imran Musa bin Yusuf bin Abdul Mukmin dikalahkan dan ditawan Lalu, Muhammad bin Hud telah menyampaikan khitbah di Murcia bahawa dia berwala' kepada Khalifah Al-Mustansir di Baghdad. Dengan kata lain, dia punya misi agar Andalus disatuykan di bawah satu Khalifah Umat Islam yang berpusat di Kota Baghdad.

Berikutan itu, Abu Zaid bin Muhammad bin Abi Hafsin yang menjadi gabenor di Syatibah (Xativa) bin Abdul Mukmin menggerakkan pasukan tenteranya untuk melawan Muhammad bin Hud, namun dia kalah dan balik ke Syatibah dengan kekecewaan. Dia minta tolong kepada gabenor Seville, Idris Al-Ma'mun Al-Muwahhidi. Pun, dia kalah berdepan dengan Muhammad bin Hud.

Namun, pada tahun 635 H, Muhammad bin Hud meninggal di Almeria yang terletak di Selatan Andalus. Muhamamd bin Hud, ketika berdepan dengan siri-siri kegagalan menghadapi lawannya, dia berundur sampai ke Almeria yang mana ketika itu berkuasa selaku gabenor di sana ialah Wazir Abu Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Malik Al-Umawi Ar-Ramimi. Muhammad bin Hud didapati mati dalam bilik mandi dan dikatakan dia dibunuh oleh WazirAbu Muhammad Ar-Ramimi itu.


Bacaan: Youm7

No comments:

Post a Comment

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah , ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut sepa...