Wednesday, May 22, 2024

Imam Al-Qa'nabi

Namanya Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab Al-Harithi

Asal Madinah tapi tinggal di Basrah

Lahir selepas tahun 130H

Dibilang sebagai murid Imam Malik

Imam Muslim mengambil hadis daripadanya.

Kata Imam Az-Zahabi beliau adalah antara murid Imam Malik yang paling terperaya dalam meriwayatkan Muwatto' Imam Malik.

Ulama Basrah

Minum nabiz

Kisah Taubat Qa'nabi

Masa muda, Qa'nabi tenggelam dalam kelalaian dan mabk-mabuk Nabiz. Ada kisah taubatnya. Satu hari dia nampak ada kumpulan ramai lalu. Sangkanya khalifah lalu. Bila ditanya siapa yang lalu, kata orang di situ Syu'bah.

"Siapa Syu'bah?", tanya lantaran tidak kenal Syu'bah.

"Muhaddith"!" suara menjawab.

( Namanya Syu'bah bin Al-Hajjaj, seorang Tabi'in yang yang terkenal dalam meriwayatkan hadis)


Qa'nabi mencari peluang bertemnu Syu'bah dan akhirnya dia dapat peluang.

"bacakan hadis untukku!"katanya selamba

Syu'bah melihatnya dan dengan penampilannya itu Syu'bah tidak mudah-muda bacakan hadis nabi untuknya.

"Kamu bukan ahlinya!

Qa'nabi mengeluar pisau dan mengancam.

"Bacakan hadis atau aku lukakan kamu!"


Syu'bah menatapnya . Seorang seperti Syu'bah, punya firasat yang tajam.


lalu dia bacakan hadis nabi untuk Qa'nabi.

Katanya: telah menceritakan kepadaku Mansur bin Rib'i daripada Abu Mas'ud Al-Badri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إنَّ مما أدرَكَ الناسُ من كلام النبوة الأولى إذا لم تستحي فاصنعْ ما شِئْتَ

Qa'nabi, tersentak dengar hadis itu. Pisau di tangannya jatuh. Dia insaf dan berazam untuk tinggalkan segala maksiat yang dia buat.


Dia balik rumah, tuang segala arak, hancurkan alat muzik, tinggalkan teman-teman jahatnya dan merantau ke Madinah lalu berguru dengan Imam Malik dan melaziminya 30 tahun. Dia bersungguh-sungguh dan ikhlas sehingga dia dianggap perawi paling saheh bagi Muwatta' Malik mengatasi tokoh besar lain termasuk tokoh Mazhab Hanafi Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani dalam periwayatan Muwatta'.


Hadis yang dibacakan Syu'bah telah menjadi titik mula perubahan Qa'nabi. Mungkin Syu'bah pun tidak menduga ia akan memberi kesan besar buat Qa'nabi. Dia hanya baca ikut kesesuaian ornag yang meminta. Tapi, siapa tahu? Bukan kita yang mengatur hati manusia. Hidayah datang dari Allah. Sentuhan kita yanh tidak seberapa kekadang memberi kesan yang amat besar. Malah, di kala kita bersungguh-sungguh menyemai jail, jail tidka menjadi bagaikan menuang air padang pasir. Padi yang kita tanam lalang yang tumbuh.


Setelah lama di madinah, Qa'nabi balik ke basrah dan dia mendapat tahu bahawa Syu'bah telah meninggal. Maka, dia tidak mendengar hadis lain dari Syu'bah kecuali hadis yang satu itu.

Tonton : Video

Perhatian: Kisah mengenai taubat Qa'nabi di atas, diengkari kesahihannya oleh  Imam Az-Zahabi.

Namun, kisah sebagaimana dalam plot di atas diriwayatkan oleh Ibn Qudamah dalam Kitab At-Tawwabin

Qa'nabi meninggal tahun 221H


No comments:

Post a Comment

PARA PEMERINTAH MESIR.

Pemerintahan Islam di Mesir bermula pada tahun 21H iaitu semasa Umar Al-Khattab menjadi Khalifah. Amru bin Al-'As adalah seorang sahabat...