Friday, October 23, 2026

SEJARAH KEMUNCULAN TSAR RUSIA

 Pada tahun 1453, kerajaan Byzantine tamat apabila ibu kotanya Kostantinopel jatuh ke tangan Khilafah Othmaniyah.. Ketika itu, di Moscow berada di bawah kekuasaan Putera Agung Moscow ketika itu iaitu Vasily II yang juga dikenali sebagai Vasily The Blind. Dia bertahta antara tahu 1425 hingga 1462. Semasa pemerintahannya, dia berjaya menamatkan Perang Saudara Muskovit yang telah berlangsung lama sebelumnya. Dia telah menewaskan pencabarnya yang bersaing untuk kekuasaan iaitu Dmitry Shemyaka. 

Muhammad Al-Fatih daripada Othmaniah berjeya mengambil alih Kostantinopel. Vasily II pula berjaya mengukuhkan kedudukan di Moscow dan mengalahkan pesaingnya. Kerana dia buta (dibutakan oleh musuh-musuhnya), dia dibantu oleh anaknya Ivan III (yang digelar Ivan The Great) sebagai raja bersama. Anaknya itu saat itu (1453) berusia 13 tahun. 

Apabila Vasily II mangkat pada tahun 1462, Ivan III mengambil alih kekuasaan sepenuhnya. Kehilangan kekuasaan Kristian Orttodok akibat kejatuhan Kostantinopel menyebabkan terdapat kempen agar legasinya diteruskan di Moscow dengan menjadikan Moscow sebagai Kota Rom yang ketiga. Sementelahan pula, Ivan III telah mengahwini anak saudara maharaja terakhir Byzantine( Constantine XI Palaiologos) yang bernama Zoe Palaiologina. Perkahwinan itu menjadikan tradisi istina Bayzantine di bawa ke Moscow.

Kisah perkahwinan Zoe Palaiologos (yang kemudiannya dikenali Sophia) bermula daripada kisah pelariannya meninggalkan wilayah Morea yang diperintah ayahnya kerana ditawan Sultan Muhammad Al-Fatih. Dia dan adik beradiknya lari ke Rom dan dijaga oleh Paus Paul II , ketua Krintian Katolik di Vetican City. Zoe menampilkan dirinya sebagai penganut Katolik sehingga Paus Paul II pun merencana perkahwinan dengan Putera Agung Moscow , Ivan III yang bari kematian isteri.  Harapan Paus Paul II adalah untuk menjadikan  ia jambatan penyatuan antara gereja Katolik Barat dengan Gereja Ortodok Timur. 

Namun, yang berlaku adalah tidak seperti yang dikehendaki Paus. Apabila Zoe tiba di Moscow dia kembali menjadi penganut Ortodok yang menjadi agama leluhurnya. Zoe atau Sophia  itu mempunyai pengaruh besar dalam istana Moscow. Dia menerapkan adat istiadat Byzantine menggantikan adat istiada Muskovit. Dia juga mengangkat lambang helang berkepala dua yang digunakan kerajaan Byzantine dulu untuk dijadikan lambang kerajaan di Moscow.

Sophia melahirkan 11 anak. Antara anaknya itu ialah Vasily III yang naik tahta pada tahun 1505 apabila Ivan III mangkat. Dia menjadi Putera Agung Moscow sehingga mangkatnya pada tahun 1533. Setelah itu anaknya Ivan IV (dikenali Ivan The Terrible)-Ivan yang ganas, naik tahta.

Ivan IV adalah Putera Agong Moscow yang pertama menggunakan gelaran Czar/Tsar.

Pemerintahan pada peringkat awal sangat disukai rakyat  dan cemerlang. Dia meluaskan kekuasaan dan membuat pelbagai reformasi dalam negara. Namun, apabila isterinya Anastasia Ramanovna mati pada tahun 1560, dia mengalami gangguan mental atau lebih tepat terperangkap dalam paranoia. Dia menuduh ada kalangan bangsawan yang bunuh isterinya dan mahu menjatuhkannya. Ini menjadikan dia menjadi ganas dan sukar diduga tindakannya. 

Sebenarnya perkataan Terrible yang disandarkan kepadanya asalnya adalah terjemahan kata "Grozny" da;am bahasa Rusia  yang bermaksud hebat, berkuasa dan ditakuti musuh. Ia adalah satu bentuk pujian dan sanjungan. Tapi bile diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, ia menjadi terrible, satu gambaran negatif. Walaubagaimanapun, jika dilihat perubahannya pada akhir kekuasaannya, gelaran teriible itu ada benarnya.

Apabila Ivan IV mangkat pada 1584, anaknya yang bernama Feodor naik tahta dan memerintah hingga tahun 1598. Namun, Feodor seornag raja yang tidak berfungsi. Mujur ada abang iparnya(Boris Godonov) yang bijak memerintah , menguruskan negara bagi pihaknya. Sementara Feodor seorang yang wataknya lemah lembut, kristian yang taat dan banyak berdoa di gereja. 

Apabila Feodor mangkat tahun 1598, Boris Godonov menonjolkan dirinya sebagai Tsar kerana Feodor tiada pewaris. Melalui pengiktirafan oleh Zemsky Sabor ( Perhimpunan Kebangsaan Rusia yang terdiri daripada golongan bangsawan, paderi, dan rakyat  ), dia akhirnya dinaikkan jadi Tsar walaupun dia bukan dari keturunan Rurik. 

Naiknya beliau jadi Tsar tidak membawa kestabilan panjang. Masalah timbul apabila muncul seorang yang mengaku sebagai Putera Dmitry(iaitu anak Ivan IV) yang terselamat daripada konspirasi bunbuh oleh Boris Godoniv.

Ia disebut dalam sejarah sebagai Dmitry palsu kerana dia sebenarnya adalah seorang rahib pelarian bernama Grigory Otrepyev. Tentera Poland dan Masyarakat Petani Rusia menyokong kempennya melawan Tsar Boris.

Pada tahun 1605, Boris Godonov mabkat kerana serangan jantung Dia digantikan pula oleh anaknya iaitu Feodor II sebagai Tsar. Namun, dia tidak lama sebagai Tsar. Dmitry palsu telah mula memasuki Moscow dan tentera Rusia berpaling tadah meninggalkan Feodor II. Dia dan ibunya telah ditangkap dan dibunuh dengan kejam.

Kemudian Dmitry Palsu itu pun jadi Tsar. Namun, dia hanya bertahan sekitar 11 bulan. Dia akhirnya jatuh digulingkan rakyat pada tahun 1606 kerana kepalsuannya sebagai anak Ivan IV kelihatan. Antaranya dia tidak mengamalkan adat-adat Tsar tradisonal dan cuba memasukakn anasir katolik ke dalam istana.

Kematian Dmitry Palsu itu penuh dengan penghinaan. Dia dibunuh dan ditelanjangkan serta dipamerkan. Dia ditanam kemudiannya digali semula dan mayatnya dibakar jadi abu. Abu itu dicampur dengan ubat bedil meriam dan ditembak menghala ke Poland. 

Selepas matinya Dmitry palsu, kita menyaksikan kemuculan Dmitry palsu II dan III yang masing-masing mengaku legitimasi masing-masing dengan berandalkan anak Ivan II. 

Suasana kacaU inilah yang membawa kepada bangkitnya dinasti baru yang akan kita bicarakan nanti iaitu DINASTI RAMANOV yang akan meneruskan legasi Tsar Rusia seterusnya sehingga tamat pada Tsar Rusia yang terakhir.

No comments:

Post a Comment

SEJARAH KEMUNCULAN TSAR RUSIA

 Pada tahun 1453, kerajaan Byzantine tamat apabila ibu kotanya Kostantinopel jatuh ke tangan Khilafah Othmaniyah.. Ketika itu, di Moscow ber...