Menceritakan tenteng satu kes yang difatwakan cara penyelesaian mengikut kaedah "HELAH", Ibn Battah menulis kitab ini.
Kesnya begini:
Seorang lelaki bersumpah untuk bunuh seseorang yang lain. Kalau dia tidak bunuh lelaki orang itu, isterinya tertalak 3. Setelah itu dia menyedari kelancangannya dan mana mungkin dia membuinuh orang itu. Perbuatan membunuh itu sendiri adalah HARAM.
Lalu dia mencari mufti dan dikeluarkan cara penyelesaiannya.
Lelaki itu hendaklah suruh isterinya minta cerai secara khlu'. Setelah itu sumpahnya tidak lagi berguna kerana dia sudah tiada isteri. Nak cerai talak 3 macam mana? Isteri pun dah tak ada. Lalu selepas itu lelaki itu berkahwin semula dengan bekas isterinya itu dengan akad yang baru. Dengan helah sedemikian, ceraia talak 3 tak jatuh dan sumpah tak dilangggar.
Ada mufti zaman Ibn Battoh beri cara ini. Cara ini adalah HELAH nak lari daripada ketetapan syarak.
Maka Ibn Battoh mengerang kitab ini mengkritik perbuatan mencari HELAH dalam agama.
No comments:
Post a Comment