Friday, August 28, 2026

IBN BATTOL

Abū al-Ḥasan ʿAlī ibn Khalaf ibn ʿAbd al-Malik ibn Baṭṭāl al-Bakrī al-Qurṭubī al-Andalusī al-Mālikī.

Beliau dikenali sebagai Ibn Baṭṭāl / ابن بطّال dan merupakan seorang muhaddith (ahli hadis), faqih dan qadi bermazhab Maliki. Sumber manuskrip juga menyebut beliau dengan gelaran al-Muḥaddith.

Beliau meninggal dunia pada: 449 Hijrah / 1057 Masihi di Valencia (بلنسية), Andalus.

Ibnu Battal ialah seorang muhaddith dan faqih Maliki dari Andalus yang menjadi antara perintis terpenting dalam mensyarahkan Sahih al-Bukhari, khususnya dengan menggabungkan syarah hadis, fiqh al-hadith dan perbandingan pandangan fuqaha.

Karya terpenting beliau adalah Syarah Saheh Bukhari di mana beliau menggunakan pendekatan ekstrak hukum fekah daripada hadis-hadis Bukhari. Walaupun beliau adalah ulama Mazhab Maliki, beliau membawakan pandangan mazhab lain dan membandingkan hujjah-hujjah mereka.



Baca: Syarah Saheh Bukhari Oleh Ibn Battol

Beliau adalah antara ulama terawal yang mengembangkan pengajian hadis melalui pendekatan Fiqhul Hadis. Beliau bukan sahaja meriwayatkan hadis lalu menerangkan statusnya samada saheh, daif hasan atau sebagainya. Beliau membedah hadis dari sudut fekah, akidah dan sebagainya.


Ada nama lain yang hampir sama tetapi tokoh berbeza iaitu:


1) Ibn Battoh

2) Ibn Batuta

No comments:

Post a Comment

KISAH JOAN OF ARC

Joan of Arc dilahirkan sekitar tahun 1412 di Domrémy, sebuah perkampungan di wilayah timur laut Perancis. Nama Perancisnya ialah Jeanne d...