Beliau adalah putera sulung Sultan Alauddin Muhammad Syah Al-Khawarizmi. Munkabirati kekadang disebut Mengübirni atau Mingburnu. Walaupun dia anak sulung Sultan, tetapi Sultan punya isteri yang paling berpengaruh dalam kalangan istana kesultanan iaitu Turkan Khatun. Anak-Anak Sultan Alauddin Muhammad dengan Turkan Khatunlah yang disebut-sebut bakal mewarisi kerajaan. Namun, apabila Sultan Alauddin Muhammad kalah dalam serangan Mogol dan akhirnya lari dan meninggal senderian di pulau laut Kaspian, tiada anak-anak Sultan yang mampu memimpin perjuangan melawan Mongol sehebat Jalaluddin Munkabirati.
Jalaluddin muncul sebagai pahlawan yang mempin perjuangan pembebasan.
Kerajaan Khawarizmi itu ibu kotanya adalah Gurganj. Di kala tentera Mongol sedangn mengepung ibu kota itu, Jalaluddin berkira-kira mahu ke sana bagi memeprtahannkannya. Namun, pengaruh anak-anak Sultan Alauddin dari Turkan Khatun kuat di sana. Para panglima perang mendokong emreka dan pergi ke sana boleh membawanya jadi mangsa musuh dalaman. Lalu, Jalauddin Munkabirati menuju Ghazna (Dalam wilayah Afghanistan hari ini) dan membina kekuatan di sana.
Apabila Genhiz Khan tahu Jalauddin Munkabirati membina kekuatan di Ghazna, beliau menghantar tentera dipimpin oleh Shigi Qutuqu. Meletuskan peperangan yang dinamakan Peperangan Parwan pada tahun 618H. Pasukan tenetra Jalaluddin Munkabirati menempa kemenangan dalam peprang ini. Kemenangan ini membuka mata ramai orang bahawa tentera Mongol bukan kebal dan tak terkalahkan. Sokongan buat Jalaluddin pun bertambah.
Namun, struktur kerajaan Khawarizmi sebenarnya telah reput. Kalangan Panglima tentera yang ada dalam pasukan Jalaluddin itu sendiri disaluti ketamakan kepada harta. Kemenangan di Parwan membawa perselisihan dalam pembahagian harta rampasan perang yang kemudiannya membawa kepada perpecahan dalaman.
Genhiz Khan sendiri, apabila tentaranya di kalahkan, dia memimpin pasukan baru dan memburu Jalaludin. Jalauddin terpaksa berundur huingga ke pinggir sungai Indus di India Barat laut. Di sana Jalaluddin dan tenteranya dikalahkan. Namun, Jalaluddin tak rela dirinya ditangkap. Ketika tentera Genhiz Khan mengejarnya, dia dengan kudanya terjun dalam sungai Indus dan disaksikan sendiri oleh Genhiz Khan. Genhiz Khan sememangnya mengkagumi keberanian jalaluddin itu.
Jalaluddin hilang tanah pusakan leluhurnya. Khawarizmi. Di semberang Sungai Indus, Jalaluddin membina kekuatan dengan saki baki tentera yang setia dengannya. Dia menguasai beberapa wilayah Punjab dan pernah mencetak magtawang dengan namanya di sana. Namun, hatinya masih terkenang kerajaan nenek moyangnya.
3 tahun kemudian dia taleh kembali ke Parsi dan di sana dia bertemu saudaranya Ghiyathuddin Pirsyah yang mempunyai kekuasaan dan menmguasai beberapa wilayah. Jalauddin mengambil alih kekuasaan dan cuba membina kembali kerajaan Khawarizmi. Dalam usahanya, dia berjaya menawan beberapa kawasan seperti Kerman , Fars dan Azerbaijan. Selanjutnya beliau menyerang Gergioa dan ibukotanya Tbilisi jatuh ke tangannya pada 1226. Ada catatan menyebutkan tentang kekejamannya atas warga kota itu apabila jatuh ke tangannya. Pembunuhan besar-besaran atas penduduk kota dilakukannya.
Kemenangan Jalaluddin tidak membuka jalan buatnya untuk menyatukan kekuatan. Masing-masing ada kepentingan. Masing-masing juga takut dan curiga. Ayyubiyyah dan Seljuk Rom juga tidak mahu tunduk kepadanya. Bahkan terjadi perang gabungan 2 kerajaan itu dengan Jalaluddin membawa kepada Peperangan Erzoncan pada tahun 1230. Jalaluddin mengalami kekalahan dan terpaksa berundur.
Sudahlah kalah perang, Mongol pula datang memburunya. Jalaluddin terpaksa berundur hingga ke pergunungan Kurdish. Di sanalah Jalaludidn menemui geruhnya. Berhampiran dengan Mayyafariqin, di tangan seornag lelaki Kurdish, Jalaluddin mati dibunuh.Puncanya dikatakan dendam lelaki Kurdish itu kerana saudara mati dibunuh Jalaluddin.
Dengan matinya Jalaluddin, kita dapat putuskan bahawa Kerajaan Khawarizmi telah benar-benar tamat riwayat. Namun, tamatnya riwayat kerajaan Khawarizmi menimbulkan diaspora baru. Tentera-tenteranya bercempera mencari dahan baru . Sebahagiannya muncul dalam kerajaan Ayyubiyyah dan kemudiannya kerajaan Mamluk. Di sela-sela penentanggan terhadap Mongol di Ain jalut, ada unsur Khawarizmi yang mendokong penentangan terhadap Mongol.
Semata-mata rakyat Mesir, tak mampu menepis kemaraan Mongol.
No comments:
Post a Comment