Saturday, November 18, 2023
Perjanjian Sykes-Picot
Friday, November 17, 2023
SEBUAH NEGERI BERNAMA SURIAH
Perang Dunia Pertama (1914 hingga 1918) ,4 negara yang disebut sebagai Kuasa Pusat (Central Power) mengalami kekalahan iaitu Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Turki Othmaniyyah. Manakala negara-negara yang disebut sebagai Negara Bersekutu (Allies Power) iaitu, Perancis, United Kingdom, Rusia, Amerika, Itali dan Jepun telah memenangi perang.
Dalam tempoh awal abad ke 20, masing-masing negera , termasuk wilayah-wilayah kekuasaan mencari pihak masing. Negeri-negri Islam yang bearada di bawah Turki Othmaniyyah seperti Nejad, Baidah an Asir mendapat sokongan British untuk memberontak melawan Turki Othmaniyyah.
Ia adalah sebuah kebangkitan dan perlawanan terhadap penjajahan Perancis. ia digerakan oleh para pemberontak kawasan Pergunungan Huran yang merupakan permukiman puak Druz. Pemimpin pemberontakan adalah Sultan Basya Al-Atrasy yang merupakan seorang Drus. Kebangkitannya melawan Perancis memanggil pelbagai puak lain bergabung dan berjuang di bawah kepimpinannya. ia adalah reaksi ke atas tindakan penjajah Perancis yang memaksa untuk membentuk pemerintahan yang berpecah kepada beberapa wilayah berdasarkan puak. Perjuangan ini berlanjut hingga pada akhirnya dapat menamatkan penjajahan Perancis pada tahun 1946.
Tuesday, November 14, 2023
Sejarah terbinanya Kerajaan Saudi.
Kota Ad-Dar'iyyah dari segi sejarahnya diasaskan pada trahun 1446 oleh Mani' bin Rabi'ah Al-Muridi (Datuk ke-13 King Abdul Aziz bin Abdurrahman ). Beliaulah yang meletakkan batu asas pembinaan kota Ad-Dar'iyyah yang kemudiannya menjadi penempatan ramai dan persinggahan para kafilah perdagangan dan haji yang menuju ke Makkah. Pada tahun 1744, Muhammad bin Sa'ud menjadi pemimpin Dar'iyah dan beliau mempunyai wawasan besar untuk menjadikannya sebagai awal kepada penubuhan kerajaan Sa'udiyyah. Kemunculan kuasa di tengah Semenanjung Arab ini membimbangkan kerajaan Othmaniyyah, terutama apabila wilayah taif dapat dikuasai kerajaan Da'iyyah.
*Abdurrahman bin Faisal dikira sebagai penguasa terakhir kerajaan keluarga Saud siri ke-2. Ketika matinya ayahnya Faisal bin Turki, umurnya baru 14 tahun. Abdurrahman banyak mendalami ilmu syriat dari ulama-ulama hebat pada masa itu antaranya Syeikh Abdullatif bin Abdurrahman. Kematian ayahnya pada tahun 1866 membawa kepada dilantiknya abangnya yang bernama Abdullah bin Faisal sebagai pengganti. Akan tetapi berlaku pemberontakan oleh saudaranya yang lain iaitu Saud bin Faisal. Saud bin Faisal menguasai Ihsaa dan pada tahun 1971, Abdullah bin Faisal dipecat dari kepimpinan.Pendiran Abdurrahman bin Faisal dalam krisis keluarga ini adalah pendirian para ulama ketika itu iaitu menyokong dan memberi bai'ah kepada Saud bin Faisal. Abdullah bin Faisal lari minta tolong kepada kerajaan Othmaniyyah. Peluang ini diambil oleh kerajaan Othmaniyyah untuk menguasai Ihsaa. Masalah dalam keluarga Saud ini juga memberi peluang kepada Keluarga Ar-Rasyid untuk menguasai beberapa kawasan Najad. Daalnm situasai ini, keluarga Saud terpaksa lari berlindung di Kuwait. Mereka terbuang sehinggalah anak Abdurrahman bin Faisal, iaitu Abdul Aziz bin Abdurrahman dapat membina kembali kekuatan dan menguasai kota-kota di Najd dan menewaskan Keluarga Ar-Rasyid. Berkat anaknya itu, keluarga Saud kembali berkuasa dan Aburrahman bin faisal dapat kembali ke Riyadh dan diserahkan kembali kekuasaannya yang dulunya hilang. Namun, melihat kemampuan anaknya, Abdurrahman dengan rela hati tanazul daripada kepimpinan untuk diserahkan kepada anaknya yang kelak dicatat sebagai pengasas Kerajaan Arab Saudi Moden yang berlangsung sehingga hari ini. Kerajaan Arab Saudi moden adalah siri ke-3 daripada urutan jatuh bangun usaha keluarga Saud untuk bertapak sebagai penguasa di Tanah Arab.
*Abdul Aziz bin Abdurrahman bin Faisal Ali Saud adalah pengasas kerajaan Saudi Moden yang ada hari ini. Setelah kekalahan Abdurrahman bin Faisal bin Turki di tangan Muhammad bin Abdullah Ar-Rasyid, Abdul Aziz bersama keluarganya mendapat suaka politik di Kuwait dan diberi pelindungan oleh Syeikh Kuwait yang bernama Muhammad As-Sobah.
Raja-raja Jordan
Dulu, Kerajaan Otmaniyyah menguasai tanah Hejaz termasuk Mekah dan Madinah. Di Mekah, kerajaan Othmaniyyah meletakkan Syarif Hussain sebagi wakilnya. Namun, kemudiannya Syarif Hussain memimpin pemberontakan Arab menentang Othmaniyyah
Namanya Al-Hussain bin Ali bin Mhammad Al-Hasyimi, dilahirkan di Istambul pada tahun 1853. Mulanya dia mengisi masa kecilnya di Istambul dan kemudian berpindah ke makkah dan tinggal bersama pakciknya. Pakciknya memberikan beberapa peranan kepadanya. Taujihat beliau adalah membebaskan Bangsa Arab dari pengaruh asing dan kemudiannya melebar kepada memerdekakan Hijaz dari kekuasaan Othmaniyyah. Kerana ada krisis antaranya dengan pakciknya Aun Arrafiq, dia disingkirkan ke Isrambil pada tahun 1893, namun pada tahun 1909 dia dihantar oleh Othmaniyyah ke Mekah sebagai Emir Oleh Khalifah Sultan Abdul Hamid atas keperayaannya dan di situlah dia mula mengajak ke aras kemerdekaan total Semenanjung Arab dari Othmaniyyah.
![]() |
| Syarif Al-Hussain bin Ali |
Baca: Wiki
Selepas Perang Dunia Kedua, bapanya Syarif Hussain memimpin Pemberontakan Arab melawan kerajaan Othmaniyyah pada tahun 1916. Abdullah I turut serta dalam perlawanan gerila melawan kerajaan Otmaniyyah. Setelah dapat menyingkirkan pengaruh Othmaniyyah di Hijaz, Abdullah I menubuhkan Emiriyah Transjordan dan menjadi wilayah naungan British.
Abdullah I mati terbunuh ketika berada di Jurusalem dan sedang bersiap untuk solat Jumaat di Masjidil Aqsa Pembunuhnya adalah seorang Nasionalis Palastin. Cucunya, Hussain yang ikut sertanya terselamat daripada pembunuhan tersebut. Upaya pembunuhan itu adalah didasarkan kepada tindakan normalisasi hubungan dengan Israel yang diikuti oleh Raja Abdullah I.
![]() |
| Raja Abdullah I bin Syarif Hussain |
Posisinya digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Talal, namun dia tidak lama atas tahta. Sumber-sumber menyebutkan bahawa beliau ada keecenderungan anti-british dan ini menyebabkan kerja-kerja orang dalam agar dia disingkirkan dan digantikan dengan anaknya Hussain yang ketika itu belum cukup umur.
![]() |
| Raja Husain bin Talal |
Hussain adalah generasi ke-40 keturunan Rasulullah SAW.
Dia memerintah selama 46 tahun
Semasa Perang 6 Hari dialah raja Jordan.
Raja Jordan pada masakini adalah raja Abdullah bin Raja Hussain. Dia naik tahta pada 7 Januari 1999 hingga sekarang . Ibunya adalah wanita British yang berkahwin dengan raja Hussain bernama Muna. Muna adalah isteri ke-2 raja Hussain.
![]() |
| Raja Abdullah II bin Raja Hussain |
Raja Abdullah II punya anak sulung dengan isterinya Puteri Rania iaitu Putera Hussain yang kini diangkat sebagai Putera Mahkota Jordan.
![]() |
| Putera Hussain bin Raja Abdullah II |
Akan disambung...............
Sunday, November 12, 2023
Pembunuhan Anwar Saadat, Presiden Mesir.
Muhammad Anwar Saadat adalah Presiden Ketiga Mesir. Dia merupakan Presiden Mesir yang menggerakkan Operasi Badar yang membawa tentera Mesir menyemberang Terusan Suez dan mengambil alih sebahagian kecil Semenanjung Sinai yang telah dikuasai Israel sejak Perang 6 Hari pada tahun 1967. Operasi ini kemudiannya membawa kepada terjadi Perang Yom Kippur antara 6-25 Oktober 1973.
Catatan: Presiden Pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, setelah Raja Farouk daripada Dinasti Muhammad Ali ditumbangkan oleh pemberontakan tentera pada tahun 1952. Naguib menjeaid Presiden hingga dia melepaskannya pada tahun 1954. Selepas dua tahun, iaitu pada 1956, Gamal Abdul Nasir dipilih sebagai Presiden Mesir dan terus menjawatnya hingga tahun 1970 apabila dia tiba-tiba meninggal dan usianya ketika itu 52 tahun. Jawatan Presiden Mesir kemudiannya dipegang oleh Anwar Saadat hingga dia mati terbunuh pada tahun 1981. Seterusnya Hosni Mubarak jadi presiden Mesir selama 30 tahun. Selepas itu Kuasa Tentera memerintah Mesir sehingga pilihanraya diadakan dan dimenangi oleh Ikhwanul Muslimin dan Mohammed Mursi diangkat menjadi Presiden pada 30 Jun 2012. Namun, cukup setahun , dia dugulingkan pada 3 Julai 2013 melalui satu Demonstrasi Awam besar-besaran membantah pemerintahannya. Abdul Fattah As-Sisi yang merupakan Menteri Pertahanan pentadbiran Mohammad Mursi mengambil alih pemerintahan dan kemudian memenangi kerusi kepresidenan Mesir pada 8 Jun 2014. Pada tahun 2018, Abdul Fattah As-Sisi sekali lagi dipilih sebagai Presiden Mesir. Pada April 2019, Parlimen Mesir meminda penggal kepresidenan Mesir dari 4 tahun menjadi 6 tahun. Dengan itu, Abdul Fattah As-Sisi diizinkan untuk bertanding lagi sebagai Presiden Mesir pada tahun 2024 bagi penggal ketiganya.
Tentera Mesir berjaya menguasai Semenanjung Sinai kembali tetapi serangan balas Israel kemdiannya membuat Mesir kewalahan. Presiden Anwar Saadat akhirnya menawarkan Perjanjian Damai yang membawa kepada ditandatangani Persetujuan Kem David. Anwar Saadat dan Perdana Menteri Israel Menachen Begin dianugerahkan Hadiah Nobel Kemananan pada tahun 1978.
Tindakan Anwar Saadat itu menimbulkan kontroversi di kalangan negara-negara Arab dan keanggotaan Mesir dalam Liga Arab digantung. Presiden PLO Yasir Arafat menolak perjanjian Kem David dan mengutuknya. Kumpulan-kumpulan Jihad Islam menyifatkan Anwar Saadat telah mengkhianati ummat Islam.
Pada 6 Oktober 1981, di Kota Kaherah diadakan Sambutan Perarakan Kemenangan Operasi Badar dan Anwar Saadat hadir. Pada hari itulah dia menemui geruhnya dan telah dibunuh. Pembunuh utamanya dinamakan Leftenan Khalid Islambouli. Pembunuhan tersebut juga dilakukan bersama 4 individu lain iaitu Hussain Abbas, Muhammad Abdussalam Farraj, Abdul Hamid Abdussalam dan Ato Toyil Hamidah Syanqa. Semua mereka dihukum bunuh. Sementara ada seramai 17 tersangka yang lain dipenjara. Hosni Mubarak yang merupakan ornag kanan kepada Anwar Saadat ketika itu mengambil alih jawatan Presiden dan dia bertindak menangkap ratusan orang yang diduga terlibat. Maka ramailah tokoh-tokoh gerakan Islam dilihat sebagai ancaman dan penindasan atas mereka dijalankan selama 30 tahun pemerintahannya.
Menurut ibu kepada Khalid Islambouli, anaknya mati Fi Sabilillah dan dia membunuh Anwar Sadat kerana Anwar Sadat telah menjadi kafir disebabkan mengkhianati ummat Islam dan mewalakkan ketaatannya kepada Amerika dan Yahudi. Sesiapa yang memberi walak kepada orang kafir, maka dia kafir. Dia mengambil fatwa halal membunuh itu daripada Syeikh Abdullah As-Samawi salah seorang pimpinan gerakan kebangkitan Islam dan daripada seorang pendakwah terkenal masa itu iaitu Syeikh Abdul Hamid Kasyk.
![]() |
Catatan Tambahan: Khalid Islambouli , nama penuhnya adalah Khalid Ahmad Syauqi Islambouli. Beliau lahir pada 15 Januari 1958 dan meninggal dihukum bunuh dengan tembakan pada 15 April 1982.
Saturday, November 11, 2023
PERANG 6 HARI ARAB ISRAEL
Tulisan ini adalah catatan "on research" yang bertujuan memamami sejarah konflik Arab -Israel.
Ia ditulis secara berselerak dan disusun kemudian, Insya Allah.
Pada 5 Jun 1967, Rantau Timur Tengah menyaksikan satu peperangan yang di kenali dengan Perang 6 Hari di antara negara haram Israel dengan negera-negara jirannya dari kalangan negara-negara Arab.
Di satu pihak ialah negara haram Israel dan di satu pihak lagi ialah negera-negara Arab iaitu Syria, Iraq, Jordan dan Mesir.
Perang ini menatijahkan penguasaan Israel ke atas Gaza, Semenanjung Sinai, Bukit Golan dan Tebing Barat.
Kekalahan pakatan Arab amat memalukan dan banyak kehilangan nyawa dan aset ketenteraan menimpa negara Arab. Bahkan mengalami kehilangan wilayah yang mengubah sempadan peta untuk masa-mas aberikutnya.
Peperangan ini dimenangi ISrael dan kemenangan Israel itu memakan korban nyawa sebanyak 20.000 orang Arab dan 800 orang Israel dalam 132 jam pertempuran.
Susulan kekalahan dalam Perang 6 Hari, para pemimpin negara Arab terbabit memngadakan pertemuan di Khartoum pada Ogos 1967 dan mengambil ketetapan yang berbunyi: TIADA PERDAMAIAN, TIADA PENGIKTIRAFAN DAN RUNDINGAN DENGAN ISRAEL.
Ini kemudiannya membawa kepada meletusnya perang pada tahun 1973 yang dikenali dengan Perang Yom Kipppur atau disebut juga Perang Ramadhan.
Bacaan :bbc.com
Punca peperangan:
-Mesir melakukan sekatan ekonomi dan menutup laluan Selat Tiran. Tujuannya untuk menglang pengimpotan sumber ke Teluk Aqaba. Israel melihat tindakan itu sebagai Cassus Belli (Sebab yang membolehkan Perang).
-Presiden Jamal Abdul Naseer melakukan tindakan nasionalisasi Terusan Suez.
-Peranan Soviet yang sedang dalam Perang Dingin dengahn US.
-Isu air sungai Jordan yang alirannya masuk ke Laut Galilee ( Tasik Tiberias). Israel dan Jordan masing-masimg melihat kepentingan aliran air itu dan berebut mengenainya.
Renungan:
Kekalahan Pakatan Arab dalam Perang 6 Hari itu merupakan pengalaman yang sentiasa diingat oleh para pemimpin Arab agar tidak semberono dalam tindakan mereka terhadap Israel. Kehilangan wilayah yang ditanggung itu lebih besar akibatnya.
Keranaitu, kita harus faham kenapa rakyat Palestin seperti berjuang sendiri untuk negara mereka.
Namun, kemenangan melawan Israel tidak akan diperolhi dari negera-negera tetangga Palestin. Tidak dari Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Mereka tidak punya kekuatan untuk mengoncak kesombongan Israel. Yang mampu adalah pasukan jihad yang todak mewakili negara tetapi mewakili seamangat Islam dan menjadi tentera-tentera pembela agama Allah. Di tangan merekalah akan ada kemenangan!
Lanjutan Perang 6 hari.
Catatan Perang Yom Kippur 1973
-PBB menjadi orang tengah untuk perjanjian damai
-Mesir dapat kembali Semenanjung Sinai yang dikuasai Israel sejak kalah perang dengan Israel dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967.
-Syria pula mendapat kembali haknya Dartaran Tinggi Golan
-Perang Yom Kippur tidak menjadikan Pakatan Negara Arab Menang secara ketenteraan.
-Pakatan Negera Arab telah menggukan kuasa minyak yang mereka ada untuk memaksakan negara Amerika untuk menekan Israel.
-Presiden Anwar Sadat yang kemudiannya mengadakan hubungan dengan Israel diplomatik melaui Perjanjiajn Camp David pada 17 sept 1978 telah dibunuh oleh Khalid Islamboulli.
Thursday, November 2, 2023
RAJA DARIUS THE GREAT
Disebut Darius I dan dikenali juga Darius The Great. Beliau adalah pemerintah Empayar Achaemenid yang ke-3 dan pemerintahannya berlangsung antara tahun 522SM hingga 486SM. Pada masanya Empayar Achaemenid berada di kemuncak keluasan wilayahnya. Dari Utara Afrika sebelah barat hinggalah ke lembangan Indus di sebelah Timur. Beliau naik tahta setelah menggulingkan raja kedua Achaemenid, bernama Gaumata yang mengaku sebagai Bardiya yang merupakan adik kepada Cyruss II.
Pada masa Darius I ini berlaku Perang Marathon iaitu perang ke atas Greek yang disokong oleh rakyat Athen dan Plataea.
Darius I seorang raja yang cekap dan dia banyak membangunkan jalan perhubungan antara wilayah dalam kekuasaannya. Dia membahagiakan wilayah-wilayah kekuasaan dan diletakkan di bawah gabenor yang dikenali dengan nama Satrap
Kisah Darius banyak disebut dalam kitab Bible.
Ayahnya adalah Hystaspes dan cucu kepada Arsames.
Hystaspes itu adalah seorang Satrap di Bactria dan Persis dan merupakan bapa kepada Darius I, raja kerajaan Achaemenid.
Darius menganut agama Zoroaster dan sangat kuat berpegang dengan ketuhanann AHURA MAZDA.
Ahura Mazda adalah nama bagi Tuhan yang menciptakan alam semesta dalam ajaran Zoaraster. Zoroster itu adalah seorang tokoh spiritual yang mungkin seorang nabi dalam sejarah klasik bumi Parsi.
Zoroaster juga dikenali dengan Zarathustra. Agama Zoarasterisme didokumenkan sebagai agama terawal yang bersifat Tauhid (Monoteis). Pada msa kekuasaan empayar Achaemenid, zoroster menjadi agama dominan di tanah Parsi.
Baca: Wiki
IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA
Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...
-
Syiah Zaidiyyah adalah salah satu cabang golongan Syiah yang mana nama Zaidiyyah itu dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussa...
-
Beliau adalah seorang sahabat Nabi. Nama sebenarnya adalah Imran bin Husain bin Ubaid bin Khalaf bin Abdu Nahim bin Salim bin Ghadhirah bin ...
-
Nama beliau adalah Qotadah bin Di'amah, lahir pada tahun 60H. Dalam kitab tafsir kita akan sering menemui namanya disebut sebagai periw...





.jpg)

.jpg)


.jpg)