Sunday, November 12, 2023

Pembunuhan Anwar Saadat, Presiden Mesir.

Muhammad Anwar Saadat adalah Presiden Ketiga Mesir. Dia merupakan Presiden Mesir yang menggerakkan Operasi Badar yang membawa tentera Mesir menyemberang Terusan Suez dan mengambil alih sebahagian kecil Semenanjung Sinai yang telah dikuasai Israel sejak Perang 6 Hari pada tahun 1967. Operasi ini kemudiannya membawa kepada terjadi Perang Yom Kippur antara 6-25 Oktober 1973.

Catatan: Presiden Pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, setelah Raja Farouk daripada Dinasti Muhammad Ali ditumbangkan oleh pemberontakan tentera pada tahun 1952. Naguib menjeaid Presiden hingga dia melepaskannya pada tahun 1954. Selepas dua tahun, iaitu pada 1956, Gamal Abdul Nasir dipilih sebagai Presiden Mesir dan terus menjawatnya hingga tahun 1970 apabila dia tiba-tiba meninggal dan usianya ketika itu 52 tahun. Jawatan Presiden Mesir kemudiannya dipegang oleh Anwar Saadat hingga dia mati terbunuh pada tahun 1981. Seterusnya Hosni Mubarak jadi presiden Mesir selama 30 tahun. Selepas itu Kuasa Tentera memerintah Mesir sehingga pilihanraya diadakan dan dimenangi oleh Ikhwanul Muslimin dan Mohammed Mursi diangkat menjadi Presiden pada 30 Jun 2012. Namun, cukup setahun , dia dugulingkan pada 3 Julai 2013 melalui satu Demonstrasi Awam besar-besaran membantah pemerintahannya. Abdul Fattah As-Sisi yang merupakan Menteri Pertahanan pentadbiran Mohammad Mursi mengambil alih pemerintahan dan kemudian memenangi kerusi kepresidenan Mesir pada 8 Jun 2014. Pada tahun 2018, Abdul Fattah As-Sisi sekali lagi dipilih sebagai Presiden Mesir. Pada April 2019, Parlimen Mesir meminda penggal kepresidenan Mesir dari 4 tahun menjadi 6 tahun. Dengan itu, Abdul Fattah As-Sisi diizinkan untuk bertanding lagi sebagai Presiden Mesir pada tahun 2024 bagi penggal ketiganya.

Tentera Mesir berjaya menguasai Semenanjung Sinai kembali tetapi serangan balas Israel kemdiannya membuat Mesir kewalahan. Presiden Anwar Saadat akhirnya menawarkan Perjanjian Damai yang membawa kepada ditandatangani Persetujuan Kem David. Anwar Saadat dan Perdana Menteri Israel Menachen Begin dianugerahkan Hadiah Nobel Kemananan pada tahun 1978.

Tindakan Anwar Saadat itu menimbulkan kontroversi di kalangan negara-negara Arab dan keanggotaan Mesir dalam Liga Arab digantung. Presiden PLO Yasir Arafat menolak perjanjian Kem David dan mengutuknya. Kumpulan-kumpulan Jihad Islam menyifatkan Anwar Saadat telah mengkhianati ummat Islam.

Pada 6 Oktober 1981, di Kota Kaherah diadakan Sambutan Perarakan Kemenangan Operasi Badar dan Anwar Saadat hadir. Pada hari itulah dia menemui geruhnya dan telah dibunuh. Pembunuh utamanya dinamakan Leftenan Khalid Islambouli.  Pembunuhan tersebut juga dilakukan bersama 4 individu lain iaitu Hussain Abbas, Muhammad Abdussalam Farraj,  Abdul Hamid Abdussalam dan Ato Toyil Hamidah Syanqa. Semua mereka dihukum bunuh. Sementara ada seramai 17 tersangka yang lain dipenjara. Hosni Mubarak yang merupakan ornag kanan kepada Anwar Saadat ketika itu mengambil alih jawatan Presiden  dan dia bertindak menangkap ratusan orang yang diduga terlibat. Maka ramailah tokoh-tokoh gerakan Islam dilihat sebagai ancaman dan penindasan atas mereka dijalankan selama 30 tahun pemerintahannya.


Menurut ibu kepada Khalid Islambouli, anaknya mati Fi Sabilillah dan dia membunuh Anwar Sadat kerana Anwar Sadat telah menjadi kafir disebabkan mengkhianati ummat Islam dan mewalakkan ketaatannya kepada Amerika dan Yahudi. Sesiapa yang memberi walak kepada orang kafir, maka dia kafir. Dia mengambil fatwa halal membunuh itu daripada Syeikh Abdullah As-Samawi salah seorang pimpinan gerakan kebangkitan Islam dan daripada seorang pendakwah terkenal masa itu iaitu Syeikh Abdul Hamid Kasyk.




Catatan Tambahan: Khalid Islambouli , nama penuhnya adalah Khalid Ahmad Syauqi Islambouli. Beliau lahir pada 15  Januari 1958 dan meninggal dihukum bunuh dengan tembakan pada  15 April 1982.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....