Saturday, November 18, 2023

Perjanjian Sykes-Picot




Perjanjian Sykes-Picot adalah penjanjian rahsia yang dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dari Britain dengan François Georges-Picot dari Perancis pada Mei 1916. Perjanjian ini membahagi-bahagikan tanah Arab kepada Britain dan Perancis. Iraq, Syria, Lubnan dan Turki Cilicia diserahkan kepada Perancis manakala Palestin, Jordan, kawasan sekitar Teluk Arab dan Kota Baghdad diserahkan kepada Britain.

Perjanjian tersebut dianggap oleh negara Arab sebagai sebuah pengkhianatan kerana sebelum itu, pada tahun 1915, mereka telah buat perjanjian dengan T.E Lawrence menerusi perjanjian yang dinamakan Perjanjian McMohan di imana pemimpin Arab bersama Tentera Berikat memerangi Tentera Othmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan sebaagai balasannya mereka akan memiliki pemerintahan sendiri setelah menang.

Perjanjian ini, bagi Para Pemimpin Arab yang bersekuti dengan Tentera Berikat untuk memberontak melawan Pasukan Othmaniyyah adalah bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran.

Pemberontakan Para Pemimpin Arab saat itu terhadap Othmaniyyah tidak dapat lari daripada Al-Wala' dan Barra'. Sesungguhnya mereka telah mengubah wala' mereka kepada orang yang beriman dan memalingkannya kepada ornag kafir. Apakah kedudukan bagi sikap sedemikian dari suidut pandang agama.
Sila lihat Surah Al-maidah ayat 51:

 أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Kerana tindakan mereka tidak dibimbing oleh petunjuk Allah, maka mereka tidak meraih kemuliaan daripada apa yang mereka lakukan. Mereka tidak dapat mengangkat harakat keberadaan negara yang mereka bina di depan musuh-musuh Islam dan ia berlangsung sehinggalah hari ini.







No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....