Thursday, November 2, 2023

RAJA DARIUS THE GREAT

Disebut Darius I dan dikenali juga Darius The Great. Beliau adalah pemerintah Empayar Achaemenid yang ke-3 dan pemerintahannya berlangsung antara tahun 522SM hingga 486SM. Pada masanya Empayar Achaemenid berada di kemuncak keluasan wilayahnya. Dari Utara Afrika sebelah barat hinggalah ke lembangan Indus di sebelah Timur. Beliau naik tahta setelah menggulingkan raja kedua Achaemenid, bernama Gaumata yang  mengaku sebagai Bardiya yang merupakan adik kepada Cyruss II.

Pada masa Darius I ini berlaku Perang Marathon iaitu perang ke atas Greek yang disokong oleh rakyat Athen dan Plataea.

Darius I seorang raja yang cekap dan dia banyak membangunkan jalan perhubungan antara wilayah dalam kekuasaannya. Dia membahagiakan wilayah-wilayah kekuasaan dan diletakkan di bawah gabenor yang dikenali dengan nama Satrap

Kisah Darius banyak disebut dalam kitab Bible.

Ayahnya adalah Hystaspes dan cucu kepada Arsames.

Hystaspes itu adalah seorang Satrap di Bactria dan Persis dan merupakan bapa kepada Darius I, raja kerajaan Achaemenid.

Darius menganut agama Zoroaster dan sangat kuat berpegang dengan ketuhanann AHURA MAZDA.

Ahura Mazda adalah nama bagi Tuhan yang menciptakan alam semesta dalam ajaran Zoaraster. Zoroster itu adalah seorang tokoh spiritual yang mungkin seorang nabi dalam sejarah klasik bumi Parsi.

Zoroaster juga dikenali dengan Zarathustra. Agama Zoarasterisme didokumenkan sebagai agama terawal yang bersifat Tauhid (Monoteis). Pada msa kekuasaan empayar Achaemenid, zoroster menjadi agama dominan di tanah Parsi.

 

Baca: Wiki

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....