Dulu, Kerajaan Otmaniyyah menguasai tanah Hejaz termasuk Mekah dan Madinah. Di Mekah, kerajaan Othmaniyyah meletakkan Syarif Hussain sebagi wakilnya. Namun, kemudiannya Syarif Hussain memimpin pemberontakan Arab menentang Othmaniyyah
Namanya Al-Hussain bin Ali bin Mhammad Al-Hasyimi, dilahirkan di Istambul pada tahun 1853. Mulanya dia mengisi masa kecilnya di Istambul dan kemudian berpindah ke makkah dan tinggal bersama pakciknya. Pakciknya memberikan beberapa peranan kepadanya. Taujihat beliau adalah membebaskan Bangsa Arab dari pengaruh asing dan kemudiannya melebar kepada memerdekakan Hijaz dari kekuasaan Othmaniyyah. Kerana ada krisis antaranya dengan pakciknya Aun Arrafiq, dia disingkirkan ke Isrambil pada tahun 1893, namun pada tahun 1909 dia dihantar oleh Othmaniyyah ke Mekah sebagai Emir Oleh Khalifah Sultan Abdul Hamid atas keperayaannya dan di situlah dia mula mengajak ke aras kemerdekaan total Semenanjung Arab dari Othmaniyyah.
Syarif Al-Hussain bin Ali |
Baca: Wiki
Selepas Perang Dunia Kedua, bapanya Syarif Hussain memimpin Pemberontakan Arab melawan kerajaan Othmaniyyah pada tahun 1916. Abdullah I turut serta dalam perlawanan gerila melawan kerajaan Otmaniyyah. Setelah dapat menyingkirkan pengaruh Othmaniyyah di Hijaz, Abdullah I menubuhkan Emiriyah Transjordan dan menjadi wilayah naungan British.
Abdullah I mati terbunuh ketika berada di Jurusalem dan sedang bersiap untuk solat Jumaat di Masjidil Aqsa Pembunuhnya adalah seorang Nasionalis Palastin. Cucunya, Hussain yang ikut sertanya terselamat daripada pembunuhan tersebut. Upaya pembunuhan itu adalah didasarkan kepada tindakan normalisasi hubungan dengan Israel yang diikuti oleh Raja Abdullah I.
Raja Abdullah I bin Syarif Hussain |
Posisinya digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Talal, namun dia tidak lama atas tahta. Sumber-sumber menyebutkan bahawa beliau ada keecenderungan anti-british dan ini menyebabkan kerja-kerja orang dalam agar dia disingkirkan dan digantikan dengan anaknya Hussain yang ketika itu belum cukup umur.
Raja Husain bin Talal |
Hussain adalah generasi ke-40 keturunan Rasulullah SAW.
Dia memerintah selama 46 tahun
Semasa Perang 6 Hari dialah raja Jordan.
Raja Jordan pada masakini adalah raja Abdullah bin Raja Hussain. Dia naik tahta pada 7 Januari 1999 hingga sekarang . Ibunya adalah wanita British yang berkahwin dengan raja Hussain bernama Muna. Muna adalah isteri ke-2 raja Hussain.
Raja Abdullah II bin Raja Hussain |
Raja Abdullah II punya anak sulung dengan isterinya Puteri Rania iaitu Putera Hussain yang kini diangkat sebagai Putera Mahkota Jordan.
Putera Hussain bin Raja Abdullah II |
Akan disambung...............
No comments:
Post a Comment