Friday, November 17, 2023

SEBUAH NEGERI BERNAMA SURIAH


Inilah bumi yang penuh sejarah. Manusia sejak zaman beribu tahun tinggal di sini. Pelbagai konflik dan peperangan telah menyimbahkan ini dengan darah. Bumi ini juga pernah mencapai kemakmuran dan pembangunan yang bersejarah. Inilah Bumi yang dikenali hari ini dengan nama Republik Arab Suriah. Disebut dan ditulis dengan nama Syria.

Kini, presidennya adalah seornag yang bernama Bashar Al-Asad, anak kepada hafiz Al-Asad.

Dia pernah hampir kehilangan kuasa setelah berlaku kecamuk perang hasil dari Perang Saudara dan ditambah pula dengan kebangkitan kumpulan yang dinamakan ISIS. Namun, bantuan dan campurtangan Amerika Syarikat serta Rusia telah mengukuhkan kembali kedudukannya. Pihak yang memberontak dapat ditewaskan. Namun, harganya mahal sekali. banyak nyawa yang terkorban dan banyak pula bangunan yang runtuh ranap. 

Negara  di beberapa kota utamanya jadi seperti dilanggar garuda....bukan garuda...gempa. Bukan gempa...bom...


Senarai pemimpin-pemimpin yang memerintah Republik Arab Syria: Wiki


Sisipan: Politik Iraq

Pada tahun 1920, Kongres Nasional Syria mengistiharkan Faisal bin Hussain sebagai raja untuk Syria dan menolak Hak Mandat Perancis ke atas Syria. Akibatnya Perancis menyerang dan membuang negeri Raja Faisal. Pada Ogos tahun 1821, berdasarkan Konferen Khaerah, British melantik Faisal bin Hussain sebagai raja Iraq di bawah pentadbiran British. Sepanjang pemerintahannya, dia cuba menyatukan antara Sunni dan Syiah yang bertelagah dan  mempromosikan idea Pan-Arab iaitu pemerintahan kebangsaan Arab dari utara Afrika segingga Semenanjung Arab. Tahun 1932, beliau mengetuai tuntutan Irak untuk menamatkan hak Mandat British dan membawa masuk Irak sebaagai anggota PBB. Tahun 1933, Raja Faisal meninggal di Bern, Switzerland akibat serangan jantung pada usia 48 tahun. Dia digantikan oleh anaknya Ghazi bin Faisal. Ghazi menjadi raja Iraq sehingga tahun 1939. Dia mati kerana kemalangan semasa sedang lumba kereta. Dia ada anak namanya Faisal (Faisal II) dan diangkat jadi raja Iraq. Oleh kerana dia masih di bawah umur, maka sepupu dan juga ipar ayahnya yang bernama Abdullah menjadi wakil sehingga tahun 1953. Pada tahun 1958, Faisal II mati terbunuh dalam satu pemberontakan tentera yang dikenali sebagai Revolusi 14 Julai. Kematiannya menamatkan pemerinahan keluarga Hashemiyyah di Iraq dan terbentuknya pemerintahan Republik. Ia juga membatalkan pembentukan Persekutuan Arab Hashemiyyah yang menggabungkan Iraq dan Jordan kira-kira 6 bulan sebelumnya. Republik Iraq yang pertama ditubuhkan tahun 1958 dengan Presidennya ialah Muhammad Najib Ar-Ruba'i dan Perdana Menterinya Abdul Karim Qasim.  Kemudian, berlaku rampasan kuasa pada Februari 1963 (Dikenali dengan nama Revolusi Ramadhan), maka tumbanglah kerajaan Republik yang pertama itu. Selepas itu ketidaktentuan dan rampasan kuasa sering terjadi sehinggalah naiknya Saddam Husain sebagai Presiden Iraq pada tahun 1979. Kemudian pada Disember 2006, Sadam Hussein telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas jenayahnya. Amerika adalah dalang di sebalik kejatuhan Sadam Hussin.

Wilayah Mandat
Perang Dunia Pertama (1914 hingga 1918) ,4 negara yang disebut sebagai Kuasa Pusat (Central Power) mengalami kekalahan iaitu  Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Turki Othmaniyyah. Manakala negara-negara yang disebut sebagai Negara Bersekutu (Allies Power) iaitu, Perancis, United Kingdom, Rusia, Amerika, Itali dan Jepun telah memenangi perang.
Pergolakan dan kelemahan kerajaan Khalifah tatkala itu menyaksikan terlepasnya pegangan Othmaniyyah ke atas negera-negara Arab. Tanah Hijaz mengalami pemberontakan oleh keluarga Saud. Syarif Hussain bin Ali juga memberontak dan dibantu oleh negara barat. Sehingalah mereka mebahagi-bahagikan tanah Arab, khusunya rantau yang disebut sebagai "THE LEVANT" sesama mereka. Perancis mendapat tanah Syria. Pembahagian ini disebut sebagai MANDAT. Dalam bahasa Arab  diistilahkan " intidab".

Wialyah yang dulunya menjadi wilayah negara yang kalah diserahkan kepada negara yang menang sebagai Wilayah Mandat

Syria jadi wilayah mandat Perancis!

Maka, selepas Perang dunia Pertama, wilayah bekas Otmaniah diserahkan kepada negara-negara yang memenagi perang sebagai wilayah MANDAT.

Dalam tempoh awal abad ke 20, masing-masing negera , termasuk wilayah-wilayah kekuasaan mencari pihak masing. Negeri-negri Islam yang bearada di bawah Turki Othmaniyyah seperti Nejad, Baidah an Asir mendapat sokongan British untuk memberontak melawan Turki Othmaniyyah.

Tahun 1922, Perancis mengangkat Subhi Barakat Al-Khalidi sebagai pemimpin Syria mencakup hingga kawasan yang dinamakan Lubnan. Dia adalah orang yang pertama membentuk sebuah negara yang bernama Syria hari ini.



Ia adalah sebuah kebangkitan dan perlawanan terhadap penjajahan Perancis. ia digerakan oleh para pemberontak kawasan Pergunungan Huran yang merupakan permukiman puak Druz. Pemimpin pemberontakan adalah Sultan Basya Al-Atrasy yang merupakan seorang Drus. Kebangkitannya melawan Perancis memanggil pelbagai puak lain bergabung dan berjuang di bawah kepimpinannya. ia adalah reaksi ke atas tindakan penjajah Perancis yang memaksa untuk membentuk pemerintahan yang berpecah kepada beberapa wilayah berdasarkan puak.  Perjuangan ini berlanjut hingga pada akhirnya dapat menamatkan penjajahan Perancis pada tahun  1946.


Sejak Syria berada di bawah penjajahan Perancis mulai 1922, Pemimpin Syria adalah bergantian dalam tempoh yang rata-ratanya singkat. Hatta, ada yang memerintah hanya sehari.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....