Tuesday, November 14, 2023

Sejarah terbinanya Kerajaan Saudi.




Sejarah terbinanya sebuah kerajaan yang menguasai bumi Hijaz hari ini iaitu Kerajaan Saudi harus dimulakan dengan dengan menyebut kemunculan sebuah kota bernama Ad-Dar'iyyah. 

Kota Ad-Dar'iyyah dari segi sejarahnya diasaskan pada trahun 1446 oleh Mani' bin Rabi'ah Al-Muridi (Datuk ke-13 King Abdul Aziz bin Abdurrahman ). Beliaulah yang meletakkan batu asas pembinaan kota Ad-Dar'iyyah yang kemudiannya menjadi penempatan ramai dan persinggahan para kafilah perdagangan dan haji  yang menuju ke Makkah. Pada tahun 1744, Muhammad bin Sa'ud menjadi pemimpin Dar'iyah dan beliau mempunyai wawasan besar untuk menjadikannya sebagai awal kepada penubuhan kerajaan Sa'udiyyah. Kemunculan kuasa di tengah Semenanjung Arab ini membimbangkan kerajaan Othmaniyyah, terutama apabila wilayah taif dapat dikuasai kerajaan Da'iyyah.
Muhammad bin Sa'ud mengasaskan kerajaan Saudi pertama yang dinamakan Imarah Ad-Dar'iyyah pada tahun 1744. Dia disokong dan dibantu oleh seorang tokoh reformis Tanah Arab yang bernama Muhammad bin Abdul Wahab. Setelah masa yang panjang, kawasan Najad pun dapat disatukan di bawah pemerintahan keluarga Saud. Kerajaan Othmaniyyah mengambil langkah mengekang kebangkitan pemerintahan itu dan menitahkan gabenornya di Mesir iaitu Muhammad Ali Basya untuk mengalahkan kerajaan Saudi pertama itu. Beliau telah mengirimkan pasukan tentera Mesir yang dipimpin anaknya Ibrahim bin Muhammad Ali Basya dan dia berjaya menjalankan misinya pada tahun 1818. Dar'iyyah dikepung buat kesekian kalinya dan pemimpin Ad-Dar'iyyah ketika itu Abdullah bin Saud (Dikenali dengan Abdullah bin Saud Al-Kabir), akhirnya menyerah kalah. Dia bersama orang-orang rapatnya ditawan ke Mesir dan kemduian dihantar ke Istambul. Kemudian dia dijatuhkan hukuman bunuh. Dengan itu tamatlah cubaan pertama menegakkan kerajaan Keluarga Saud.


Catatan-catatan Saudi menyebutkan Ibrahim bin Muhammad Ali Basya itu telah melakukan kekejaman di Ad-Dar'iyyah.  Dia membunuh, menangkap para ulama dan membakar kitab-kitab dan makhtutat serta merampas athar nabi dan dihantar ke Istambul. Kisah kehancuran Ad-Dar'iyyah itu ada dalam catatan memoir seorang orientalis bernama George Forste Sadleir,

*Saudara Abdullah bin Saud Al-Kabir, namanya Misyari bin Saud Al-Kabir bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud.

Namun, kemudiannya muncul kembali kerajaan Saudi ke-2 di bawah kepimpinan Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Sa'ud yang telah berjaya mengalahkan pasukan Mesir pada tahun 1824. Kerajaan Keluarga saud yang kedua ini mengalami jatuh bangun sehingga tahun 1891 apabila  Keluarga Ar-Rasyid menewaskannya dan membuang negeri Keluarga Saud ke Kuwait.

*Abdurrahman bin Faisal dikira sebagai penguasa terakhir kerajaan keluarga Saud siri ke-2. Ketika matinya ayahnya Faisal bin Turki, umurnya baru 14 tahun. Abdurrahman banyak mendalami ilmu syriat dari ulama-ulama hebat pada masa itu antaranya Syeikh Abdullatif bin Abdurrahman. Kematian ayahnya pada tahun 1866 membawa kepada dilantiknya abangnya yang bernama Abdullah bin Faisal sebagai pengganti. Akan tetapi berlaku pemberontakan oleh saudaranya yang lain iaitu Saud bin Faisal. Saud bin Faisal menguasai Ihsaa dan pada tahun 1971, Abdullah bin Faisal dipecat dari kepimpinan.Pendiran Abdurrahman bin Faisal dalam krisis keluarga ini adalah pendirian para ulama ketika itu iaitu menyokong dan memberi bai'ah kepada Saud bin Faisal. Abdullah bin Faisal lari minta tolong kepada kerajaan Othmaniyyah. Peluang ini diambil oleh kerajaan Othmaniyyah untuk menguasai Ihsaa. Masalah dalam keluarga Saud ini juga memberi peluang kepada Keluarga Ar-Rasyid untuk menguasai beberapa kawasan Najad. Daalnm situasai ini, keluarga Saud terpaksa lari berlindung di Kuwait. Mereka terbuang sehinggalah anak Abdurrahman bin Faisal, iaitu Abdul Aziz bin Abdurrahman dapat membina kembali kekuatan dan menguasai kota-kota di Najd dan menewaskan Keluarga Ar-Rasyid. Berkat anaknya itu, keluarga Saud kembali berkuasa dan Aburrahman bin faisal dapat kembali ke Riyadh dan diserahkan kembali kekuasaannya yang dulunya hilang. Namun, melihat kemampuan anaknya, Abdurrahman  dengan rela hati tanazul daripada kepimpinan untuk diserahkan kepada anaknya yang kelak dicatat sebagai pengasas Kerajaan Arab Saudi Moden yang berlangsung sehingga hari ini. Kerajaan Arab Saudi moden adalah siri ke-3 daripada urutan jatuh bangun usaha keluarga Saud untuk bertapak sebagai penguasa di Tanah Arab.

 


Pada tahun 1902, seorang keluarga Saud bernama Abdul Aziz iaitu anak kepada Abdurrahman bin Faisal kembali membina kerajaan Saud yang ke-3. Dia kemudian dapat menguasai Najad. dan sterusnya seluruh Hijaz menjelang tahun 1932.

*Abdul  Aziz bin Abdurrahman bin Faisal Ali Saud adalah pengasas kerajaan Saudi Moden yang ada hari ini. Setelah kekalahan  Abdurrahman bin Faisal bin Turki di tangan Muhammad bin Abdullah Ar-Rasyid, Abdul Aziz bersama keluarganya mendapat suaka politik di Kuwait dan diberi pelindungan oleh Syeikh Kuwait yang bernama Muhammad As-Sobah.
Abdul Aziz  peringkat mula hanya bersama sekitar 60 orang pengikutnya , pada 2 Januari 1902 telah menuju ke Riyadh dan menguasai Istana Al-Musammak yang merupakan istana pemerintahan di Riyadh.  Setelah dia menguasai Riyadh, langkah seterusnya adalah menyatukan kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau menghabiskan masa selama 32 tahun yang penuh dengan peperangan yang pelbagai. Akhirnya pada tanggal 23 September 1932, dia mengistiharkan pembentukan kerajaan yang dinamakan Kerajaan Arab Saudi.

Perkembangan pembinan kerajaan keluarga Saud yang ketiga ini melalui penjenamaan berperingkat. Mulanya ia dikenali Imarah Najad dan Ihsaa' sehingga tahun 1921. Setelah itu, ia  dikenali pula dengan nama Kesultanan Najad sehingga tahun 1922. Sehingga tahun 1926, ia dikenali dengan nama Kesultanan Najad dan Naungannya. Setelah itu, hingga tahun 1932, namanya disebut sebagai Kesultanan Hijaz, Najad dan sekitarnya. Selepas tahun itu, namanya mula dikenali sebagai Kerajaan Arab Saudi( Mamlakatul Arabiyyah As-Su'udiyyah).


Raja Abdul Aziz bin Abdurrahman , pengasas Saudi Arabia Moden itu akhirnya meninggal pada tahun 9 November  1953 di Taif. Jenazahnya disemadikan di Pekuburan Al-'Aud di Bandar Riyadh.

Raja Abdul Aziz bin Abdurrahman mewariskan tahta kerajaan kepada anak-anaknya. Jumlah anak-anaknya tidak dapat dimuktamadkan. Ada yang kata sampai 50 orang. Namun hanya beberapa orang sahaja yang naik tahta bergantian selepas ketiadaannya. berikut adalah nama-nama Raja Arab Saudi sesudahnya dari kalangan anak-anaknya:

1) Raja Saud bin Abdul Aziz (1953-1964)
2) Raja Faisal bin Abdul Aziz (A964-1975)
3) Raja Khalid bin Abdul Aziz ( !975-1982)
4) Raja Fahad bin Abdul Aziz (1982-2005)
5 ) Raja Abdullah bin Abdul Aziz (2005-2015)
6) Raja Salman bin Abdul Aziz ( 2015 hingga sekarang)

Naiknya raja Salman sebagai Raja Arab Saudi adalah berawal dari kewafatan putera mahkota kepada Raja Abdullah iaitu Nayef bin Abdul Aziz. ia diangkat sebagai putera mahkota pada 18 Jun 2012. Pada 23 januari 2015, apabila raja Abdulallah meninggal pada usia 90 tahun, Salman pun diangkat menjadi raja , menggantikan raja Abdullah. Usianya ketika itu adalah 79 tahun. Bersama dengan perlantikannya, dia mengumumkan Muqrin bin Abdul Aziz sebagai putera mahkota.

Pada Julai 2017, anak raja salman yang bernama Muhammad diangkat sebagai putera mahkota menggantikan Muhammad bin Nayef bin Abdul Aziz yang saat itu adalah Menteri Dalam Negeri.

Muhammad bin Salman (lahir pada 31 Ogos 1985) adalah aktor sebenar dalam pemerintahan Arab Saudi di belakang ayahnya Raja Salman. Perubahan-perubahan yang sedang terjadi di Arab saudi pada masakini adalah olah Muhammad bin Salman. Dia juga dikatakan dalang sebalik pembunuhan seorang wartawan Arab Saudi yang bernama Jamal Ahmad Kashoggi di Konsulat Arab Saudi di Istambul, Turki. Pada tarikh 2 Oktober 1918, wartawan itu masuk ke konsulat tersebut atas urusan penceraiannya dan tidak pernah dilihat keluar. Kes Kashoogi sempat memacu hubungan panas antara US dengan Arab Saudi apabila CIA yang menyelidik kes itu,  mendakwa pembunuhan Kashoggi adalah atas arahan Muhammad bin Raja Salman. Muhammad bin Salman menafikan keterlibatannya.



Akan disambung....

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....