Saturday, November 11, 2023

PERANG 6 HARI ARAB ISRAEL

Tulisan ini adalah catatan  "on research" yang bertujuan memamami sejarah konflik Arab -Israel.

Ia  ditulis secara berselerak dan disusun kemudian, Insya Allah.

Pada 5 Jun 1967, Rantau Timur Tengah menyaksikan satu peperangan yang di kenali dengan Perang 6 Hari di antara negara haram Israel dengan negera-negara jirannya dari kalangan negara-negara Arab. 

Di satu pihak ialah negara haram Israel dan di satu pihak lagi ialah negera-negara Arab iaitu Syria, Iraq, Jordan dan Mesir.

Perang ini menatijahkan penguasaan Israel ke atas Gaza, Semenanjung Sinai, Bukit Golan dan Tebing Barat.

Kekalahan pakatan Arab amat memalukan dan banyak kehilangan nyawa dan aset ketenteraan menimpa negara Arab. Bahkan mengalami kehilangan wilayah yang mengubah sempadan peta untuk masa-mas aberikutnya.

Peperangan ini dimenangi ISrael  dan kemenangan Israel itu memakan korban nyawa sebanyak 20.000 orang Arab dan 800 orang Israel dalam 132 jam pertempuran.

Susulan kekalahan dalam Perang 6 Hari, para pemimpin negara Arab terbabit memngadakan pertemuan di Khartoum pada Ogos 1967 dan mengambil ketetapan yang berbunyi: TIADA PERDAMAIAN, TIADA PENGIKTIRAFAN DAN RUNDINGAN DENGAN ISRAEL.

Ini kemudiannya membawa kepada meletusnya perang pada tahun 1973 yang dikenali dengan Perang  Yom Kipppur atau disebut juga Perang Ramadhan.

Bacaan :bbc.com

Punca peperangan:

-Mesir melakukan sekatan ekonomi dan menutup laluan Selat Tiran. Tujuannya untuk menglang pengimpotan sumber ke Teluk Aqaba. Israel melihat tindakan itu sebagai Cassus Belli (Sebab yang membolehkan Perang).

-Presiden Jamal Abdul Naseer melakukan tindakan nasionalisasi Terusan Suez.

-Peranan Soviet yang sedang dalam Perang Dingin dengahn US.

-Isu air sungai Jordan yang alirannya masuk ke Laut Galilee ( Tasik Tiberias). Israel dan Jordan masing-masimg melihat kepentingan aliran air itu dan berebut mengenainya.

Renungan:

Kekalahan Pakatan Arab dalam Perang 6 Hari itu merupakan pengalaman yang sentiasa diingat oleh para pemimpin Arab agar tidak semberono dalam tindakan mereka terhadap Israel. Kehilangan wilayah yang ditanggung itu lebih besar akibatnya. 

Keranaitu, kita harus faham kenapa rakyat Palestin seperti berjuang sendiri untuk negara mereka. 

Namun, kemenangan melawan Israel tidak akan diperolhi dari negera-negera tetangga Palestin. Tidak dari Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Mereka tidak punya kekuatan untuk mengoncak kesombongan Israel. Yang mampu adalah pasukan jihad yang todak mewakili negara tetapi mewakili seamangat Islam dan menjadi tentera-tentera pembela agama Allah. Di tangan merekalah akan ada kemenangan!


Lanjutan Perang 6 hari.

Catatan Perang Yom Kippur 1973

-PBB menjadi orang tengah untuk perjanjian damai

-Mesir dapat kembali Semenanjung  Sinai yang dikuasai Israel sejak kalah perang dengan Israel dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967.

-Syria pula mendapat kembali haknya  Dartaran Tinggi Golan

-Perang Yom Kippur tidak menjadikan Pakatan Negara Arab Menang secara ketenteraan.

-Pakatan Negera Arab telah menggukan kuasa minyak yang mereka ada untuk memaksakan negara Amerika untuk menekan Israel.

-Presiden Anwar Sadat yang kemudiannya mengadakan hubungan dengan Israel diplomatik melaui Perjanjiajn Camp David pada 17 sept 1978  telah dibunuh oleh Khalid Islamboulli.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....