Friday, April 28, 2023

KUMPULAN IKHWAN AS-SAFA WA KHILLAN AL-WAFA

Pada awal kurun ke-4 H, bersama period kemunculan aliran muktazilah, wujud satu kumpulan yang dikenali sebagai  Ikhwan As-Safa wa Khillan Al-Wafa berpusat di Kota Basroh.  Ia merupakan satu jemaah para ahli falsafah Islam yang menggabungkan pemikiran falsafah dengan akidah Islam. Kumpulan ini mempunyai koleksi yang menghimpunkan pemikiran mereka dan dinamakan " Tuhaf Ikhwan As-Safa".




Pada masa khalifah Al-Makmun, perkembangan ilmu falsafah Islam menjadi rancak. Karya-karya falsafah dari Greek dan Yunan di bawa masuk dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Lalu, muncullah tokoh-tokoh ahli falsafah Islam yang mencampur adukkan fahaman falsafah dalam akidah Islam. Kerana itu, Ibn Taimiyyah menyatakan kebertanggungjawaban Al-makmun dalam kerosakan pemikiran ini:

ما أظن الله يغفل عن المأمون، ولا بد أن يعاقبه على ما أدخله على هذه الأمة



" Aku tidak fikir Allah akan menmbiarkan Al-Makmun. Dia akan dihukum atas perbuatannya yang telah memasukkan (ilmu falsafah) ke dalam ummat ini".


Para anggota jemaah Ikhwan As-Sofa tidak menzahirkan diri mereka secara nyata dalam kalangan ummat Islam. Ini kerana, sikap para ulama pada masa itu sangat anti kepada mereka dan ada yang menghukum mereka sebagai kafir disebabkan pemikiran-pemikiran yang dilontarkan menyalahi akidah Islam. Namun, ada beberapa tokoh yang terdedah namanya. 

1) Abu Sulaiman bin Mi'syar Al-Busti, dikenali dengan gelaran Al-Maqdisi.
2) Abu Al-Hasan Ali bin Hartun Az-Zinjani
3) Abu Ahmad Al-Mahrajani
4) Al-Aufi
5) Zaid bin  Rifa'ah

Kumpulan ini membuat kajian tentang falsafah Yunani, Farsi dan Hindu lalu menjadikannya sebagai pelengkap atau penyucian kepada Islam. Ini kerana mereka melihat Islam telah dicemari dengan kejahilan dan kesesatan. Maka pemikiran falsafah, menurut mereka akan menyempurnakan apa yang dikatakan Islam itu. Pemikrian mereka terkandung dalam 52 Risalah Ikhwan As-Safa yang boleh ditela'ah pada hari ini.

Para tokoh muktazilah kemudian mempelajari pemikiran ini dan tolong menyebarkannya. Ada seorang tokoh dari Andalus bernama Abu Al-Hakam Abdurrahman Al-Kirmani Al-Qutubi yang mengembara mencari ilmu dari Andalus sampai ke Basrah dan dia mencedok pemikrian falsafah Ikhwanus Sofa dan dibawa balik ke Andalus. Dialah orang pertama yang merintis manhaj falsafah dalam memahami aspek-aspek agama Islam.


Baca : Al-Hindawi



Thursday, April 27, 2023

PENGEMBARAAN ILMU OLEH BAQI BIN MAKHLAD

Ulama dulu, rela mengembara meninggalkan negeri serta keluarga demi menuntut ilmu. Hasilnya, kita lihat hari ini. Nama mereka tertulis dengan tinta emas di kanvas sejarah. Mereka meninggalkan nama yang harum dan lebih penting lagi mereka meninggalkan khazanah ilmu yang menjadi pedoman buat manusia di belakang hari. Mereka meninggalkan dunia dan menjadi billionair akhirat. Alangkah beruntungnya mereka!

Salah seorang tokoh ulama yang mengembara demi ilmu adalah Baqi bin Makhlad. Siapakah dia? Mari kita berkenalan dengannya dan kisah hidupnya.

Namanya adalah Abu Abdurahman Baqi bin Makhlad Al-Qutubi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan pada tahun 201H =817M di Cardoba, Andalus. Beliau seorang yang hidup faqir harta , namun kaya ilmu. Untuk mencari harta yang satu itu, beliau mengembara berjalan kaki dari satu negei ke satu negeri. Bagi tujuan pengembaraan ilmunya, dia bekerja mencari bekalan perjalanan di setiap negri yang dia singgah. Dari Cardoba dia berjalan kaki ke Sevilli yang jaraknya sekitar 200 KM. Kemudian dia lanjutkan hingga ke Maghribi. Dia singgah di setiap kota dan bertanya tentang orang paling alim di kota itu untuk dia mengadap mengambil ilmu. Hatta, gurunya mencapai angka 284 orang. 


Demikian ulama hebat bila menutut ilmu. Bandingkan dengan ustaz-ustaz sekarang yang mencari derma dan sumbangan dengan alasan ingin menuntut ilmu agama. Apa yang dicari daripada ilmu itu,  mahunya hanya dihampar dengan permaidani merah. Sambil menghabiskan hari-hari dengan belajar di universiti luar negara, dia menunggu dengan harapan sumbangan mengalir masuk ke kantungnya. Sumbangan buat menampung perbelanjaan seharian dia dan anak isteri yang berpetualang ke negeri orang. Mujur sekali kalau kemudiannya dia menjadi alim. Namun, jalan kealiman yang ditunjukkan oleh para ulama silam bukan dengan cara sedemikian. Bekerjalah dan kemudian sambung belajar jika masih bersemangat. Jika kehabisan bekalan masa belajar, fikirkanlah kerja sambilan untuk melestarikan pembelajaran! Jangan mengemis sumbangan orang. Tangan yang ulya lebih mulia dari tangan yang sufla. Jagalah kemuliaan ilmu daripada kehinaan meminta-meminta untuknya.

Komen pengarang(ust Kama) 

 

Kemudiannya dia menuju ke Baghdad kerana mendengar adanya imam yang hebat di sana iaitu Ahmad bin Hambal. Semuanya pengembaraan ini adalah dengan berjalan kaki. Dia menghabiskan 5 tahun berjalan ke Kota Baghdad. Bayangkanlah betapa jauhnya langkah yang diaturnya. Hendak naik kenderaan, dia tidak punya binar dan dirham buat tujuan itu.

Namun, bersama dengan ketibaannya di kota Baghdad, Imam Ahmad Hambal sedang ditimpa mehnah dan tribulasi. Khalifah Al-Wasiq Billah mengenakan SEKATAN TAULIAH MENGAJAR buatnya. Imam Ahmad tidak dibenarkan menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Ini berikutan masalah Khalqul Quran yang menjadi pegangan negara (di bawah maszhab Muktazilah) dan Imam Ahmad bin Hambal adalah tokoh pembangkang terhadap bid'ah pemikiran tersebut.

Di Kota Baghdad dia mencari tahu tentang imam Ahmad bin Hambal. Dalam sebuah masjid di sana dia mendengar seorang tokoh ilmu rijal di sana iaitu Yahya Ibn Ma'in. Kepadanya ditanya mengenai beberapa rijal hadis yang ada di Andalus. Maka Yahya Ibn Ma'in menyebutkan dengan mentadh'ifkan dan mentausiqkan ulama-ulama Andalus yang disebutkan Baqi bin Makhlad. Maka ta'jublah Baqi bin Mukhlid dengan pengetahuan luas yahya bin Ma'in hatta melibatkan ulama-ulama sejauh Andalus. Lalu ditanya mengenai Imam Ahmad bin Hambal. Maka Yahya bin Ma'in berkata:

مثلي يسأل عن أحمد بن حنبل، هذا إمام المسلمين وخير المسلمين وأفضل المسلمي

" Siapalah aku untuk ditanyakan mengenai Ahmad binHambal, sesungguhnya dia imam kaum muslimin sebaik-baik kaum muslimin dan yang paling afdhal kalangan mereka".


Perkataan Yahya bin Ma'in itu membuatkan Baqi ibn Makhlad tidak dapat menangguhkan lagi keinginannya untuk belajar dengan Imam Ahmad bin Hambal. Baqi bin Makhlad pun pergi ke rumah Imam Ahmad bin Hambal yang sedang dalam perintah berkurung itu. Dia mahu mengambil hadis daripada Imam Ahmad bin Hambal. Maka digunakan cari menampilkan diri di pintu rumah Ahmad bin Hambal sebagai pengemis yang datang meminta sedekah di depan rumah Imam Ahmad setiap hari. Maka, di kala itulah Imam Ahmad bin Hambal membacakan buatnya beberapa hadis yang oleh Baqi bin Makhlad dicatat dan dihafaznya. Keadaan tersebut berlangsung sehingga matilah Khalifah Al-Wathiq Billah dan naik pula khalifah Al-Mutawakkil. Di zaman Al-Mutawakkil, sunnah kembali ditegakkan dan pemikiran bid'ah muktazilah ditumpaskan. Imam Ahmad bin Hambal kembali diberikan Tauliah Mengajar. Maka Baqi bin Makhlad menghabiskan masa dengan belajar dengan Iman Ahmad bin Hambal.


Baqi bin Makhlad  menghabiskan akhir kehidupannya di Cardoba, menyampaikan ilmu kepada penduduk di sana. Dia tidak mengambil mazhab dan pendapatnya menjadi pintu awal kepada mazhab Zahiri. Dia berpausa di siang hari solat 100 rakaat di malam hari serta khatam Quran setiap malam. Hari-harinya dilalui dengan kemuncak takwa dan dia sentiasa di masjidnya dengan dunia ilmu dan ibadahnya sehinggalah dia diwafatkan Allah pada tahun 276H=889M.


Baca: Shamela

Baca: Alukah



Dinasti Ramanov memerintah Rusia 304 tahun.

Bermula pada tahun 1613, dinasti Ramanov mula berkuasa di Rusia. Ianya adalah apabila seorang Tsarina  (gelaran bagi permaisuri Tsar) yang bernama Anastasia Ramanova  berkahwin dengan Ivan The Terrible. Keturunan mereka dikenali sebagai Ramanov dan Tsar terakhir sekaligus penamat kepada kekuasaan Dinasti Ramanov ialah Tsar Nicholas II. Pada tahun 1917, Nicholas II yang merupakan anak kepada Alexander III telah bunuh secara sadis bersama keluarga dan para pembantunya. Baginda menjadi Tsar terakhir dalam sejarah Rusia.


KISAH KEMUNCULAN KELUARGA RAMANOV


Keluarga Ramanov adalah golongan aristokrat yang terhormat di Rusia pada abad ke-16 dan ke-17. Tahun 1613 menyaksikan naiknya Mikhail Ramanov menjadi Tsar pertama daripada keluarga Ramanov. Mikhail Ramanov adalah anak kepada Feodor Nikitich Romanov yang kemudiannya dikenali dengan nama Patriarch Filaret dan Xenia Shestova (kemudiannya dikenali "the great nun Martha")

Datuk Mukhail Ramanov ialah Nikita, merupakan abang kepada Anastasia Ramanov yang telah berkahwin dengan Ivan The Terrible. Pada tahun 1600, Mikhail bersama ibunya telah dibuang negeri ke Beloozeroo. Ini berikutan naiknya Boris Gurdonov menjadi Tsar. Dia telah menuduh ayah Mikhail Ramanov iaitu Feodor sebagai pengkhianat dan dibuang negeri ke Poland.


Nicholas II

Nicholas II naik tahta pada tahun 1894 menggantikan ayahnya Alexander III yang telah menjalankan polisi pemerintahan yang tidak popular dan tidak disukai rakyat. Antaranya, dia menetapkan rakyat tidak boleh bercakap selain bahasa Rusia . termasuk dalam negeri seperti Poland yang rakyatnya ada bahasa mereka sendiri.

Maka , Nicholas II mewarisi kerajaan yang bermasalah. Beberapa hari selepas pertabalannya, kira-kira 1400 rakyat mati dalam satu perhimpunan yang sesak di Moscow dan akibat rempuhan ramai. Mereka berhimpun untuk mendapat hadiah sempena ari pertabalannnya. Kejadian itu memburukan reputasi Nicholas II sehingga dia dimomokkan sebagai " Nicholas The Bloody".

Nicholas II ada putera yang menjadi putera mahkota iaitu Alexei yang mengalami sindrom hemophilia. Sementara isteri Nicholas yang bernama Alexandra sangat ta'sub dan berada dibawah pengaruh seornag ahli sihir yang bernama Gregori Rasputin. Ini membuatkan ramai orang curiga dengan keluarga diraja dan bimbang dengan pengaruh Rasputin.

Pada tahun 1914, Rusia terpaksa terjun dalam Perang Dunia I. Akibat perang tersebut, ramai tentera Rusia yang terbunuh. Kira-kira 1.8 juta tentera terbunuh manakala 1.5 juta orang awam terbunuh.

Ini menyebabkan tenaga kerja dan buruh ladang merosot dan masalah makanan meruncing. Rakyat bangkit memberontak dan memaksa Nicholas II untuk turun tahta. Akhirnya pada mac 1917, Nicholas II terpaksa akur walaupun dia enggan pada mulanya.

Pada Nov 1917, para pendokong Revolusi Bolshevik yang dipimpin oleh Vladimer Lenin mengambil alih pemerinahan. Nicholas merayu suaka politik daripada British dan juga Prancis. Sangkanya mereka akan membelanya kerana isterinya adalah cucu kepada Ratu Victoria. Di tangan para pendokong revolusi itu, Nicholas II bersama isterinya Alexandra dan 5 orang keluarganya di tempatkan dalam tahanan rumah di Tobolsk, Barat Siberia. Di situ, mereka dilayan dengan baik dengan penuh hormat. Namun, beberapa tahun kemudian, mereka dipindahlan ke Ekaterimburg, jauh di selatan Urals. Mereka ditempatkan di sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan bernama Ipatiev. Rumah itu dinamakan dengan nama "The House Of Sepecial Purpose" dan keadaannya sangat tidak selesa. 

Hatta, pada satu hari mereka dijanjikan akan dipindahkan ke satu tempat yang lain. Rupanya hari itu mereka dirancang untuk dihampuskan . 

Yakov Yurovsky Ketua Skuad Polis rahsia Cheka, yang mendapat keizinan untuk melakukan tindakan itu daripada pemimpin revolosi Bolshevik.  7 Keluarga Ramanov itu telah dibunuh dan dihilangkan kesan-kesan mereka.

Rakyat Rusia disibukkan dengan berita-berita muka depan akhbar mengenai kejayaan Revolusi rakyat Rusia. Demikian berakhirnya dinasti beraja di Rusia yang menjangkau ratusan tahun.

Allah yang memberikan kuasa, dan Dialah yang mencabutnya.





Wednesday, April 26, 2023

Ubaidillah bin Ziyad terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussain.

Dalam kes pembunuhan ke atas Saidina  Hussain bin Ali di Karbala, Ubaidillah bin Ziyad adalah orang yang paling berlumuran tangannya dengan darah cucunda Rasulullah SAW itu. Sejarah tidak pernah memadamkan jenayah terkutuk yang telah dilakukan oleh Ubaidillah bin Ziyad terhadap insan mulia dan sayyid pemuda ahli syurga itu. Dalam dunia sepanjang zaman, nama Ubaidillah bin Ziyad tidak ada secuit pujian buatnya. Kutukan bertimpa-timpa dan kelak di akhirat, perhitungan besar dan maha sukar menantinya. 

Sebenarnya , sesiapa yang menela'ah dan mendalami peristiwa itu, akan merasa lebih ta'jub lagi atas keterlibatan individu-individu lain bersama Ubaidillah bin Ziyad yang sebelumnya merupakan pedokong Saidina Ali. Bahkan, di antara mereka ada yang boleh dibilangkan sahabat nabi SAW dan juga anak-anak sahabat nabi SAW.

Ubadillah bin Ziyad bin Abihi dikenali sebagai Abu Hafsin dan merupakan gabenor negeri Iraq bagi Yazid bin Mu'awiyah. Beliau menjadi mula menjadi gabenor Basroh serta Khurasan pada tahun 55H pada masa pemerintahan Saudina Mu'awiyah dan usianya ketika itu baru 22 tahun. Dia memimpin fituhat di negeri-negeri "belakang sungai" dan ikut serta dalamnya beberapa sahabat nabi SAW.

Namun, dia tega memimpin pasukan mengepung Saidina Hussain serta kaum keluarganya di Karbala' pada tahun 61H. Dia menolak semua tawaran penyelesaian yang ditawarkan Saidina Hussain yang membuatkan Saidina Huusain lebih rela mati dalam keadaan bermaruah daripada menyerah dalam keadaan terhina.

Apabila Yazid bin Mua'wiyah meninggal dan naik Mua'wiyah bin Yazid sebagai khalifah, Ubaidillah bin Ziyad lari meninggalkan Iraq berlindung di Damsyiq. Bersamanya seorang yang bernama Amru bin Al-Hajjaj Az-Zubaidi. Ini kerana Ibn Zaubair yang berada di Makkah telah dibai'ah sebagai Khalifah dan dia mula meluaskan pegangannya ke bumi Iraq. 

*Amru bin Al-Hajjaj Az-Zubaidi masuk Islam pada zaman nabi SAW. Dia seorang yang berjasa kepada kaumnya Az-Zubaidi kerana ketika mereka mahu murtad pada zaman khalifah Abu Bakar, dia yang keras melarang mereka dan mengajak mereka berpegang teguh dengan Islam. Puak Az-Zubaidi diajak oleh Amru bin Ma'adi Yakrib untuk murtad( Akan tetapi kemudiannya dia kembali kepada Islam). Amru bin Al-Hajjaj Az-Zubaidi adalah seorang sahabat nabi, namun, pada zaman-zaman fitnah , dia telah terpalit tempiasnya. Dalam peristiwa Karbala, dia dihantar oleh Umar bin Saad bin Abi Waqqas untuk menghalang antara rombongan saidina Hussain dengan sungai Furat. Dia yang mengucapkan kata-kata perangsang buat tenteranya ketika di Karbala:

 أتدرون من تقاتلون فرسان المصر قومًا مستميتين لا يبرز إليهم منكم أحد فإنهم قليل وقل ما يبقون والله لو لم ترموهم إلا بالحجارة لقتلتموهم. يا أهل الكوفة الزموا طاعتكم وجماعتكم لا ترتابوا في قتل من مرق من الدين وخالف الإمام.

Hingga Hussain pun berkata kepadanya:

ياعمرو بن الحجاج أعلي تحرض الناس أنحن مرقنا من الدين أم أنتم والله لتعلمن لو قبضت أرواحكم ومتم على 

Dalam upaya menahan pasukan Hussain daripada mencapai air untuk diminum, dia telah membunuh seorang sahabat nabi yang mendokong Saidina Hussain bernama Muslim bin 'Aujasah. Ketika Pasukan Mukhtar -As-Tsaqafi memburu para culprit yang terlibat dalam pembunuhan Hussain, dia melarikan diri dan sehingga hari ini tidak diketahui di bumi mana dia dirugikan atau langit mana dia direjami., bak kata At-Tobari ketika menyebutkan mengenai peristiwa tahun 66H dalam Tarikhnya.

Setelah itu, Ubaidillah bin Ziyad memimpin pasukan seramai 15 ribu personal untuk melawan Mus'ab bin Az-Zubair yang dilantik oleh Abdullah bin Az-Zubair sebagai gabenor di Iraq. Abdullah bin Az-Zubair sendiri telah dibai'at sebagai khalifah di Makkah.. Namun, Ubaidillah bin Ziyad bertembung dengan musuh yang lain iaitu Golongan At-tawwabun yang dipimpin oleh Sulaiman bin As-Sard. Walau bagaimanapun, dia berjaya mengalahkan Golongan At-Tawwabun dan memadamkan pemberontakan mereka.

* Sulaiman bin As-Sard adalah sahabat nabi dan dia masuk Islam depan nabi SAW. Mulanya namanya Yasar, lalu nabi tukar namanya jadi Sulaiman. Tatkala Iraq telah jatuh ke tangan kaum Muslimin pada masa khalifah Umar, dia bermastautin di Kufah dan membina rumah di sana. Sewaktu ali jadi Khalifah, dia menjadi pendokong kuat Saidina Ali dan dalam Perang As-Siffin dia telah membunuh Hausyab bin Takhmah Zu Zalim Al-Alhani dalam perang tanding.( Baca: Siapa Hausyab) Dia adalah antara orang yang mengutuskan surat kepada Saidina Hussain di Kota Madinah dan menjanjikan pembelaannya di Iraq. Apabila Hussain dikepung di Karbala, dia tidak mampu untuk menolong Hussain, maka dia sangat menyesal dan kerana itu dia menubuhkan kelompok orang-orang yang bertaubat( At-Tawwabun) daripada perbuatan mereka tidak membantu Husssain di Karbala. Maka. pasukan yang dipimpinnya bertembung dengan pasukan Ubaidillah bin Ziyad dalam perang yang dikenali Perang Ainul Wardah dan telah kalah. Sulaiman bin As-Sard sendiri terbunuh dalam perang itu oleh panahan seorang yang bernama Yazid bin Al-Husain bin An-Numair. Kala itu, usianya sudah 93 tahun. Kepalanya telah dibawa kepada Marwan bin Al-Hakam.

 

Akan tetapi, dua tahun kemudian, iaitu tahun 67H, dia menemui lawan lain yang membencinya dan menyimpan dendam kepadanya atas jenayahnya ke atas Saidina Hussain bin Ali. Lawan tersebut adalah pasukan tentera Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi yang dipimpin oleh bawahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar. Peperangan terjadi di satu tempat berhampiran Sungai Al-Khazir di Mosul. Peperangan ini dimenangi oleh pasukan Ibrahim bin Al-Asytar dan Ubaidillah bin Ziyad dapat dibunuh olehnya. Kepalanya dipotong dan dikirimkan kepada Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi di Kufah. Bersama kepalanya, dikirimkan juga kepala Hussain bin Numair , Syurahbil bin Zil Kala' dan sebilangan pemimpin lain yang bersekongkol dengan mereka.

* Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi itu, di mata kaum Syiah, sangat disanjung kerana telah menuntut bela atas kematian Hussain. Namun di kalangan Ahlu Sunnah, dia dilihat sebagai pendusta. Dialah yang dimaksudkan dalam hadis:

إن في ثقيف كذابًا ومُبِيرًا 

Sesungguhnya di kalangan Tsaqif (Kabilah asal Taif) ada seorang jadi pendusta (Mukhtar bin Abi Ubaid) dan ada seorang jadi penzalim ( Hajjaj bin Yusuf)


Al-Mukhtar bin Abi Ubaid tersebut, telah mengangkat dirinya setaraf para nabi apabila mengaku mendapat wahyu dan malaikat Jibrail dan Mikail sering mengunjunginya. Dia juga adalah pengasas kepada Mazhab Syiah Kaisaniyyah yang menganggap Muhamamd Al-Hanafiyyah bin Ali sebagai imam dan mazhab Kaisaniyyah ini dinisbahkan kepada seornag bernama Kaisan yang merupakan hamba kepada Ali. Dia mendakwa mendapat ilmu rahsia batin dan ta'wil daripada Saidina Ali dan anaknya Muhammad Al-Hanafiyyah.

Sejarah menyaksikan bahawa mereka yang telah terlibat dalam pembunuhan Hussain bin Ali r.a tidak selamat. Mereka mendapat balasan mereka. Mereka diburu dan dibunuh. Selain Ubaidillah bin Ziyad, telah dibunuh balas juga , Umar bin Saa'd bin Abi Waqqas, Syamar bin Zil Jausyin, Harmalah bin Kahil Al-Asadi, Abdurrahman bin Sa'id bin Qais Al-Kindi, Sinan bin Abi Anas, Khuli bin Yazid Al-Asbahi dan Hussain bin Numair.

Ubaidillah bin Ziyad adalah orang yang mengetuai gerombolan pembunuhan Hussain di Karbala. Orang yang mengangkat pedang dan membunuh Saidina Hussain adalah Syamar bin Zil Jausyin.

Semua nama-nama yang berkongsi darah Hussain itu telah merugikan agama mereka. Alangkah baiknya pendirian seorang ketua batalion askar Ubaidillah bin Ziyad yang bernama AL-HURR BIN YAZID AT-TAMIMI. Walaupun mulanya dia berada di pihak Ubaidillah bin Ziyad, dia mengambil pendirian untuk beralih mendokong Hussain dan berjuang bersamanya hingga gugur syahid. Rahmatullah wasalamuhu alaihi wa adkhalahu jannatah!

Baca: wiki

Bacaan tambahan: Ensiklopedia Al-jazeera

Demikian berakhirnya riwayat orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saidina Hussain di Karbala.

Tuesday, April 25, 2023

YAZID BIN MU'AWIYAH

Nama Yazid bin Mua'wiyah bin Abu Sufyan terconteng arang yang sangat buruk di dada sejarah Islam. Dia adalah anak kepada sahabat nabi SAW yang bernama Mu'awiyah yang pernah menjadi penulis wahyu Rasulullah SAW dan menjadi khalifah kaum muslimin sesudah berlalunya zaman khuklafaa Ar-Rasyidin. Lahirnya Yazid adalah pada 23 Ramadhan 26H iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan meninggal pada 14 Rabi'ul Awal 64 H. Beliau lahir di perkampungan Almathirun dan ibunya bernama Maisun binti Bahdal Al-Kalbiyyah. Saidina Mu'awiyah telah menceraikannya dan Yazid bersama ibunya tingga di kalangan bapa saudaranya dari Bani Kalbiyyah di perkampungan badwi. Namun, kemudianya dia diajak oleh Mu'awiyah untuk tinggal bersama di kota Damsyiq dan meneguk ilmu pemerintahan serta ilmu daripada tokoh-tokoh ulama yang tinggal di sana.

Disebabkan pada masa pemerintahan Yazid bin Mu'wiyah telah terjadi beberapa peristiwa yang menjelikkan di mata kaum muslimin, maka timbulkan khilaf tentang keperibadiannya. Ada tiga sikap yang bebeza tentang Yazid bin Mu'awiyah iaitu:

a) Berlebihan dalam memujinya hingga menganggapnya dari kalangan sahabat dan menyebutkan "radhiallahu 'anhu" untuknya.

b) Berlebihan membencinya hingga melaknatnya, bahkan mengkafirkannya lantaran perbuatannya yang di luar nalar seorang muslim.

c) Besederhana dalam menilainya iaitu tidak melaknatnya dan menyerahkan urusannya kepada Allah. Dia masih dianggap muslim , tetapi muslim yang fajir dan fasiq. Maka dia tidak dicintai sebagaimana cinta yang diberikan kepada orang-orang soleh. 


Ada beberapa jenayah besar yang telah disandarkan kepada Yazid bin Muawiyah iaitu:


i) Pembunuhan Saidina Hussain bin Ali, cucunda Rasulullah SAW yang digelar penghulu pemuda syurga.Ia terjadi di Karbala pada tahun 10 Muharam 61H. Pembunuhan itu dilakukan oleh tentera Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ubaidillah bin Ziyad.

ii) Perang Hirah pada tahun 63H yang mengorbankan ramai kalangan sahabat dan anak-anak mereka yang menghuni Kota Madinah. Ia adalah peperangan menundukkan penentangan penduduk Madinah terhadap pemerintahannya dan dipimpin oleh seorang pemimpin tentera yang bernama Muslim bin Uqbah. Malah, perbuatannya menghalalkan Kota Madinah selama 3 hari selepas perang itu adalah kejahatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali.

iii) Serangan ke atas Kota Makkah kerana hendak menundukkan Abdullah bin Zubair yang menentangnya sehingga kehormatan masjid Haram dan Ka'abah dilanggar apabila dilontarkan peluru manjanik dari atas bukit Abu Kubais.


Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam (Jil 4 MS 37-38)  menyebutkan:


قلت: كان قويّاً شجاعاً، ذا رأيٍ وحَزْم، وفِطنة، وفصاحة، وله شعر جيِّد وكان ناصِبيّاً، فَظّاً، غليظاً، جِلْفاً. يتناولُ المُسْكِرَ، ويفعل المُنْكَر. افتتح دولته بمقْتَلِ الشهيد الحُسَين، واختتمها بواقعةِ الحَرَّة، فمقته الناسُ. ولم يُبارَك في عُمُره. وخرج عليه غيرُ واحد بعد الحُسَين. كأهل المدينة قاموا لله، وكمرداسِ بنِ أُديَّة الحنظليّ البصريّ، ونافع بن الأزْرق، وطوَّاف بن مُعَلَّى السدوسيّ، وابن الزُّبير بمكة



Imam Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (Jil 11 MS 627) menyebutkan:

وقد أخْطأ يزيدُ خَطأً فاحشاً في قولِه لمسلمِ بن عُقْبةَ أن يُبِيحَ المَدينةَ ثلاثةَ أيامٍ، وهذا خطأٌ كبيرٌ، فإنه وَقَع في هذه الثلاثةِ أيامٍ مِن المَفاسِدِ العَظيمةِ في المدينةِ النَّبويةِ ما لا يُحَدُّ ولا يُوصَفُ، مما لا يَعْلَمُه إلا اللهُ عز وجل. وقد أراد بإرْسالِ مسلمِ بنِ عقبةَ تَوْطِيدَ سُلْطانِه ومُلْكِه، ودَوامَ أيامِه، فعاقَبه اللهُ بنَقيضِ قَصْدِه، فقَصَمه اللهُ قاصِمُ الجَبابِرةِ، وأخَذَه أَخْذَ عَزيزٍ مُقْتَدِرٍ


Para ulama mengambil pendekatan berbeza dalam soal menetapkan keterlibatan Yazid bin Mua'wiyah dalam kes pembunuhan Hussain bin Ali di Karbala.

Ada kalangan yang menolak Yazid bin Mu'awiyah terlibat dalam perbuatan keji itu dan memikulkan kesalahannya ke atas Ubaidillah bin Ziyad yang menjadi gabenor Kufah. Walaupun Ubaidillah bin Ziyad adalah gabenor bagi pihak Yazid bin Mu'awiyah yang berada di Damsyiq, realiti zaman itu yang jauh jaraknya dan lambat khabar beritanya hendaklah diambil sebagai pertimbangan untuk keuzuran. Bahkan Imam Al-Ghazali dalam fatwanya tentang Yazid bin Mu'awiyah ini mengharuskan "tarahhum"( Menyebutkan Rahimahullah) atasnya bahkan mensunnatkannya. Menurutnya, doa yang kita ucapkan " Yang Allah, ampunkanlah kaum muslimin dan muslimat dan mukminin serta mukminat" itu termasuk di dalamnya Yazid bin Mu'awiyah.



لا يجوز لعن المسلم أصلاً، ومن لعن مسلماً فهو الملعون، وقد قال رسول الله : المسلم ليس بلعان، - المسند (1/405) والصحيحة (1/634) وصحيح سنن الترمذي (2/189) -، وكيف يجوز لعن المسلم ولا يجوز لعن البهائم وقد ورد النهي عن ذلك - لحديث عمران بن الحصين قال : بينما رسول الله في بعض أسفاره وامرأة من الأنصار على ناقة، فضجرت فلعنتها، فسمع ذلك النبي فقال : خذوا ما عليها ودعوها فإنها ملعونة، قال عمران : فكأني أراها الآن تمشي في الناس ما يعرض لها أحد. جمع الفوائد (3/353) -، وحرمة المسلم أعظم من حرمة الكعبة بنص النبي - هو أثر موقوف على ابن عمر بلفظ : نظر عبد الله بن عمر يوماً إلى الكعبة فقال : ما أعظمك وأعظم حرمتك، والمؤمن أعظم حرمة منك، وهو حديث حسن، أنظر : غاية المرام في تخريج أحاديث الحلال والحرام للشيخ الألباني (ص197) -، وقد صح إسلام يزيد بن معاوية وما صح قتله الحسين ولا أمر به ولا رضيه ولا كان حاضراً حين قتل، ولا يصح ذلك منه ولا يجوز أن يُظن ذلك به، فإن إساءة الظن بالمسلم حرام وقد قال الله{اجتنبوا كثيراً من الظن إن بعض الظن إثم }[ الحجرات /12]، ومن زعم أن يزيد أمر بقتل الحسين أو رضي به، فينبغي أن يعلم أن به غاية الحمق، فإن من كان من الأكابر والوزراء، والسلاطين في عصره لو أراد أن يعلم حقيقة من الذي أمر بقتله ومن الذي رضي به ومن الذي كرهه لم يقدر على ذلك، وإن كان الذي قد قُتل في جواره وزمانه وهو يشاهده، فكيف لو كان في بلد بعيد، وزمن قديم قد انقضى، فكيف نعلم ذلك فيما انقضى عليه قريب من أربعمائة سنة في مكان بعيد، وقد تطرق التعصب في الواقعة فكثرت فيها الأحاديث من الجوانب فهذا الأمر لا تُعلم حقيقته أصلاً، وإذا لم يُعرف وجب إحسان الظن بكل مسلم يمكن إحسان الظن به. ومع هذا فلو ثبت على مسلم أنه قتل مسلماً فمذهب أهل الحق أنه ليس بكافر، والقتل ليس بكفر، بل هو معصية، وإذا مات القاتل فربما مات بعد التوبة والكافر لو تاب من كفره لم تجز لعنته فكيف بمؤمن تاب عن قتل.. ولم يُعرف أن قاتل الحسين مات قبل التوبة وقد قال الله {و هو الذي يقبل التوبة عن عباده، ويعفوا عن السيئات ويعلم ما تفعلون}[ الشورى /25] فإذن لا يجوز لعن أحد ممن مات من المسلمين بعينه لم يروه النص، ومن لعنه كان فاسقاً عاصياً لله. ولو جاز لعنه فسكت لم يكن عاصياً بالإجماع، بل لو لم يلعن إبليس طول عمره مع جواز اللعن عليه لا يُقال له يوم القيامة : لِمَ لَمْ تلعن إبليس ؟ ويقال للاعن : لم لعنت ومِنْ أين عرفت أنه مطرود ملعون، والملعون هو المبعد من الله وذلك علوم الغيب، وأما الترحم عليه فجائز، بل مستحب، بل هو داخل في قولنا : اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات، فإنه كان مؤمناً والله أعلم بالصواب


Sumber: Faidus Syarid min Akhbar Yazid (MS 56-57)


Sumber bacaan:

1) Wiki

2) Islamqa

3) Al-Wahhabiyyah

4) Islamweb


Monday, April 24, 2023

Tragedi sejarah: Perang Hirah

Ia adalah satu peperangan yang melibatkan pasukan tentera Bani Umayyah di Syam dengan penduduk Kota Madinah. Perang ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun 63H dan natijah daripada peperangan ini, terbunuhnya sahabat nabi kalangan Ansar dan anak-anak mereka di tangan soldadu Yazid bin Muawiyah.

Apabila penduduk Madinah yang diketuai oleh Abdullah bin Hanzalah bin Abu Amir Al-Fasiq mencabut bai'ah yang pernah mereka berikan kepada Yazid bin Mu'awiyah, maka Yazid pun mengirimkan pasukan tentera yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah. Penduduk Madinah pun membalas dengan perlawanan dan berlakulah perang Hirah. Selepas dapat mengalahkan penduduk Madinah, membunuh sesiapa yang dikehendakinya, dia menghalal madinah selama 3 hari. Banyaklah kerosakan di Madinah selama 3 hari itu. Maka . wajarlah Muslim bin 'Uqbah dijoloki dengan gelaran "Musrif bin Uqbah"( Pelampau).

Selepas selesai urusannya di Madinah, dia memimpin pasukannya ke Makkah pula buat menghadapi Abdullah bin Az-Zubair yang telah bangkit menentang Yazid bin Mu'awiyah dan menghisytiharkan dirinya sebagai khalifah ummat Islam. Dalam perjalanan, Muslim bin 'Uqbah disapa malaikat maut dan nyawa direnggut. Tenteranya meneruskan perjalan ke Makkah dan mengepung Makkah serta melontar manjanik ke Masjidil Haram. Dalam keadaan demikian, malaikat maut melunaskan tugasnya menamatkan hayat Yazid bin Mu'awiyah. Maka kepungan atas kota Makkah pun dihentikan dan tentera Syam pun ditarik balik ke Syam.

Bacaan: Perang Hirah

Ibn Hajar menyatakan dalam Fathul Bari (8/651):


وكانت وقعة الحرة في سنة ثلاث وستين، وسببها أن أهل المدينة خلعوا بيعة يزيد بن معاوية لما بلغهم ما يتعمده من الفساد، فأمر الأنصارُ عليهم عبد الله بن حنظلة بن أبي عامر، وأمر المهاجرون عليهم عبد الله بن مطيع العدوي

Bacaan: Islamqa


(Bersambung)

Ibn Hurmuz guru Imam Malik

Ibn Hurmuz adalah guru kepada imam Malik. Nama sebenar Ibn Hurmuz ialah Abu Bakar Abdullah bin Yazid bin Hurmuz Al-Asom (Meninggal: 148H). Beliau adalah kalangan tabi'in dan juga perawi hadis Nabi SAW. Ayahnya mati terbunuh dalam perang Hirah, perang yang menggocang kesucian Kota Madinah , Kota Nabi SAW, pada zaman pemerintahan Yazid bin Mu'wiyah. Beliau terkenal dengan sifat kurang memberi fatwa, banyak menghafaz dan Imam Malik melaziminya sebagai murid selama 13 tahun hingga matinya.

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...