Monday, April 24, 2023

Ibn Hurmuz guru Imam Malik

Ibn Hurmuz adalah guru kepada imam Malik. Nama sebenar Ibn Hurmuz ialah Abu Bakar Abdullah bin Yazid bin Hurmuz Al-Asom (Meninggal: 148H). Beliau adalah kalangan tabi'in dan juga perawi hadis Nabi SAW. Ayahnya mati terbunuh dalam perang Hirah, perang yang menggocang kesucian Kota Madinah , Kota Nabi SAW, pada zaman pemerintahan Yazid bin Mu'wiyah. Beliau terkenal dengan sifat kurang memberi fatwa, banyak menghafaz dan Imam Malik melaziminya sebagai murid selama 13 tahun hingga matinya.

No comments:

Post a Comment

IMAM AL-QARAFI

Saya jadi mahu tahu tentang Imam yang bernama Al-Qarafi apabila saya buat caan tentang kaedah An-nadir La hukma lah . Beliau telah membawa b...