Monday, April 24, 2023

Tragedi sejarah: Perang Hirah

Ia adalah satu peperangan yang melibatkan pasukan tentera Bani Umayyah di Syam dengan penduduk Kota Madinah. Perang ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun 63H dan natijah daripada peperangan ini, terbunuhnya sahabat nabi kalangan Ansar dan anak-anak mereka di tangan soldadu Yazid bin Muawiyah.

Apabila penduduk Madinah yang diketuai oleh Abdullah bin Hanzalah bin Abu Amir Al-Fasiq mencabut bai'ah yang pernah mereka berikan kepada Yazid bin Mu'awiyah, maka Yazid pun mengirimkan pasukan tentera yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah. Penduduk Madinah pun membalas dengan perlawanan dan berlakulah perang Hirah. Selepas dapat mengalahkan penduduk Madinah, membunuh sesiapa yang dikehendakinya, dia menghalal madinah selama 3 hari. Banyaklah kerosakan di Madinah selama 3 hari itu. Maka . wajarlah Muslim bin 'Uqbah dijoloki dengan gelaran "Musrif bin Uqbah"( Pelampau).

Selepas selesai urusannya di Madinah, dia memimpin pasukannya ke Makkah pula buat menghadapi Abdullah bin Az-Zubair yang telah bangkit menentang Yazid bin Mu'awiyah dan menghisytiharkan dirinya sebagai khalifah ummat Islam. Dalam perjalanan, Muslim bin 'Uqbah disapa malaikat maut dan nyawa direnggut. Tenteranya meneruskan perjalan ke Makkah dan mengepung Makkah serta melontar manjanik ke Masjidil Haram. Dalam keadaan demikian, malaikat maut melunaskan tugasnya menamatkan hayat Yazid bin Mu'awiyah. Maka kepungan atas kota Makkah pun dihentikan dan tentera Syam pun ditarik balik ke Syam.

Bacaan: Perang Hirah

Ibn Hajar menyatakan dalam Fathul Bari (8/651):


وكانت وقعة الحرة في سنة ثلاث وستين، وسببها أن أهل المدينة خلعوا بيعة يزيد بن معاوية لما بلغهم ما يتعمده من الفساد، فأمر الأنصارُ عليهم عبد الله بن حنظلة بن أبي عامر، وأمر المهاجرون عليهم عبد الله بن مطيع العدوي

Bacaan: Islamqa


(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....