Bermula pada tahun 1613, dinasti Ramanov mula berkuasa di Rusia. Ianya adalah apabila seorang Tsarina (gelaran bagi permaisuri Tsar) yang bernama Anastasia Ramanova berkahwin dengan Ivan The Terrible. Keturunan mereka dikenali sebagai Ramanov dan Tsar terakhir sekaligus penamat kepada kekuasaan Dinasti Ramanov ialah Tsar Nicholas II. Pada tahun 1917, Nicholas II yang merupakan anak kepada Alexander III telah bunuh secara sadis bersama keluarga dan para pembantunya. Baginda menjadi Tsar terakhir dalam sejarah Rusia.
KISAH KEMUNCULAN KELUARGA RAMANOV
Nicholas II |
Nicholas II naik tahta pada tahun 1894 menggantikan ayahnya Alexander III yang telah menjalankan polisi pemerintahan yang tidak popular dan tidak disukai rakyat. Antaranya, dia menetapkan rakyat tidak boleh bercakap selain bahasa Rusia . termasuk dalam negeri seperti Poland yang rakyatnya ada bahasa mereka sendiri.
Maka , Nicholas II mewarisi kerajaan yang bermasalah. Beberapa hari selepas pertabalannya, kira-kira 1400 rakyat mati dalam satu perhimpunan yang sesak di Moscow dan akibat rempuhan ramai. Mereka berhimpun untuk mendapat hadiah sempena ari pertabalannnya. Kejadian itu memburukan reputasi Nicholas II sehingga dia dimomokkan sebagai " Nicholas The Bloody".
Nicholas II ada putera yang menjadi putera mahkota iaitu Alexei yang mengalami sindrom hemophilia. Sementara isteri Nicholas yang bernama Alexandra sangat ta'sub dan berada dibawah pengaruh seornag ahli sihir yang bernama Gregori Rasputin. Ini membuatkan ramai orang curiga dengan keluarga diraja dan bimbang dengan pengaruh Rasputin.
Pada tahun 1914, Rusia terpaksa terjun dalam Perang Dunia I. Akibat perang tersebut, ramai tentera Rusia yang terbunuh. Kira-kira 1.8 juta tentera terbunuh manakala 1.5 juta orang awam terbunuh.
Ini menyebabkan tenaga kerja dan buruh ladang merosot dan masalah makanan meruncing. Rakyat bangkit memberontak dan memaksa Nicholas II untuk turun tahta. Akhirnya pada mac 1917, Nicholas II terpaksa akur walaupun dia enggan pada mulanya.
Pada Nov 1917, para pendokong Revolusi Bolshevik yang dipimpin oleh Vladimer Lenin mengambil alih pemerinahan. Nicholas merayu suaka politik daripada British dan juga Prancis. Sangkanya mereka akan membelanya kerana isterinya adalah cucu kepada Ratu Victoria. Di tangan para pendokong revolusi itu, Nicholas II bersama isterinya Alexandra dan 5 orang keluarganya di tempatkan dalam tahanan rumah di Tobolsk, Barat Siberia. Di situ, mereka dilayan dengan baik dengan penuh hormat. Namun, beberapa tahun kemudian, mereka dipindahlan ke Ekaterimburg, jauh di selatan Urals. Mereka ditempatkan di sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan bernama Ipatiev. Rumah itu dinamakan dengan nama "The House Of Sepecial Purpose" dan keadaannya sangat tidak selesa.
No comments:
Post a Comment