Friday, April 28, 2023

KUMPULAN IKHWAN AS-SAFA WA KHILLAN AL-WAFA

Pada awal kurun ke-4 H, bersama period kemunculan aliran muktazilah, wujud satu kumpulan yang dikenali sebagai  Ikhwan As-Safa wa Khillan Al-Wafa berpusat di Kota Basroh.  Ia merupakan satu jemaah para ahli falsafah Islam yang menggabungkan pemikiran falsafah dengan akidah Islam. Kumpulan ini mempunyai koleksi yang menghimpunkan pemikiran mereka dan dinamakan " Tuhaf Ikhwan As-Safa".




Pada masa khalifah Al-Makmun, perkembangan ilmu falsafah Islam menjadi rancak. Karya-karya falsafah dari Greek dan Yunan di bawa masuk dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Lalu, muncullah tokoh-tokoh ahli falsafah Islam yang mencampur adukkan fahaman falsafah dalam akidah Islam. Kerana itu, Ibn Taimiyyah menyatakan kebertanggungjawaban Al-makmun dalam kerosakan pemikiran ini:

ما أظن الله يغفل عن المأمون، ولا بد أن يعاقبه على ما أدخله على هذه الأمة



" Aku tidak fikir Allah akan menmbiarkan Al-Makmun. Dia akan dihukum atas perbuatannya yang telah memasukkan (ilmu falsafah) ke dalam ummat ini".


Para anggota jemaah Ikhwan As-Sofa tidak menzahirkan diri mereka secara nyata dalam kalangan ummat Islam. Ini kerana, sikap para ulama pada masa itu sangat anti kepada mereka dan ada yang menghukum mereka sebagai kafir disebabkan pemikiran-pemikiran yang dilontarkan menyalahi akidah Islam. Namun, ada beberapa tokoh yang terdedah namanya. 

1) Abu Sulaiman bin Mi'syar Al-Busti, dikenali dengan gelaran Al-Maqdisi.
2) Abu Al-Hasan Ali bin Hartun Az-Zinjani
3) Abu Ahmad Al-Mahrajani
4) Al-Aufi
5) Zaid bin  Rifa'ah

Kumpulan ini membuat kajian tentang falsafah Yunani, Farsi dan Hindu lalu menjadikannya sebagai pelengkap atau penyucian kepada Islam. Ini kerana mereka melihat Islam telah dicemari dengan kejahilan dan kesesatan. Maka pemikiran falsafah, menurut mereka akan menyempurnakan apa yang dikatakan Islam itu. Pemikrian mereka terkandung dalam 52 Risalah Ikhwan As-Safa yang boleh ditela'ah pada hari ini.

Para tokoh muktazilah kemudian mempelajari pemikiran ini dan tolong menyebarkannya. Ada seorang tokoh dari Andalus bernama Abu Al-Hakam Abdurrahman Al-Kirmani Al-Qutubi yang mengembara mencari ilmu dari Andalus sampai ke Basrah dan dia mencedok pemikrian falsafah Ikhwanus Sofa dan dibawa balik ke Andalus. Dialah orang pertama yang merintis manhaj falsafah dalam memahami aspek-aspek agama Islam.


Baca : Al-Hindawi



No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....