Nama Yazid bin Mua'wiyah bin Abu Sufyan terconteng arang yang sangat buruk di dada sejarah Islam. Dia adalah anak kepada sahabat nabi SAW yang bernama Mu'awiyah yang pernah menjadi penulis wahyu Rasulullah SAW dan menjadi khalifah kaum muslimin sesudah berlalunya zaman khuklafaa Ar-Rasyidin. Lahirnya Yazid adalah pada 23 Ramadhan 26H iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan meninggal pada 14 Rabi'ul Awal 64 H. Beliau lahir di perkampungan Almathirun dan ibunya bernama Maisun binti Bahdal Al-Kalbiyyah. Saidina Mu'awiyah telah menceraikannya dan Yazid bersama ibunya tingga di kalangan bapa saudaranya dari Bani Kalbiyyah di perkampungan badwi. Namun, kemudianya dia diajak oleh Mu'awiyah untuk tinggal bersama di kota Damsyiq dan meneguk ilmu pemerintahan serta ilmu daripada tokoh-tokoh ulama yang tinggal di sana.
Disebabkan pada masa pemerintahan Yazid bin Mu'wiyah telah terjadi beberapa peristiwa yang menjelikkan di mata kaum muslimin, maka timbulkan khilaf tentang keperibadiannya. Ada tiga sikap yang bebeza tentang Yazid bin Mu'awiyah iaitu:
a) Berlebihan dalam memujinya hingga menganggapnya dari kalangan sahabat dan menyebutkan "radhiallahu 'anhu" untuknya.
b) Berlebihan membencinya hingga melaknatnya, bahkan mengkafirkannya lantaran perbuatannya yang di luar nalar seorang muslim.
c) Besederhana dalam menilainya iaitu tidak melaknatnya dan menyerahkan urusannya kepada Allah. Dia masih dianggap muslim , tetapi muslim yang fajir dan fasiq. Maka dia tidak dicintai sebagaimana cinta yang diberikan kepada orang-orang soleh.
Ada beberapa jenayah besar yang telah disandarkan kepada Yazid bin Muawiyah iaitu:
i) Pembunuhan Saidina Hussain bin Ali, cucunda Rasulullah SAW yang digelar penghulu pemuda syurga.Ia terjadi di Karbala pada tahun 10 Muharam 61H. Pembunuhan itu dilakukan oleh tentera Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ubaidillah bin Ziyad.
ii) Perang Hirah pada tahun 63H yang mengorbankan ramai kalangan sahabat dan anak-anak mereka yang menghuni Kota Madinah. Ia adalah peperangan menundukkan penentangan penduduk Madinah terhadap pemerintahannya dan dipimpin oleh seorang pemimpin tentera yang bernama Muslim bin Uqbah. Malah, perbuatannya menghalalkan Kota Madinah selama 3 hari selepas perang itu adalah kejahatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali.
iii) Serangan ke atas Kota Makkah kerana hendak menundukkan Abdullah bin Zubair yang menentangnya sehingga kehormatan masjid Haram dan Ka'abah dilanggar apabila dilontarkan peluru manjanik dari atas bukit Abu Kubais.
Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam (Jil 4 MS 37-38) menyebutkan:
قلت: كان قويّاً شجاعاً، ذا رأيٍ وحَزْم، وفِطنة، وفصاحة، وله شعر جيِّد وكان ناصِبيّاً، فَظّاً، غليظاً، جِلْفاً. يتناولُ المُسْكِرَ، ويفعل المُنْكَر. افتتح دولته بمقْتَلِ الشهيد الحُسَين، واختتمها بواقعةِ الحَرَّة، فمقته الناسُ. ولم يُبارَك في عُمُره. وخرج عليه غيرُ واحد بعد الحُسَين. كأهل المدينة قاموا لله، وكمرداسِ بنِ أُديَّة الحنظليّ البصريّ، ونافع بن الأزْرق، وطوَّاف بن مُعَلَّى السدوسيّ، وابن الزُّبير بمكة
Imam Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (Jil 11 MS 627) menyebutkan:
وقد أخْطأ يزيدُ خَطأً فاحشاً في قولِه لمسلمِ بن عُقْبةَ أن يُبِيحَ المَدينةَ ثلاثةَ أيامٍ، وهذا خطأٌ كبيرٌ، فإنه وَقَع في هذه الثلاثةِ أيامٍ مِن المَفاسِدِ العَظيمةِ في المدينةِ النَّبويةِ ما لا يُحَدُّ ولا يُوصَفُ، مما لا يَعْلَمُه إلا اللهُ عز وجل. وقد أراد بإرْسالِ مسلمِ بنِ عقبةَ تَوْطِيدَ سُلْطانِه ومُلْكِه، ودَوامَ أيامِه، فعاقَبه اللهُ بنَقيضِ قَصْدِه، فقَصَمه اللهُ قاصِمُ الجَبابِرةِ، وأخَذَه أَخْذَ عَزيزٍ مُقْتَدِرٍ
Para ulama mengambil pendekatan berbeza dalam soal menetapkan keterlibatan Yazid bin Mua'wiyah dalam kes pembunuhan Hussain bin Ali di Karbala.
Sumber bacaan:
1) Wiki
2) Islamqa
4) Islamweb
No comments:
Post a Comment