Wednesday, January 31, 2024

AS-SUDDI

 Namanya Ismail bin Abdurrahman As-Suddi

Meninggal tahun 127 H

Seorang Tabi'in

Seorang yang Saduq

Pemilik tafsir bernama Tafsir As-Suddi

Bukan As-Suddi As-Soghir yang merupakan cucunya dan dia adalah seorang yang Matruk.

Dinamakan Suddi kerana tinggal di Suddah.

Kata Al-Falaki, dinamakan Suddi kerana dia tinggal di madinah di tempat bernama As-Sudd

IBN JURAIJ

Beliau adalah seorang tokoh ulama yang terkenal dalam feqah dan qiraat Quran serta keriwayatkan hadis nabi SAW.  Beliau adalah dari kalangan generasi Tabi'in. Beliau lahir tahun 80H dan meningga tahun 150H.

Namanya adalah Abu Al-Walid Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij.

Beliau berasal dari bangsa Rom.

Beliau belajar lama dengan Ato' bin Abi Rabah

Beliau adalah orang pertama yang mengarang kitab Hadis sebagaimana dikatakan oleh As-Son'ani dan Az-Zahabi.

Riwayatnya daripada Az-Zuhri dilihat sebagai daif.


Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan riwayat daripada Abdurrazaq:

أهل مكة يقولون: أخذ ابن جريج الصلاة من عطاء، وأخذها عطاء من ابن الزبير، وأخذها ابن الزبير من أبي بكر، وأخذها أبو بكر من النبي صلى الله عليه وسلم، ما رأيت أحدا أحسن صلاة من ابن جريج

Tuesday, January 30, 2024

UMAYYAH BIN ABI AS-SALT

Namanya adalah Umayyah bin Abi As-Salt, merupakan seorang penyair terkenal zaman Jahiliyyah berasal dari Taif. Ayahnya Abu As-Salt bin Rabia'ah  juga seorang  penyair yang terkenal.

Dari tinggalan Syairnya, Umayyah dikenal sebagai ornag yang mempunyai hubungan dengan Ahli Kitab dan juga tokoh-tokoh yang mengengkari penyembahan berhala. Dia mengabadikan kata-katanya mengenai kepercayaan dan keimanan itu dalam syairnya. Syairnya membawa mesej ketauhidan. Dia menitipkan dalamnya tentang penciptaan langit, bumi dan para malaikat serta perkara-perkara yang ramai penyair lain tidak menyentuhnya.

Dia juga membaca kitab-kitab terdahulu, menolak penyembahan berhala dan mengkhabarkan tentang kemunculan nabi akhir yang dijanjikan. Hanya dia berharap dialah nabi itu. Apabila munculnya nabi Muhammad SAW, dia dihasut kecemburuannya dan dengki kepada nabi Muhammad SAW, maka dia menkufuri kenabian Rasulullah SAW.

Kalaulah tidak kerana munculnya nabi Muhammad SAWm hampirlah kaum Tsaqif mengangkat dan mendakwa Umayyah sebagai nabi kerana watak dan perkataannya berada dia ats jalur keimanan kitab-kitab terdahulu.

Beliau , menerusi syair-syairnya banyak menyentuh soal hari kebangkitan dan hisab, syurga dan neraka dan beliau dilihat sebagai tokoh dalam penganut agama hanif dan dia sebaris dengan nama-nama lain seperti Waraqah bin Naufal, Qis bin Sa'adah, Uthman bin Huwairith dan lain-lain.

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, Umayyah bin Abi As-Salt hidup pada zaman Rasulullah SAW sebagai nabi hingga dia meninggal pada tahun ke-9 H dan dia mati dalam keadaan kafir kepada agama Islam.

Ada pandangan menyebutkan ayat yang berbunyi:


( الذي آتيناه آياتنا فانسلخ منها ) [الأعراف 175]
Adalah diturunkan mengenainya.


Musuh-musuh Islam, tatkala cuba melemparkan keraguan terhadap Al-Quran mengaitkannya dengan Syair Umayyah bin As-Salt. Dikatakan oleh merrekla bahawa nabi Muhamamd terilham dengan syair-syair Umayyah bin As-Salt. Mereka cuba membandingkan tinggalan syair Umayyah bin As-Salt dengan Quran. Maka dibuat hipotesis separa masak bahawa nabi Muhammad SAW meniru kata-kata Umayyah bin As-Salt;




Baca: Islamqa








Wednesday, December 27, 2023

Abdullah Al-Qusaimi

Namanya Abdullah bin Ali An-Najdi Al-Qusaimi. Lahir tahun 1907 di Buraidah, Arab Saudi dan meninggal pada 9 Januari 1996 di Kaherah Mesir.

Mulanya seorang tokoh pendakwah Salafiah yang hebat dari Arab Saudi. Dia dujuluki gelaran Ibn Taimiyyah II.

Awalnya dia dipabnggil Abdullah An-najdi.

Tapi akhirnya dia bertukar menjadi seorang mulhid mati sebagai Mulhid.

Kisah perjalanan hidupnya menjadi iktibar buat kita bahawa permulaan seseorang tidak semestinya sama dengan pengakhirannya. Jika dilihat kepada sirah pengajiannya, dia mengambil ilmu daripada ulama-ulama hebat zamannya

Tahun 1927 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, namun berhenti kerana dia banyak mengkritik tokoh-tokoh ulama Al-Azhar dan mengangkat pemikiran yang dikatakan Salafiah Wahabiah. 

Mulanya di Tanah Haram Mekah dia mengarang  kitabnya yang bernama As-sira' baina Islam Wal watsaniyyah (Boleh semak-ada 2 jilid) mendapat sambutan ramai kerana hujah-hujahnya yang hebat. Ramai ulama memujinya

Namun, kemudiannya dia balik ke Mesir dan mengarang kitab bertajuk "Hazihi Hiyal Aghlal" yang menimbulkan kejutan. Dia dengan jelas mengkritik Islam dan mengisytiharkan kemutadannya.

Keadaan yang dialami oleh Abdullah Al-Qasimi ini disebut "Intikas".

إنتكاس


Ini adalah situasi yang amat menakutkan bagi ornag-orang yang beriman. Dalam sejarah, ramai orang yang mendapat fitnah ini dan amatlah rugi sesiapa yang ditimpa musibah ini.




Apa yang terjadi kepada Abdullah Al-Qasimi ini mengheramkan ramai ornag. Namun, satu hal yang boleh dijadikan rumusan adalah, sesiapa yang tidak benar-benar ikhlas dalam perjuangannya, dia akan dicopot oleh intikas.

Sunday, December 10, 2023

TAFSIR IBNU 'ATIYYAH

Tafsir Ibn Atiyyah dinamakan Al-Muharrirul Wajiz. Ibn 'Atiyyah  dilahirkan pada tahun 481H di Grenada, Andalusia. Ketika itu bermulanya kekuasaan Kerajaan Murabitin ke atas Andalusia dan kerajaan tersebut dikenali dengan nama Daulatul Fuqaha.

Nama lengkap Ibn 'Atiyyah ialah Muhammad Abdul Haq bin Ghalib bin 'Atiyyah.

Dia dituduh Zindik dan gurunya Al-Qadhi Al-Mufti Muhammad bin Ahmad Al-Qaljani menoilak tuduhan itu dan menyebtkannya dalam serangkap Syair:


أهل المرية قوم لا خلاق لهم يفسقون قضاة العدل تفسيقًا
قالو تزندق عبد الحق قلت لهم والله ما كان عبد الحق زنديقا

Mengomentari tentang bkitab Tafsir Muharrir Al-Wajiz karya Ibn 'Atiyyah itu, Imam Ibn Taimiyyah menyebukan:

تفسير ابن عطية خير من تفسير الزمخشري، وأصح نقلاً وبحثاً، وأبعد عن البدع، وإن اشتمل على بعضها، بل هو خير منه بكثير، بل لعله أرجح هذه التفاسير، لكن تفسير ابن جرير أصح من هذه كلها

Beliau mengarang kitab tafsirnya menggunakan manhaj yang sangat tinggi nilainya dan bolehlah dikatakan dia mengutamakan tafsir Quran dengan Quran. Dia menyebutkan riwayat Israiliyyat yang masyhur dan mengkritiknya. Ulama tafsir Andalusia yang datang selepasnya iaitu Imam Al-Qurtubi dilihat terinspirasi dengan manhaj Ibn 'Atiyyah ini.

Para pengkaji menyebutkan bahawa nama kitab tafsir Ibn 'Atiyyah itu bukanlah diberikan oleh Ibn 'Atiyyah . Dia menulis dan bukan diberikan nama kitabnya itu. Yang memberi nama kitab itu dengan nama Almuharrirul Wajiz Fi Tafsiril Kitabil 'Aziz adalah Mulla Katib Al-Halabi (Haji Khalifah) yang meninggal tahun 1067H.
 
Ibn 'Atiyyah wafat pada Ramadhan tahun 541H pada usia 60 tahun di Kota Lorca.



Tuesday, December 5, 2023

SYIAH RAFIDHAH DAN KEDUNGGUANNYA

Rujukan kajian:Al-Hesn.net

Istilah Rafidhah mula muncul dalam peristiwa keingkaran para pengikut Zaid bin Ali tatkala dia ditanya mereka tentang pendiriannya terhadap Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Kerana Zaid bertarahhum atas keduanya dan tidak membenci keduanya, maka pengikutnya tersebut mengingkarinya dan Zaid bin Ali pun menyebut mereka sebagai Rafidhah, yakni kelompok yang enggan.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyebutkan beberapa contoh kebodohan mereka. Saking bencinya mereka kepada Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, mereka menulis nama kedua-duanya di bawah telapak kaki mereka. Kononnya sebagai penghinaan buat keduanya. Lalu, para penguasa di masa lalu yang menemui tabiat buruk mereka ini, membongkar apa yang ada bawah telapak kaki mereka mengenakan hukuman pukul tapak kaki mereka. Bila ditanya kenapa dipukul, lalu dengan nada mengejek, para penguasa itu mengatakan bahawa mereka memukul Abu Bakar dan Umar dan mereka akan pukul  terus-terusan sehingga hilang dua nama itu di tapak kaki!

Tidakkah ini adalah satu perbuatan bodoh oleh para penganut Syiah Rafidhah???

Ada kalangan mereka  yang meberikan nama anjing mereka dengan nama Abu Bakar atau Umar, lalu mereka melaknati kedua-duanya. Mereka menamakan anjing mereka dengan nama sahabat mulia itu dan memanggilnya dengan panggilan Bakkir dan mereka mengatakan dengan ayat mengejek: anjingku dibri nama dengan anma ahli neraka.

Bukankah perbuatan ini satu kebodohan?

Lihatlah bagaimana ada kalangan mereka boleh mengagungkan Abu Lu'lu' yang membunuh Umar Al-Khattab sedangkan Abu Lu'lu itu adalah kafir Majusi dengan ittifaq para ulama. Namun, kerana bodoh, meeka boleh mangagung kafir Majusi dan memberikan gelaran kepadanya dengan gelaran mulia iaitu Abu Syujak( Bapa Pemberani).

Kaum Rafidah ini suka memuliakan kubur. Kubur dijadikan Masyhad dan didakwa bahawa di bawahnya disemadikan seseornag kalangan AHlil Bait. Mereka buat cerita bahawa dia mati terbunuh padahal kubur itu adalah tempat bersemadinya sang kafir!

Kalau mahu dibentangkan hujah-hujah mengenai sifat bodoh golongan Syiah Rafidhah, akan panjanglah tulisan ini. Telah nyata dan jelaslah watak ahmaq yang ada pada mereka!





Monday, December 4, 2023

IBNU AL-ATHIR


Pendahuluan:

Mendengar nama Kitab Al-Kamil Fi At-Tarikh,  maka bagi orang rajin memutala'ah peristiwa sejarah akan kenal nama pengarangnya iaitu  Ibnu Al-Athir. Para Pencita sejarah, kalau tak kenal Ibn Al-Athir, maka perlu dipertanyakan kepadanya, daripada mana dia belajar sejarah. Apakah sejarah itu buah fikiran sendiri atau hasil bacaan koleksi peristiwa sejarah yang telah dikumpulkan oleh ulama-ulama hebat di masa lalu. Jika sejarah hanyalah terjahan ijtihad sendiri, maka kita akan mendapati banyak sekali kelompongannya. Apatah lagi kalau sejarah dirujuk kepada laman-laman yang tidak dapat dipertanggunjawabkan secara akademik seperti  laman Wikipedia ataupun Britanicca.

Kata orang, pelajar universiti pun bila buat assignment berkaitan sejarah, akan merujuk kepada sumber-sumber primari dan tidak akan menjadikan wikipedia atau Britanicca seabgai sandarannya, apatah lagi kalau para professor di menara kartaksis!

Maka, Al-kamil Fi At-Tarikh adalah sumber primari dalam riwayat sejarah dan layak diletakkan sebagai nota rujukan dalam pembikinan sesebuah tesis. Justeru, wajar kita mengenali tokoh besar yang menghasilakan ensiklopedia sejarah yang hebat ini.

Beliau adalah Ibn Al-Athir Al-Jazari. Nama penuhnya adalah Izzuddin Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Karim Al-Jazari Al-Musoli As-Syaibani. Beliau lahir pada 4 Jamadil Akhir tahun 555H di sebuah pulau yang dalam sejarah Islam disebut sebagai Jazirah Ibn Umar yang terletak dalam daerah Syarnaq iaitu di sebelah Timur Laut Anatolia. Dalam bahasa Turki disebut Cizre). Tidak dapat dimuktamadkan siapakah Ibn Umar yang menjadi awal nama penempatan tersebut. Ada yang mengatakan ia merujuk kepada Yusuf bin Umar As-Tsaqafi yang pernah menjadi gabenor negeri Iraq. Ada yang mengaitkan ia dengan nama Abdul Aziz bin Umar yang berasal daripada Barqa'id, Mosul yang telah membinanya. Kata Ibn Khalikan, dalam beberapa catatan sejarah ia dikaitkan juga dengan dua orang anak Umar yang bernama Aus dan Kamil dan dia tidak dapat mencari sumber pasti siapakah mereka itu.  

Gelaran Al-Jazari pada nama Ibn Al-Athir adalah nisbah kepada Jazirah Ibn Umar. Dia hidup sezaman dengan zaman Salahuddin Al-Ayubbi.

Beliau mendapat didikan agama yang kuat hasil perhatian ayahnya dan sejak keciil dia telah menghafaz Al-Quran. Bila dia bersama keluarganya berpindah ke  Mosul, di sana dia mendapat peluang mendalami ilmu dari tokoh-tokoh ulama di sana seperti Abu Al-Fadl Abdullah bin Ahmad, Abu Al-Faraj Yahya As-Tsaqafi dan kemudian dia merantau ke Baghdad dan Damsyiq untuk menuntuk ilmu dari tokoh-tokoh ulama di sana sebelum dia kembali ke Mosul dan mengisi masanya dengan mengarang kitab.

Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh Ibn Al-Athir:

1) Al-Kamil Fi At-Tarikh-12 Jilid . Kitab ini menceritakan sejarah sejak zaman awal hinggalan zaman kemunculan Islam. Kemudian, dari zaman awal Islam sehinggalah tahun-tahun pada zaman hidupnya dan berakhir pada tahun 628H. Beliau menggunakan metode penceritaan sejarah berdasarkan tahun.Ia menyentuh peristiwa-peristiwa sejarah di sebelah Timur maupun Barat Dunia Islam selama 7 kurun lebih.

Bagi para peneliti buku-buku sejarah, ada kewaspadaan terhadap satu unsur yang disebutkan sebagai "tasyayyu' ". Maka Al-Kamil  karya Ibn Athir ini tidak terlepas daripada pengaruh tersebut sungguhpun Ibn Al-Athir bukanlah seorang yang dilihat sebagai Syi'ah. Hanya, kelonggarannya dalam beberapa bahagian dalam kitabnya menyebabkan ia mirip kepada anasir tasyayyu'. Sesiapa yang membaca catatannya mengenai sejarah kerajaan Ubaidiyyah, akan menyedari sikap  positif Ibn Athir terhadap dakwaan bahawa keturunan penguasa mereka adalah bersambung kepada rasulullah SAW. Padahal, mengenai dakwaan salasilah para Ubaidiyyah itu sampai kepada Ali dan Fatimah telah dinafikan ramai kalangan ulama ali sunnah dan Ubaidillah Al-mahdi itu disebutkan sebagai berketurunan Yahudi Yaman iaitu Maimun Al-Qaddah. Namun Ibn Athir menyebutkan keturunan mereka tanpa kritikan dalam Al-Kamil. Demikian pula ketika Ibn Al-Athir mebentangkan peristiwa-peristiwa fitnah dan pertelagahan zaman sahabat, dia membawakan riwayat-riwayat mereka yang memusuhi sahabat. Di sini ada kecacatan dalam perekodan Al-Kamil oleh Ibn Al-Athir.

Komentar oleh:Fatwa Islamweb


2) Usdul Ghabah Fi Ma'rifati As-Sahabah-mengandungi biodata seramai kira-kira  7554 orang  sahabat nabi. Nama-nama sahabat yang dibentangkannya mengikut susunan abjad.

3) Al-Lubab Fi Tahzibil Ansab

4) At-Tarikh Al-Bahir Fi Ad-Daulah Al-Atabikiyyah


Baca: Youm7.com


Selepas pulang dari pengembaraannya dalam menuntut ilmu di Skota-kota Islam di Syam dan juga Iraq, dia bermukim di Kota Mosul dan hidup sebagai penulis. Dia menjauhi sebarang jawatan di samping pemerintah dan dia mewarisi kekayaan yang membolehkan dia hidupo senang dan tidak terganggu melaksanakan minatnya. Rumahnya di Kota Mosul menjadi tempat bekumup para pelajarnya serta para pelawat. Demikianlah kehidupannya dengan dunia ilmu dan penulisan sehnggalah wafatnya. 

Ibn Al-Athir meninggal pada bulan Sya'ban tahun 630H=1232M pada usia 63 tahun. Beliau dikebumikan di Mosul.


Perhatian:

Gelaran Ibn Al-Athir itu juga dipakai oleh dua tokoh ulama yang lain iaitu:

1) Majduddin Al-Mubarak yang lahir pada tahun 544H. (Maka dia lebih tua daripada Ibn Al-Athir yang kita bicarakan). Dia juga lahir di Pulau Ibn Umar , sama seperti Ibn Al-Athir yang kita bicarakan di atas. Dia menjawat jawatan penjaga Khazanah dalam pemerintahan Sultan Saifuddin Zinki, penguasa Mosul  pada tahun 556H. Kemudian dia mengetuai Dewan Insya' di bawah pemerintahan MUjahiduddin Qaimaz ( Ayah Muzaffiruddin Kukuburi). Meninggal tahun 606H. Antara kitabnya ialah: Manal At-Talib Fi Syar Thiwal Al- Gharaib dan Al-Badi' Fi Al-Ilmi A;-Arabiyyah, An-Nihayah Fi Gharibil Hadis, Jami;ul Usul Fi Hadis Ar-rasul,Al-Insaf Fil Jam'i Bainal Kasyfi Wal Kassyaf Fittafsir, Tajridu Asma'i Sahabah dan As-Syafi Fi Syarh Musnad As-Syafie.




2) Dhiauddin Nasrullah -Juga kelahiran Pulau Ibn Umar. Dikenali dengan gelaran Ibn Al-Athir Al-Katib. Dia lahir tahun 558H. (Maka dia lebih muda daripada Ibn Al-Athir yang kita  bicarakan di atas). Pernah menjawat jawatan Kadi bagi Sultan Salehuddin dan kemudian menjawat jawatan menteri di bawah Sultan Al-Afdhal bin Salehuddin. Namun, dia melepaskan jawatannya berikutan krisis politik yang terjadi dan dia beralih menjadi Katib Dewan Insya' bagi kerajaan Nasiruddin Mahmud bin Izzuddin Mas'ud di Mosul. Meninggal tahun 637H. Antara kitab yang ditinggalkannya ialah: Rasail Ibn Al-Athir, Al-Murasso' Fil Adabiyyat dan Al-Istidrak Fi Raddi 'Ala Ibn Ad-Dahhan.

Catatan: Nasiruddin Mahmud bin Izzuddin Mas'ud adalah salah seorang pemerintah dari keluarga Zinki di Mosul yang berkuasa antara tahun 615H hingga 631H.

Maka, tiga orang yang digelar Ibn Al-Athir ini adalah mereka yang pernah hidup dalam garis masa yang sama. Hanya berbeza tahun lahir dan tahun mati. Justeru, apabila kita membaca mana-mana kitab yang dinisbahkan kepada Ibn Al-Athir, maka semak dan teliti, Ibn Al-Athir manakah yang dimaksudkan sebagai pengarangnya.


Tambahan :

Semak: https://islamic.alfehrest.org/2011635.5/states/45

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...