Saturday, October 14, 2023

Ke arah munculnya Nuruddin Zinki dan Salehuddin Al-Ayubi

Sejak tahun 334H, kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula dikuasai oleh Kerajaan Buwaihiyyah. Kerajaan Buwaihiyyah bermazhab Syiah Ithna 'Ayariyahh. Maka, khlifah Abbasiyyah tidak lagi berkuasa apa-apa. Hanya sebagi simbul dan nama disebut dalam doa khutbah.  Ia berlangsung selama 113 tahun dengan 4 orang Khalifah Abbasiiyah menjadi tunggangan Kerajaan Buwaihiyyah. Empat Khalifah Abbasiyah yang malang itu ialah:

1) Khalifah Al-Muti' Lillah

2) Klahifah At-To-i' Lillah

3) Khalifah Al-Qadir Billah

4) Khalifah Al-Qaim Billah.

Pada masa Khalifah Al-Qaim, pengaruh Buwaihiyyah kian melemah. Khalifah, dengan bantuan wazirnya, meminta bantuan Tughrul Bek dari kerajaan Saljuq untuk datang ke Baghdad dan menyahkan kekuasaan Buwaihiyyah. Permintaan tersebut disahut oleh Tughrul Bek dan kedatangannya telah menamatkan kekuasaan Buwaihiyyah. Ketika itu Sultan Buwaihiyyah yang terakhir bernama Al-Malikurrahim 

Dalam proses mengukuhkan kekuasaan Saljuk sebagai pembela Khalifah Abbasiyyah itu, banyaklah mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi. Salah satunya adalah onar dan angkara pemberontakan yang dipimpin oleh Al-Basasiri yang mendapat tajaan sulit daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir.

Namun, Tughrul Bek berjaya menghadapi semuanya sehingga teguh dan kukuhlah kekuasaan Saljuq dan Khalifah Abbasiyyah mendapat berkat kepanjangan umur melalui perlidungan kerajaan Saljuk tersebut.

Selepas Tughrul Bek meninggal pada tahun 455H, kerajaan Saljuk dipimpin oleh Alp Arsalan, anak saudara kepada Tughrul Bek. Naiknya Alp Arsalan sebagai pengganti Tughrul Bek bukan berjalan mulus. Ada perebutan dan peperangan. Namun dia berjaya melepasinya. Antara faktornya utama kejayaannya adalah kebijaka siasat wazirnya yang bernama Nizamul Muluk At-Tusi. 

Dalam masa kekusaan Saljuk inilah pemimpin-pemimpin tentera berbangsa Turki dikirimkan oleh Sultannya untuk memimpin pasukan ke serata tempat. Ramai kalangan mereka , setelah berjaya dalam misi mereka, menjawat jawatan sebagai gabenor di kota-kota yang sudah dikuasai. 

Selpasa Alp Arsalan meninggal pada tahun 465H. Posisinya dilanjutkan oleh anaknya Maliksyah. Kerajaan Saljuk mencapai kemuncaknya pada zamannya. Maliksyah menggunakan kerabatnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan Saljuq. Adiknya yang bernama Tutus bin Al-Arsalan diserahkan untuk mentadbir kawasan Syam Selatan. Sepupunya yang bernama Sulaiman bin Qatulmus diserahkan mentadbir Anatolia.

Maliksyah di kelilingi oleh pegawai-pegawai tadbir yang pelbagai.

Salah satunya adalah uang menjawab jawatan Hajibnya. Namanya adalah Abu Sa'id Qasimuddaulah Aqsanqar.

Pada masa pemerintahan Sultan Maliksyah, berlaku permasalahan mengnai Kota Halab (Aleppo) di Syam. Kota itu mulanya berada di bawah kekuasaan Dinasti Uqaili yang dipimpin oleh Muslim bin Quraisy. Dinasti ini menganut mazhab Syiah. Mulanya Sulaiman bin Otalmus telah berjaya merebut Halab dari Dinasti Uqaili. Namun, Tutus bin  Alp Arsalan kemudiannya menyerang Halab dan merampasnya. Situasi in i membawa kepada Malik Syah turun tangan dan mengambil Halab. Lalu, di Halab itu diletakkan Aqsanqar menjadi gabenor yang mentadbir bagi pihaknya. Aqsanqar sorang yang cekap dan dia berjaya memulihkan Halab yang rosak teruk akibat perang.

Tutus yang terlepas Halab kerana tidak sanggup menentang abangnya , menyimpan dendam kepada Aqsanqar. Dia menggunbakan teknik menggencarkan serangan ke kota-kota lain di Syam yang ketika itu juga menjadi rebutan Daulah Fatimiyyah di Mesir. Dalam menjayakan misinya menguasai Syam ini, dia meminta sokongan abngnya agar mengarahkan gabenor-gabenor beberapa kota di bawah Saljuq agar menyokongnya. 

Aqsanqar nampak permainan politik Tutus dan matlamat akhirnya. Dia merasakan pada akhirnya Tutus akan memerdekakan diri dari Saljuq dan membina kerajaan sendiri. Dia mebantu Tutus tetapi tida bersungguh-sungguh. Tutus tidak puas hati dan meminta kepada abangnuya Sultan Maliksyah agar menyingkirkan Aqsanqar. namun, Sultan Maliksyah tidak mengendahkannya. Aqsanqar dikekal atas Halab.

Dalam polimik politik sedemikian, tidba-tiba ajal menjemput Maliksyah pada tahun 484H. Elit Saljuk di Kota  Ar-Ray melantik anaknya Berkyruq sebagai penggantui Maliksyah. Tutus selaku adik Malisyah mendakwa dia lebih berhak. Dia pun menggherakkan pasukannya untuk menyerang Ar-ray melawan Berkyruq. Dia menuntut agar Aqsanqar serta gebenor-gabenor saljuq di tanah Syam menyokongnya. Mulanya Aqsanqar menyatakan persetujuannya. Namun, kemduianya Aqsanqa berubah fikiran dan mengalis sokongan kepada Berkyruq. Demikian juga gabenor Ar-Raha yang bernama Buzan.

Tutus kalah melawan Bekyruq dan menyimpan dendam kepada Aqsanqar.Dia kemudain membawa pasukannya seramai 20 ribu menyerang Halab dan dia bertjaya membunuh Aqsanqar. Dengan itu Tutus menguasai wilayah Saljuq di kawasan Syam.  Bila dia mati, kekusaannya di wariskan kepada anaknya Ridhwan dan Daqqaq yang masing-msing mengusai Aleppo dna Damsyiq. 

Dalam masa yang sama, banyak kota di bumi Syam telah jatuh ke tangan pasukan Salib.

Aqsanqar yang mati ada meningaglkan seorang anak bernama Imaduddin yang masih berusia 10 tahun ketika itu. Imaduddin itu diselamatkan oleh sahabat-sahabat ayahnya dia di jaga oleh elit Saljuq. Perhatian dan latihan dibekalkan kepadanya. Sultan Berkyruq juga memantau perkembangannya.

Pada zaman Sultan Saljuq yang bernama Sultan Mahmud bin Sultan Muhammad bin Maliksyah, iaitu pada tahun 516H, Imaduddin Zinki mendpaat kepercayaan untuk dilantik sebagai gabenor di Mosul. Pada tahun 521H, dia diamanahkan pula Halab dan kemudian beliau menguasai Ar-Rahbah, Jazirah Furatiyyah dan yang paling membanggakan ialah apabila dia  berjaya membuka Ar-Raha pada tahun 539H yang telah dikusai oleh tentera Salib yang dipimpin oleh Juslan. Penaklukan Ar-raha memberi tamparan besar kepada pasukan Salib kerana ia memutuskan jalur perjalanan mereka ke kota-kota lain di kusai pasukan Salib.

Kehadiran Imaduddin Zinki di pentas sejarah telah mengangkat semangat kaum Muslimin untuk berdepan dengan tentera Salib yang menjarah kota-kota kepunyaan kaum Muslimin.

Pada tahun 541H, beliau mengepung kota Ja'bar di pinggir sungai Furat dalam wilayah Syam. Malangnya, di satu malam, dia dibunuh ketika sedang tidur oleh  khadamnya sendiri. Khadamnya itu merupakan antik-antik Hasyasyin yang bekerjasama dengan tentera Salib untuk melenyapkan bahaya Imaduddin Zinki. Dia kemudian di kebumikan di Siffin. Anaknya yang bernama Saifuddin menggantikannya memerintah kota Mosul , manakala anaknya yang bernama Nuruddin Mahmud Zinki diamanahkan kota Halab dan kemdian Damsyiq.

Nuruddin Mahmud punya semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mengambil kembali kota-kota yang dirampas oleh tenetra Salib di bumi Syam, termasuk Baitul Maqdis. Beliau banyak menyerang dan mengepung kota-kota tersebut. Beliau juga menyelamatkan Ar-Raha daripada dirampas kembali oleh Raja Juslin II yang mana Ar-Raha telah berjaya dirampas dari tentera Salib di zaman ayahnya Imadudin Zinki.

Sewaktu kota Damsyiq sedang digempur tentera Salib, Nuruddin Mahmud serta abangnya Saifuddin bersatu tenaga untuk membantu penguasa muslim di Damsyiq mempertahankannya. Kota Damsyiq dapapt diselamatkan.

Dalam pada itu, ada krisis politik di Mesir yang ketika itu di bawah pemerintahan Khalifah Al-'Adhid lidinillah dari Daulah Fatimiyyah. Wazirnya yang bernama Syawir bin Mujir As-Sa'di berkonflik dengan seorang petinggi tentera bernama Abu Al-Asybal Dorghom. Dalam konflik itu, Syawir tewas dan dia lari ke Syam lalu meminta pertolongan kepada Nuruddin Mahmud.. Nuruddin Mahmud bersetuju membantu dengan bebeapa syarat imabal balas.

Nuruddin Mahmud mengirimkan pasukan yang dipimpin oleh orang kepercayaannya Asaduddin Syirkuh dan ditemani anak saudaranya Salahuddin Ayub. Asaduddin Syirkuh berjaya menewaskan Abu Al-Asybal Dorgham dan memulihkan pergolakan politik Mesir tersebut. Namun, kemudiannya dia terpaksa pula berdepan dengan pengkhianatan Syawir yang mana akhirnya Syawir dihukum bunuh. Asaduudin Syirkuh menjadi wazir kepada Khalifah Fatimiyyah, Al'Adhid Lidinillah. Namun, ajal segera menyapanya dan posisinya itu diteruskan oleh Salehuddin Ayyub. 

Pada Masa Salehuddin Ayyub menjadi menteri di sana, keputusan berani telah dibuatnya iaitu menamatkan pemerintahan khalifah Fatimiyyah. Dia mengembalikan Mesir ke bawah lindungan khilafah Abbasiyyah di Baghdad dan dia mengasaskan pemerintahan baru di sana yang dinamakan kerajaan Ayyubiyyah.


Sambung nanti....



No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....