Friday, October 14, 2022

Ibn Binti As-Syafie

 Namanya adalah Imam Abu Muhammad Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Al-Abbas bin Uthman bin Syafi' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin hasyim bin Al-Mutallib bin Abd Manaf Almutallibi.


Beliau merupakan anak lelaki kepada anak perempuan Imam As-Syafie. Ibunya bernama Zainab binti Imam Syafie. Imam Nawawi menyebutkan tentang khilaf mengenai namanya dan kunyahnya. Namun, apa yang disebutkan diatas adalah yang paling saheh.


Beliau merupakan seorang berpengetahuan luas dan tiada dalam keluarga Syafie seorang yang lebih alim daripadanya.


Namanya sering disebut dalam kitab Ar-Raudhah, Al-Muhazzab dan lain-lain kitab Mazhab Syafie.

Beliau meninggal tahun 295H.

Di antara keganjilan pandangan Imam binti Syafie ialah:

1) Berpandangan bahawa bermalam di Muzdalifah adalah rukun haji dan pandangan ini dipersetujui pula oleh Ibn Khuzaimah.


2) Berpandangan bahawa sa'i daripada Sofa ke marwah dan marwah ke Sofa dikira sekali, berbeza dengan pandangan yang masyhur dalam mazhab, ia dikira dua kali.


3) Mabit di Muzdalifah adalah rukun haji.

4) Berpandangan bahawa nisab tidak diambil kira dalam hukum hudud potong tangan.


5) Berpandangan bahawa anak susuan tidak menjadi mahram kepada bapa susuan. Kata Imam Nawawi, pandanganya dalam hal ini adalah keliru kerana bapa susuan menjadi mahram berdasarkan hadis saheh.

6) Iddah perempuan, jika dia ditalak pada pertengahan bulan, maka hendaklah dia beriddah 3 bulan penuh.

7) Tidak wajib Qodha solat yang ditinggalkan dengan sengaja

* Pandangan bahawa orang yang tinggalkan solat dengan sengaja tanpa uzur tidak perlu Qodha adalah juga pandangan Ibn Taimiyyah, Jurjani, Abu Muhammad Al-Bahari, Ibn Battoh dan As-Syarbini menyebutkannya sebagai pandangan segolongan ulama dan tidak disebutkan nama mereka.ز

Pandangan ini berdalilkan mafhum mukhalafah daripada hadis nabi SAW:

من نسي صلاة فليصلها إذا ذكرها لا كفارة لها إلا ذلك

Sesiapa yang lupa satu solat, maka hendaklah dia melakukanapabila dia ingat dan tiada kafarat buatnya melainkan dengan cara yangd emikian itu".
(hadis Muttafaq alaih)


Kaedah mafhum mukhalafah menerbitkan kefahaman bahawa Qodha solat itu hanya buat yang lupa. Jika sengaja (tidak lupa) maka tidak wajiblah Qodha.

Hal ini samalah dengan kes meninggalkan sunat Ab'adh dengan sengaja, maka tidak perlu dijabarkan dengan Sujud Sahwi. Sujud Sahwi hanya buat yang lupa. Sengaja tinggalkan perkara Sunat Ab'adh tidak perlu sujud Sahwi.

Namun, Jumhur berpendapat bahawa mengqadhakan solat yang ditinggalkan adalah "mim babil aula". Maksudnya, jika tertidur atau terlupa pun kena qadha, maka apatah  lagi kalau dengan sengaja meninggalkannya. Ia adalah lebih utama diqadhakan!

Petikan kitab "Mukhalafat Ibn Binti As-Syafie Al-Fiqhiyyah lil Mazahib Al-Arba'ah".





No comments:

Post a Comment

Imam Makhul

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...