Tuesday, October 4, 2022

UMAR BIN AL-KHATTAB DAN KHALID BIN AL-WALID ADA KONFLIK PERIBADI?

Umar Al-Khattab adalah anak kepada anak perempuan pakcik Khalid bin Al-Walid!

Bagaimana? Sila jelaskan!

Ibu Umar Al-Khattab bernama Hantamah binti Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.


Hantamah, ibu Umar Al-Khattab berkahwin dengan Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qurat bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib  bin Fahr.


Hasyim, ayah kepada Hantamah itu adalah pakcik kepada Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah. Ertinya Al-Walid bin Al-Mughirah dan Hasyim bin Al-Mughirah adalah dua orang yang bersaudara. Ringkasnya, Hantamah , ibu Umar Al-Khattab adalah sepupu Khalid Al-Walid.

Umar Al-Khattab masuk Islam peringkat awal iaitu pada tahun ke-5 kenabian. Sementara Khalid Al-Walid kelewatan iaitu selepas peristiwa Perjanjian Hudaibiah iaitu tahun ke-6 H (Tahun  ke-19 kenabian).

Dalam masyarakat Quraisy yang kafir, Khalid punya kedudukan sebagai " Al-A'nah wal Qubbah". Al-A'nah merujuka kepada posisi ketua pasukan berkuda. Mungkin boleh disamakan dengan fungsi pemimpin kepada pasukan Knight Templer dalam sejarah Perang Salib. manakala Al-Qubbah adalah ibarat tiang tengah sebuah khemah. Maka dalam peperangan, Al-Qubbah adalah tunggak dan pembekal kepada kelengkapan perang.

Manakala kedudukan Umar Al-Khattab pula ialah sebagai duta atau wakil. Jika berlaku perang, Umarlah diutuskan untuk menjadi juru runding dengan musuh. Posisi ini juga tidak kurang pentingnya dalam struktur mayarakat Quraisy Jahiliyyah.

Riwayat-riwayat dalam kitab sejarah menyebutkan seolah ada pergesaran bawah arus antara Umar dan Khalid. Tindakan-tindakan Khalid banyak dikritik keras oleh Umar semasa Abu Bakar jadi Khalifah. Namun, kerana Abu Bakar tegas dengan sikapnya yang membela Khalid, Umar tidak boleh berbuat apa-apa. Namun, bila Umar naik jadi Khalifah, antara langkah awal beliau ialah memecat Khalid daripada jawatan panglima perang yarmouk dan digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah. 

No comments:

Post a Comment

Imam Mak-hul ( مكحول )

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...